Saturday, 13 December 2014

KEJUTAN BESAR !!! Pelakon Iqram Dinzly Telah Muat Naik Foto Kahwin Di Instagram



Terkejut kami dibuatnya oleh Iqram Dinzly selepas pelakon itu tiba-tiba memuatnaik sekeping gambar sedang bersanding dengan seorang gadis cantik.

Betul ker Iqram? Kalau ya, tentu ramai gadis-gadis jelita di luar sana patah hati dan kecewa. Mesti ramai tak percaya kan? Tak per, korang boleh tengok gambar nikah Iqram Dinzly.

Betul ke pelakon terkenal, Iqram Dinzly sudah bernikah dengan gadis pilihan hatinya? Ini kerana daripada sekeping gambar yang dikongsikan beliau sendiri di akaun Instagram peribadinya, aktor itu dilihat sedang bersanding di atas pelamin.

Malah lebih menarik, Iqram Dinzly turut menyertakan caption suspen berbunyi "Alhamdulillah.. Dengan sekali lafaz. #aamiiiin *maafkandakuatasrahsiaini,jangan jadikaniadendamsemalamitu. #married #nikahgantung #miracle."

Gempar !!! Punca sebenar pembaca berita Izwan Azir Menggigil

Biasanya kita mengenali penyampai berita stesen televisyen TV3 Izwan Azir Saleh sebagai pembaca berita Bahasa Melayu untuk slot Buletin Utama yang ke udara setiap pada pukul 8 malam.

   Pembaca Berita TV3 Izwan Azir Akui Menggigil Baca Berita Inggeris !..

Bagaimanapun, di laman Facebook beliau, Izwan Azir memaklumkan bahawa semalam beliau melakukan sesuatu yang berlainan daripada rutin sebelum ini apabila terpaksa menjadi bidan terjun membaca berita perniagaan untuk slot Biz World pada pukul 5.30 petang.

Menurut Izwan, penyampai yang sepatutnya bertugas tiba lewat ke Seri Pentas, Bandar Utama atas sebab-sebab tertentu.

“Pernah tonton saya menyampaikan berita Inggeris? Mestilah tak pernah sebab tak pernah pun kena buat slot bahasa Inggeris tapi petang tadi saya telah dibidan terjunkan untuk menyampaikan berita Bizworld pada 5.30 petang setelah penyampai asal terlewat tiba atas sebab tertentu.


“Berita bahasa Inggeris ini berdurasi lima minit tetapi mengigilnya saya hanya Allah yang tahu. Yelah, tak pernah kan? Slang (gaya) pun tak ada, Jadi apa lagi, kira belasah sajalah!,” katanya dalam status Facebook berkenaan.

Lebih melucukan, Izwan menggunakan hashtag yang pelbagai dalam menggambarkan emosinya ketika menyampaikan berita dalam slot berkenaan.

Antara hashtag yang digunakan ialah #cubatry #tv3malaysia #bedalsajalah #taksalahmencuba.

Saksikan video di bawah: 

Friday, 5 December 2014

Luahan paling sedih Mohd Azijja Zafran, tunang Nur Shafiqa




‘Cinta saya tak berubah. Tidak mungkin saya melupakan insiden itu dan sampai bila pun saya akan ingat terutama bagaimana dia (penjenayah) menoreh muka saya,” kata Nur Shafiqa Lah, 22.

Dalam kejadian jam 2 petang Ahad lalu, muka Nur Shafiqa ditoreh manakala matanya ditumbuk dua lelaki yang memecah masuk rumahnya di Wakaf Berangan, Bandar Sri Aman.

Turut dicederakan dalam kejadian itu ialah ibu mangsa Hat Tema Mat Zin, 58.

Menceritakan kejadian malang itu, anak kelima daripada enam beradik itu berkata, dia hanya teringat mati lebih-lebih lagi apabila penyamun itu tidak menghiraukan rayuan, sebaliknya terus mencederakannya.

“Saya guna kedua-dua tangan untuk melindungi muka dan menangkis serangan lelaki itu.

“Namun, dia cepat menoreh muka dan sedar-sedar saja, saya rasa muka ngilu dan panas apabila darah mengalir dengan banyak dan tangan juga terasa perit. Akibat tidak tahan, saya cuba lawan dan menjadi agresif dan ketika itu, dia keluar dari bilik dan saya mengambil kesempatan mengunci pintu,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Nur Shafiqa berkata, dia bersyukur kerana diberikan kekuatan mempertahankan diri walaupun teruk dikerjakan penjenayah, malah dalam keadaan lemah itu masih sempat meminta bantuan daripada jiran.

Menurutnya, dia tidak pasti nasib dirinya jika tiada jiran mendengar jeritan itu, malah dia masih trauma dengan kejadian yang berlaku.

“Kejadian itu begitu pantas dan penjenayah menceroboh masuk pun seperti halimunan. Saya tidak hanya ditarik keluar dari bilik air, malah kepala turut diketuk dengan objek tumpul.

“Ibu juga cedera ditumbuk beberapa kali di muka. Syukur adik saya selamat kerana sempat bersembunyi di bawah katil,” katanya yang hanya membuka pintu bilik apabila jiran memenuhi rumah mereka untuk membantu.

Nur Shafiqa dan Hat Tema dibawa ke Hospital Tengku Anis (HTA), sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, dia hanya dibenarkan keluar hospital dan dibawa pulang ke rumah pagi semalam oleh bapanya Lah Hassan, 59, serta tunangnya Mohd Azijja Zafran Mohd Zahari, 24.

Mohd Azijja Zafran berkata, dia berharap penjenayah yang mencederakan tunangnya dapat ditangkap segera dan dibawa ke muka pengadilan.

Menurutnya, mereka bercadang melangsungkan perkahwinan pada Mac depan, namun bercadang mempercepatkan tempoh itu.

Katanya, cintanya terhadap Nur Shafiqa tidak berubah, malah menjadi tanggungjawabnya memberikan kata-kata semangat bagi memulihkan semangat insan tersayangnya itu.

Thursday, 4 December 2014

SUKA MAKAN HATI AYAM ?? INILAH BAHAYA MAKAN HATI AYAM !!


KEBURUKAN MAKAN HATI AYAM | Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan orang bukan Islam ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam.

Sains juga menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia. Tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Mana kita mesti pilih? Nak ikut orang bukan Islam ke nak ikut Nabi Muhammad ?
Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

Kebanyakan ayam di pasaran hari ini telah disuntik bahan kimia untuk mempercepat tumbesarannya kerana didorong oleh permintaan pasaran yang semakin meningkat. Bahan kimia yang berbahaya ini akan dikumpulkan di hati.

Kandungan racun dalam hati:

* Antibiotik tylosin
* Penisilin
* Oxytetracycline
* Kanamycin.

Kandungan bahan kimia didalam hati ayam juga boleh menyebabkan kesan teratogenik, kesan karsinogenik

Kesan teratogenik boleh menyebabkan kesan buruk kepada ibu mengandung, terutama kepada janin. Kandungan boleh mengalami keguguran atau bayi cacat. Manakala kesan Karsinogen boleh menyebabkan kanser. Ginjal juga merupakan organ penting dalam badan dan berfungsi untuk membuang sisa metabolisme dan racun dalam bentuk urin, yang kemudian dikeluarkan dari tubuh.

Walau pun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makhruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya.

Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:

1. Hati2. Paru-paru3. Perut4. Hempedal5. Buah pinggang6. Jantung7. Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam8. Telur ikan

Saranan ilmu Sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajar oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat . Orang Yahudi ini beranggapan bahawa alangkah indahnya jika dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi sahaja.

Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap. Orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al-Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Ilmu Sains dari barat mengajar untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi , Amerika dan England tidak makan hati .

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan Rasul-Nya saja yang mengetahui dengan tepat.

NGERI !! Nur Syafiqa Ceritakan Detik Cemas Ditoreh Penyamun

\


PASIR PUTEH: Ketika sesetengah orang mungkin lebih rela dir0g0l daripada dicederakan, seorang gadis cantik, Nur Shafiqa Lah, 22, bertindak sebaliknya apabila dia sanggup melawan penyamun sehingga menyebabkan wajahnya ditoreh dengan pisau. Dia sanggup menggadai keselamatan demi menjaga kesucian dirinya.

Berkongsi kembali detik cemas kejadian itu, menurut Nur Syafiqa, dia bertindak melawan suspek yang merompak rumah keluarganya di Kampung Wakaf Berangan dekat sini Ahad lalu kerana suspek cuba mer0g0l dengan mengheretnya ke dalam sebuah bilik.

"Saya terpaksa tanggung kesakitan apabila ditoreh dengan pisau tajam sehingga berlumuran darah di atas katil sebuah bilik selepas suspek terbabit gagal dalam cubaan memperk0sa saya. 

"Tindakan saya adalah untuk mempertahankan maruah dan kesucian diri. Saya bersyukur kerana terselamat," luah Nur Syafiqa yang masih trauma.

Dalam kejadian rompakan didalangi dua lelaki yang memakai topi keledar pukul 2 petang Ahad lalu itu, gadis tersebut terpaksa menerima hampir 30 jahitan selepas wajahnya ditoreh salah seorang suspek yang turut berjaya menyamun pelbagai barangan berharga lain bernilai RM10,000.

Ketika kejadian, selain Nur Syafiqa, ibu mangsa, Hat Tema Mat Zin, 58, dan adiknya, Nur Syafatini, 18, turut berada di dalam rumah.




Anak kelima daripada enam adik beradik itu memberitahu dia redha andai parut kesan torehan pisau pada wajahnya kekal berikutan tindakan dia melawan penjenayah tersebut adalah demi menjaga maruah diri.




"Saya berharap suspek yang bertutur dalam dialek Kelantan itu ditangkap segera oleh pihak polis sebelum wanita lain menjadi mangsanya," pintanya ketika ditemui selepas kunjungan prihatin Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang menyerahkan sumbangan RM5,000 kepadanya di sini semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, pihaknya sudah mengenal pasti kedua-dua suspek terbabit.




"Polis yakin akan dapat menangkap kedua-dua suspek dalam masa terdekat kerana percaya mereka tinggal tidak jauh dari kawasan lokasi kejadian," katanya. 

Sumber KOSMO

Wednesday, 3 December 2014

Wajah Suspek Kes Toreh Muka Nur Shafiqa Dikenalpasti?


Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim mengesahkan pihaknya sudah mengenal pasti kedua-dua suspek yang menyamun dan bertindak ganas menoreh muka Nur Shafiqa, 22, dalam kejadian di Wakaf Berangan, Sri Aman, Pasir Puteh, Isnin lalu.


Tunangnya Janji Terus Setia Bersama 
Nur Syafiqa

“Kami yakin dapat menahan mereka dalam tempoh terdekat,” katanya.

Dalam kejadian Isnin lalu, Nur Shafiqa mengalami kecederaan di muka akibat ditoreh dan ditumbuk oleh dua lelaki yang menceroboh masuk ke rumahnya selain turut mencederakan ibunya, Hat Tema Mat Zin, 58.

Sementara itu, Puteri Umno akan mengaktifkan dengan segera tabung kebajikannya bagi membantu anggotanya yang menjadi mangsa jenayah.
  
Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pengisian tabung itu akan dibuat menerusi kutipan derma anggota Umno di peringkat pusat, negeri, bahagian dan akar umbi.

"Dana itu penting untuk membantu anggota terutama yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan segera," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada Nur Shafiqa di rumahnya, hari ini. – Bernama

(5 Foto) Kejadian aneh 2 pasangan remaja ni, benar2 menggemparkan seluruh penduduk di sungai besar !!




PARIT 9, SUNGAI BESAR, SABAK BERNAM,,, difahamkan mangsa akan melangsungkan perkahwinan blan 12 nie,, sye dpt info dri kawan2 mangsa 2 orang laki pompuan,,, 
x tau kes ape,, org awam bru perasan mayat nye pagi td,, mayat sudah 3 hari,, dan baru timbul ke permukaan pagi td,,, apepon,, takziah,, dan sama2 sedekahkan al-fatihah,,