“Kejam dooh nih (terlalu kejam).” Itu luahan bapa mangsa samun, Lah Hassan terhadap tindakan ganas perompak yang menoreh muka anaknya, Nur Shafiqa dalam kejadian di Wakaf Berangan, Sri Aman, Pasir Puteh, Ahad lalu. Kami belum dapat pastikan, namun menerusi fans page Friends of BN- Barisan Nasional, beberapa keping gambar Nur Syafiqa dimuat-naik. Kelihatan Nur Syafiqa sudah keluar hospital dan berada di rumahnya. Menerusi kapsyen fans page tersebut, dikatakan Mas Ermieyati Samsudin sudah melawat Syafiqa. Ini merupakan gambar Nur Syafiqa selepas kejadian itu. Sama-sama kita doakan semoga Nur Syafiqa pulih seperti sediakala. Ameen’
Wednesday, 3 December 2014
4 GAMBAR TERKINI NUR SYAFIQA MANGSA TOREHAN MUKA
“Kejam dooh nih (terlalu kejam).” Itu luahan bapa mangsa samun, Lah Hassan terhadap tindakan ganas perompak yang menoreh muka anaknya, Nur Shafiqa dalam kejadian di Wakaf Berangan, Sri Aman, Pasir Puteh, Ahad lalu. Kami belum dapat pastikan, namun menerusi fans page Friends of BN- Barisan Nasional, beberapa keping gambar Nur Syafiqa dimuat-naik. Kelihatan Nur Syafiqa sudah keluar hospital dan berada di rumahnya. Menerusi kapsyen fans page tersebut, dikatakan Mas Ermieyati Samsudin sudah melawat Syafiqa. Ini merupakan gambar Nur Syafiqa selepas kejadian itu. Sama-sama kita doakan semoga Nur Syafiqa pulih seperti sediakala. Ameen’
Tuesday, 2 December 2014
Kes Wanita Muka Kena Toreh, Tunang Janji Terus Setia
%2Bcopy.jpg)
Mohd. Azijja Zafran Zahrani, tunang kepada Nur Syafiqa Lah berjanji akan setia bersama insan kesayangannya itu walaupun berkemungkinan gadis tersebut mempunyai parut kekal pada wajahnya.
Malah Mohd. Azijja, 24, juga tekad akan sentiasa bersama gadis yang dicintainya itu dalam menempuh apa jua keadaan sebelum melangsungkan perkahwinan pada Mac depan.
Pemuda yang mengikat pertunangan dengan Nur Syafiqa, 22, pada April lalu berkata, pada masa ini, dia memberikan fokus untuk memulihkan kembali semangat tunangnya itu.
‘‘Walau apa pun terjadi, saya akan terus bersama Nur Syafiqa dan kami akan meneruskan majlis perkahwinan seperti yang dirancang sebelum ini,’’ katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Dalam kejadian kelmarin, Nur Syafiqa menempuh pengalaman ngeri apabila mukanya ditumbuk dan ditoreh dengan sebilah pisau oleh salah seorang daripada dua penjenayah ketika cuba melawan suspek yang menceroboh rumahnya di Kampung Wakaf Berangan, Sri Aman, Pasir Puteh.
Sementara itu, Mohd. Azijja berkata, dia tidak dapat menggambarkan perasaan sedihnya ketika mengetahui Nur Syafiqa diperlakukan dengan kejam oleh penjenayah terbabit.
‘‘Saya sangat cemas. Saya menangis tidak henti-henti dan sehingga hari ini.
‘‘Walaupun Nur Syafiqa sudah boleh tersenyum tetapi saya tahu, dia sebenarnya masih sedih dan trauma dengan tragedi yang menimpanya itu. Sewaktu menemaninya, sudah beberapa kali dia tersentak dari tidur kerana bermimpi mukanya ditoreh, dia memberitahu berasa takut untuk pulang ke rumah itu,’’ katanya.
Sementara itu, ketika menceritakan detik kejadian itu, Mohd. Azijja berkata, pada hari itu, Nur Syafiqa ada menghubunginya namun dia tidak menjawab panggilan tersebut.
Katanya, selepas itu dia menerima mesej daripada tunangnya yang memberitahu telah dirompak dan meminta saya segera ke hospital.
‘‘Pada mulanya saya ingat dia bergurau kerana dia memang suka menyakat saya,” katanya. - Utusan Online.
Respon Dari Sorang Lelaki Mengenai Kelakuan Nur Shafiqa Mangsa Kekejaman [2 Gambar]
(10 Gambar) Punca Gadis cantik jadi mangsa torehan muka

Satu kejadian samun dan rompak telah berlaku di Lot 1195, Sentosa, Wakaf Berangan Sri Aman Pasir Puteh kelmarin.
Kejadian yang berlaku pada jam kira-kira 1.40 petang itu disahkan oleh bilik Gerakan IPD Pasir Puteh Kelantan telah menerima panggilan telefon.
Siasatan awal yang dibuat oleh pihak Polis dirumah mangsa didapati pada masa kejadian tersebut terdapat 3 org berada dirumah iaitu mangsa Hat Tema Bt Mat Zin, Nur Shafiqa bt Lah, 22 tahun dan Nur Shafatini bt Lah.
Dua lelaki melayu menaiki motosikal dan telah masuk ke dalam rumah tanpa membuka topi keledar yang mempunyai visor manakala seorang lagi suspek telah menendang pintu bilik air di mana mangsa Nur Shafiqa sedang mandi.
Setelah pintu terbuka suspek telah tarik mangsa ke ruang tamu rumah dan mangsa dapati emak Mangsa (Hat Tema) sedang terbaring di ruang dapur rumah.
Kemudian mangsa Nur Shafiqa telah diminta oleh salah seorang saspek untuk mencabut sebentuk cincin yang sedang dipakai oleh mangsa iaitu ibu Nur Shafiqa yang sedang terbaring di atas lantai.
Nur Shafiqa kemudiannya telah dibawa masuk ke dalam salah satu bilik dan saspek telah mengambil satu telefon bimbit miliknya jenis iPhone 5.
Semasa di dalam bilik itu juga, Shafiqa telah melihat suspek membuka seluar dan pada anggapannya dia akan dirogol oleh penyamun tersebut namun saspek pakai semula seluar apabila suspek yang kedua yang berada di luar bersama dengan ibu mangsa memanggilnya.
Suspek pertama terus keluar dari bilik dan kemudian masuk semula kedalam bilik serta menumbuk muka mangsa dan toreh muka mangsa dengan pisau kerana mangsa melawan.
Suspek kemudian keluar dari bilik dan seterusnya Nur Shafiqa terus kunci bilik dari dalam dan kemudian berteriak ikut tingkap untuk minta bantuan. Saspek dipercayai melarikan diri apabila mendengar mangsa berteriak meminta bantuan.
Pada masa yang sama adik mangsa iaitu Nur Shafatini turut berada didalam rumah. Adik mangsa berada dalam bilik berlainan pada ketika itu dan telah bersembunyi di bawah katil ketika suspek menendang pintu bilik.
Walaubagaimana pun beliau tidak nampak saspek yang masuk ke dalam rumah mereka. Nur Shafatini kemudiannya telah menghubungi pihak polis dan juga ambulans.
Setelang Polis dan ambulan tiba serta membawa kedua-dua mangsa Hat Tema dan Nur Shafiq telah dibawa ke Hospital Tengku Anis bagi menerima rawatan dan akan dirujuk ke HUSM untuk rawatan lanjut.
Sama-sama kita doa kan semoga eqa cepat sembuh #Prayforeqa dan terus tabah hadapi dugaan ini. Oleh Tiffany HNS
Monday, 1 December 2014
Fatwa Penilaian Semula Hukum Pelaburan SKIM Amanah Saham Bumiputera, Confirm HARAM
Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, maka Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011M bersamaan 8 Jumadal Ula 1432H telah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan Amanah Saham Nasional (ASN), Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Seumpamanya adalah tidak halal kerana masih belum menepati hukum syarak dengan alasan seperti berikut:-
- Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) secara jelas terlibat dalam aktiviti pelaburan yang bercampur-campur antara patuh syariah dan tidak patuh syariah sebahagian besarnya adalah daripada sektor kewangan konvensional. Ini berdasarkan hadis riwayat Jabir Al-Ja’fi daripada Ibnu Mas’ud:
Maksudnya : “ Tidak bercampur antara yang halal dan yang haram, melainkan mengalahkan yang haram atas yang halal . ”
- Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) dan Amanah Saham Bumiputera ( ASB ) diklasifikasikan sebagai dana unit amanah tidak patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti kerana terlibat dalam pelaburan tidak lulus syariah iaitu pelaburan dalam kaunter perbankan konvensional berteraskan faedah melalui Maybank dan pasaran wang.
- Sumbangan kepada tidak patuh syariah adalah terbesar yang tidak bertepatan dengan kehendak syarak serta kadar yang berubah-ubah ini menyukarkan pelabur untuk membuat pembersihan terhadap hasil dividen.
KEJAM !! Wanita Cantik ini Hampir Dirogol dan Dicederakan Di Dahi Serta Bibir Akibat Ditoreh Penyamun
Pasir Puteh, 1 Dis : Seorang wanita berusia 22 tahun telah ditoreh dan dipukul oleh penyamun yang memecah masuk rumahnya di Wakaf Berangan semalam.
Menurut laporan, kejadian berlaku kira-kira 2 petang ketika wanita terbabit, Nur Shafiqa berada di bilik air dan ibunya sedang berehat di dapur rumah.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Deputi Superintendan Abd Rozak Muhammad berkata dua orang lelaki warga tempatan meluru masuk ke rumah mangsa dengan memakai topi keledar yang bervisor.
"Suspek menendang pintu bilik air mangsa dan menariknya ke ruang tamu sebelum terserempak dengan ibu mangsa di dapur.
"Mangsa kemudian diarah mencabut cincin emas dipakai ibunya, selain dibawa ke satu bilik," katanya memetik laporan dari Harian Metro.
Suspek dilaporkan cuba merogol mangsa dengan menanggalkan seluarnya namun terpaksa membatalkan niatnya kerana rakannya memanggil dari luar bilik.
"Suspek kemudian masuk semula ke bilik menumbuk mangsa dan menoreh pipi sebelah kiri mangsa. Ibu mangsa juga cedera di dahi dan bibir.
“Kedua-dua suspek melarikan diri apabila terdengar jeritan seorang adik mangsa yang menyembunyikan diri di dalam bilik lain," katanya.
Mangsa kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. Antara barang yang hilang adalah sebentuk cincin emas, seutas gelang tagan emas dan iPhone 5s berwarna putih yang dianggar RM 10,000.
Marilah bersama-sama mendoakan agar Nur Shafiqah cepat sembuh.
![]() |
| Nur Shafiqa |
AWAS! Sila Berhati-Hati Membeli Dan Memilih Ketam Yang Ada Tanda Lubang Jarum...
Berhati-hati ketika anda membeli ketam pada sekarang ini kerana dipercayai terdapat laporan yang mengatakan terdapat lubang jarum di abdomen ketam kerana di khuatiri telah disuntik dan dicucuk dengan air untuk mengekalkan kesegaran dan meningkatkan berat ketam. Hai macam-macam teknik nak menipu sekarang ini ye..
Sumber: mynewsprime
Subscribe to:
Posts (Atom)




























