Sunday, 4 January 2015

Siapa Tak Nak Kalau Dapat Awek Macam Ni?

Assalamualaikum & hello jantan jantan!
Siapa tak suka kalau dapat awek/girlfriend yang gila caring & ambil berat pasal korang kan? Dapat yang macam bawah ni lagi baik ;



12 Gambar Terkini Anak-anak Tiara Jacquelina Yang Cantik Dan Kacak


Tiara Jacquelina merupakan pelakon popular yang kini bergiat aktif di dalam bidang filem dan juga teater.

Antara produk paling popular sudah tentulah projek filem dan juga teater Puteri Gunung Ledang yang mendapat sambutan orang ramai.

Untuk pengetahuan, Tiara Jacquelina berkahwin dengan Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi, seorang ahli perniagaan, usahawan dan juga ahli politik.

Tiara Jacquelina mempunyai 2 orang cahaya mata yang bernama Mila dan  juga Dani. Jom lihat gambar anak Tiara jacquelina yang cantik dan kacak ini.
























“Dia Masuk Bilik Tidur Dan Menyentuh Kmluan Saya”


“Dia (suspek) masuk ke bilik tidur saya dan menekup muka menggunakan kain sebelum cuba menyentuh kemaluan saya,” kata adik Nurul Amin Mohamed Ishak yang hanya mahu dikenali sebagai Alya, 15.
Menurutnya, dalam kejadian jam 2 pagi Khamis lalu, suspek yang juga rakan abangnya memasuki kediaman mereka dalam keadaan mabuk bersama seorang lagi rakannya. “Mereka memang sering datang ke sini. Bagaimanapun, pada malam kejadian mereka berkelakuan pelik dipercayai akibat mabuk.
“Ketika seorang lagi rakannya tidur di ruang tamu, dia menyelinap masuk ke bilik sebelum cuba merogol saya,” katanya.
Alya berkata, dalam kejadian itu, dia meronta dan berjaya meloloskan diri, manakala suspek melarikan diri bersama rakannya.
“Saya memaklumkan kejadian itu kepada ibu sebelum sampai ke pengetahuan abang.
“Berikutan itu, abang (Nurul Amin) mencari suspek, namun tidak menemuinya hinggalah mereka bertemu di satu kawasan di bandar Kluang, malam kelmarin.
“Sebaik menemuinya, abang membawa rakannya itu ke kawasan stor berhampiran rumah kami untuk berbincang sebelum keadaan menjadi tegang,” katanya.
Harian Metro difahamkan, mangsa yang bekerja sebagai buruh kasar di sini dipercayai maut akibat parah pada lehernya selepas dikelar menggunakan objek tajam.
Mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian berikutan kehilangan banyak darah sebelum dihantar ke Hospital Kluang.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Abdul Majid Mohd Ali ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu dan berkata, akan membuat sidang akhbar hari ini. sumber

Saturday, 3 January 2015

Tindakan mengejut bekas suami Abby Abadi dlm dunia hiburan tempatan



Bekas suami kepada artis Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar sudah bersedia untuk menjadi pelakon selepas kontroversi perceraiannya dengan wanita itu tidak lagi diperkatakan.


Farhan, 26, berkata, dia sudah menjalani beberapa uji bakat termasuklah sesi fotografi dengan majalah hiburan.

"Saya ingin cuba nasib dalam bidang lakonan dan tidak kisah watak apa yang ingin diberikan asalkan ia memberi pengalaman dan laluan kepada saya berada dalam bidang ini.

"Sebelum ini saya memang tidak ada pengalaman berlakon tetapi saya sangat berminat dan ingin cuba sahaja dulu dalam bidang ini,"
ujarnya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini, Jumaat.

Tambah Farhan, selepas perceraiannya dengan Abby Abadi pada Mei lalu, dia ada menerima tawaran berlakon namun terpaksa ditolak kerana belum bersedia.

Katanya, kini adalah masa yang paling sesuai berikutan kontroversi perceraian yang dilaluinya sudah mulai reda.


Sementara itu, sebagai persediaan menjadi seorang artis dia kini mula meluangkan masa ke gim bagi membina badan.

"Selepas bercerai ada juga yang risik dan tawarkan saya untuk berlakon tetapi saya tolak kerana rasa tidak bersedia lagi mungkin faktor badan saya.

"Baru-baru ini ada kawan bertanya semula tentang tawaran lakonan dan saya fikir ini masa yang sesuai,"
 ujarnya.

Sementara itu, Farhan turut memberitahu niat untuk berlakon dipendam sejak berkahwin dengan aktres tersebut.

Dia pernah mengutarakan hasrat berkenaan namun ditentang oleh bekas isterinya itu.

"Dulu saya pernah cakap dengan dia yang saya ingin cuba nasib jadi pelakon tetapi dia tidak benarkan langsung. Sekarang ini senang, tidak banyak yang perlu difikirkan," ujarnya.

Muhammad Noor Farhan dan Abby atau atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 37, bernikah pada 9 Julai 2013 di Selatan Thailand. Mereka disahkan bercerai pada 9 Mei lalu dengan talak satu.

Sumber: mStar Online

Friday, 2 January 2015

TERBAIK !! 10 Selebriti Tempatan Yang Nampak Manis Bila Bertudung

Sudah menjadi norma manusia sukakan sesuatu yang indah dan menjelang penghujung tahun 2014 ini, kami ingin kongsikan bersama anda antara wajah-wajah manis artis tanah air bertudung yang mampu menggetarkan tulang rusuk kiri kaum Adam. Apa kata anda wahai abang-abang kacak di luar sana?
1. Lisa Surihani memang comel berhijab, bukan?
10 Artis Tanah Air Manis Bertudung - ROTIKAYA+20141224_0033
2. Setelah bergelar ibu, Wawa Zainal semakin terserlah keayuan beliau.
10 Artis Tanah Air Manis Bertudung - ROTIKAYA+20141224_0031
3. Untung bakal suami Neelofa. Eh.
10 Artis Tanah Air Manis Bertudung - ROTIKAYA+20141224_0032
4. Rasa tenang tengok wajah manis Fazura berhijab
10 Artis Tanah Air Manis Bertudung - ROTIKAYA+20141224_0034
5. Manis sungguh senyuman Nora Danish
10 Artis Tanah Air Manis Bertudung - ROTIKAYA+20141224_0021
6. Hanis Zalikha sering diusik peminat lelaki di Instagram
Screen Shot 2014-12-24 at 8.50.39 PM
7. Ibu kepada dua anak ini semakin hari semakin menawan
10 Artis Tanah Air Manis Bertudung - ROTIKAYA+20141224_0035
8. Mizz Nina tampil lebih bergaya setelah berhijab
10 Artis Tanah Air Manis Bertudung - ROTIKAYA+20141224_0037
9. Fara Fauzana bijak menjaga penampilan selepas berhijrah
10 Artis Tanah Air Manis Bertudung - ROTIKAYA+20141224_0039
10. Sheila Amzah sentiasa ceria di laman sosial dan selalu melayan peminatnya
10 Artis Tanah Air Manis Bertudung - ROTIKAYA+20141224_0038

Wednesday, 31 December 2014

Subhanallah! Spesies Lalat yang Menetaskan Ulat Dalam Kulit Manusia

Gambar ini mungkin termasuk foto yang menjijikkan bagi anda, saya posting gambar ini dengan harapan dapat menambah khazanah pengetahuan buat anda sekalian, bahawa ternyata di luar sana ada hal-hal yang sama sekali baru buat kita dan tidak kita ketahui sama sekali.



Anda mungkin tidak pernah berfikir bahawa sebenarnya ada binatang sejenis lalat yang mampu bertelur di dalam kulit anda, telur tersebut kemudian menetas, menjadi ulat dan tumbuh di dalam kulit. Jenis lalat parasit ini adalah lalat hitam, serangga kecil ini mempunyai kebiasaan bertelur di dalam makhluk hidup lain termasuk di dalam kulit manusia.



Gambar-gambar di bawah ini menggambarkan tentang kebenaran berita tersebut, jika kita lihat dengan saksama akan terlihat sebagai pemandangan yang sangat menjijikkan. Mereka bertelur di kaki, tangan, kepala atau di mana saja yang mereka mahu


Tuesday, 30 December 2014

Punca Sebenar Pesawat Air Asia Indonesia.. Terhempas Kata Pakar Penerbangan..


JAKARTA - Semalam Pesawat AirAsia QZ8501 akhirnya berjaya dijumpai oleh pasukan pencari dan penyelamat SAR Indonesia. Jasad-jasad mangsa telah mula dibawa keluar daripada lokasi kemalangan. Namun setakat ini punca sebenar kejadian maih belum dijelaskan kerana puncanya akan terjawab melalui kotak hitam pesawat tersebut. 

Pengarang laman web penerbangan, airlineratings.com, Geoffrey Thomas bercakap kepada Portal berita Herald Sun percaya pesawat QZ8501 menghadapi cuaca buruk namun terbang terlalu perlahan untuk mengelak keadaan itu.

“Juruterbang-juruterbang yang saya temui percaya anak kapal pesawat QZ8501 cuba mengelak ribut dengan meningkatkan altitud namun mendapati mereka terbang terlalu perlahan dan mengurangkan keadaan pegun aerodinamik, keadaan hampir sama dalam kejadian pesawat Air France AF447 yang terhempas pada 2009,” jelasnya.

Thomas berkata, pesawat Airbus A320 itu terbang terlalu perlahan pada kelajuan kurang kira-kira 100 knot iaitu kira-kira 160 kilometer sejam berbanding kelajuan sepatutnya pada altitud ketika kejadian itu, satu perkara yang sangat berbahaya.

“Saya ada plot radar yang menunjukkan pesawat itu berada pada ketinggian 36,000 kaki dan pada kelajuan 353 knot, yang sepatutnya pesawat itu berada kelajuan kira-kira 453 knot.. jika perolehan radar adalah benar, QZ8501 terbang terlalu perlahan di altitud itu,” jelasnya.

Beliau berkata, keadaan itu tidak sepatutnya berlaku kepada pesawat canggih tersebut jadi apa yang berlaku dilihat mempunyai kaitan dengan cuaca buruk.

“Pesawat mungkin terperangkap dalam satu pusaran angin atau sesuatu seumpama itu. Sesuatu yang menimbulkan masalah.

“Pada asasnya, pesawat itu terbang terlalu perlahan di altitud dengan tekanan udara rendah, dan sayap pesawat tidak akan menyokongnya pada kelajuan itu menyebabkan wujudnya keadaan pegun aerodinamik,” katanya.

Thomas menambah, walaupun pesawat itu canggih namun tidak dilengkapi sistem radar terkini.

Beliau berkata, radar digunakan pesawat itu adakalanya mempunyai masalah dalam ribut dan juruterbang mungkin ‘tertipu’ berhubung tahap ribut petir tersebut.

“Teknologi radar terkini yang digunakan Qantas pada 2002, boleh memberikan bacaan lebih baik berhubung ribut petir namun masih belum diluluskan untuk penggunaan pesawat Airbus 320,”katanya.

Walau apapun pendapat daripada Pakar Penerbangan atau Juruterbang pengalaman, punca sebenar Pesawat Air Asia Indonesia itu terhempas akan terungkai melalui kotak hitam pesawat tersebut. Takziah diucapkan kepada semua mangsa-mangsa yang terkorban.

Sumber: free malaysia today