Friday, 9 January 2015

17 Gambar wajah sebenar Nur Shahida, isteri Datuk Terlajak Laris



Pengasas produk kesihatan dan kecantikan D’Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, 27, mempunyai seorang isteri jelitawan bernama Datin Nur Shahida Mohd Rashid.

Sejak berkahwin, mereka telah dikaruniakan dua cahayamata iaitu Qadejah Eh Zahra, 4, dan Ibraheem Adham, 2. Mereka kini menetap di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Berikut ialah 16 keping foto wajah terkini isteri Datuk Terlajak Laris yang amat cantik. 

















Thursday, 8 January 2015

Punca Putus Cinta Zizan Razak Yang Sangat Mengejutkan !


Akhirnya Zizan Razak membuka mulut tentang punca perpisahan beliau dengan Emma Maembong dan ianya lebih ringkas dari apa yang kami jangka — Emma Maembong tidak bersetuju dengan niat teman lelakinya untuk berbelanja besar membeli kereta mewah.
Menurut kenyataan terbaru Zizan Razak kepada Utusan Malaysia, ada tercetus pergaduah antara mereka kerana niat mahu membeli kereta mewah sport kerana Emma Maembong tidak bersetuju dengan hasrat itu kerana dianggap membazir.
“Sebenarnya, tiada perselisihan serius antara kami. Emma marahkan saya kerana hendak membeli sebuah kereta mewah berkuasa tinggi kerana dia tidak suka lelaki yang membazir. Malah, niat saya juga ditentang oleh ibu saya sendiri. Itu yang menjadi punca perpisahan kami,” ujarnya.
Dalam masa yang sama, Zizan Razak turut menepis kata kata yang mengatakan Emma Maembong seorang yang kaki kikis dan hubungan mereka berakhir kerana sikap negatif itu.
Zizan Razak juga mengakui masih cintakan Emma Maembong. Awwwwh. 
Sumber: http://www.rotikaya.com/hasrat-zizan-razak-beli-kereta-mewah-punca-putus-cinta/

Wednesday, 7 January 2015

Kongsi Gambar Berpakaian Ketat, Yuna Dikritik Oleh Peminat (4 Gambar)



Apabila peminat mengeluarkan kritikan terhadap seorang selebriti, ada yang melabelkan bahawa itu bukan peminat sejati. Adakah peminat sejati harus menerima apa sahaja yang dilakukan oleh selebriti kegemarannya dengan hati tulus redha tanpa sebarang soalan? Satu soalan yang agak sukar untuk dijawab. Apa pun, sekeping gambar yang telah dikongsi oleh Yuna menerusi laman Facebooknya baru-baru ini telah menimbulkan banyak kritikan daripada peminatnya yang kurang menggemari cara berpakaian penyanyi hebat ini.
gaya fesyen baru yuna
Secara jujur, memang agak ketat pakaian yang dipakai oleh Yuna. Apa yang menarik perhatian Abang Nara ialah permintaaan segelintir peminatnya yang mahukan Yuna kembali memakai fesyen seperti di awal kemunculannya. Bagi Abang Nara, penampilan Yuna ketika itu amat bagus sekali dan sangat sedap mata memandang. Lagipun Abang Nara dapat rasakan para peminat Yuna lebih fokuskan kualiti lagu dendangan Yuna dan tak ambil pusing sekiranya Yuna tidak bergaya “up to date” dengan fesyen-fesyen semasa.
gaya fesyen baru yuna
Antara komen-komen yang menarik perhatian Abang Nara ialah:-
gaya fesyen baru yuna
gaya fesyen baru yuna
Mungkin Yuna perlu sedikit sebanyak mengambil berat teguran dan kritikan daripada para peminatnya di Malaysia walaupun sedang fokus mengembangkan kerjaya di Amerika Syarikat. Apa pun Abang Nara pasti Yuna akan buat yang terbaik untuk dirinya. Sama-samalah kita terus mendoakan kejayaan Yuna

PASANGAN INI KELIHATAN NORMAL SEHINGGALAH ANDA LIHAT GAMBAR NO 2!!!



Azim sosial 12:18 Louisville (Amerika Syarikat): Sekali pandang, mereka keluarga normal dengan dua anak… Itu yang dilihat oleh orang ramai mengenai pasangan Bianca, Nick dan dua anak mereka. Bagaimanapun, Bianca, 32, sebenarnya dilahirkan lelaki sementara Nick, 27, dilahirkan perempuan… Pasangan Ini Kelihatan Normal Sehinggalah Anda Lihat Gambar No 2! Bianca menjalani pembesaran payudara dan rawatan laser untuk membuang bulu roma sementara Nick mengambil testosterone untuk mengubah penampilannya serta membuang payu daranya.





 lapor akhbar Metro UK,semalam… Mereka mendakwa menjalani kehidupan biasa sehingga Nick hamil. Kehidupannya berubah mendadak dan terpaksa berdepan dengan masalah setiap hari apabila perutnya yang semakin membesar mula menarik perhatian orang ramai… Dia mengaku benci terhadap perubahan bentuk badannya… Dia memilih melahirkan kandungannya menerusi pembedahan sementara Bianca lega kerana tidak perlu melalui pengalaman itu… Kini, pasangan itu tidak segan untuk bercakap mengenai kisah mereka dalam usaha untuk menimbulkan kesedaran… Bagaimanapun, anak mereka yang kini berusia tiga dan satu tahun, masih terlalu muda untuk memahaminya… Namun, mereka yakin kanak-kanak itu akan dapat memahami dan menerima kenyataan mengenai keadaan sebenar ibu bapa mereka kemudian hari kerana dibesarkan dengan kasih sayang, sokongan keselamatan dan didikan normal… Bianca dan Nick berharap untuk menjalani pembedahan jantina tetapi buat masa ini masih belum mampu kerana mahu memberi tumpuan terhadap anak mereka. ..

Monday, 5 January 2015

Kisah Seram Wanita Berkebaya Merah Dirakam Di Stesen Minyak Di Kedah


Kisah Seram Wanita Berkebaya Merah Dirakam Di Stesen Minyak Di Kedah - Gurun - Seorang guru bahasa Arab, En.Mohd.Fitri Mohamad, 29 tahun, tidak dapat melupakan keanehan yang beliau sekeluarga alami ketika bercuti selama tiga hari ke Cameron Highlands dan Kuala Lumpur minggu lepas. Sepanjang percutian itu, guru Sekolah Yayasan Islam Perlis, Kangar itu mendakwa anak saudaranya yang berusia dua tahun yang menaiki kereta Proton Wira yang dipandunya berperangai aneh apabila asyik menangis. Tidak cukup dengan itu, beliau juga mendakwa keretanya terasa begitu 'berat' dan beliau ternampak kelibat 'lembaga' semasa berhenti di Padang Besar.

"Sepanjang perjalanan selepas itu, kereta saya terasa berat semacam sehingga kos minyak dari Kuala Lumpur balik Perlis mencecah RM100 sedangkan biasanya dalam lingkungan RM60 sahaja" katanya. Sewaktu dia menurunkan abangnya di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar sebaik habis cuti pada Isnin lalu, Mohd.Fitri mendakwa ternampak kelibat satu lembaga keluar dari keretanya.

Namun, peristiwa paling mengejutkan mereka ialah kemunculan imej 'lembaga' yang kelihatan seperti wanita berbaju kebaya merah yang dirakam dalam sekeping gambar di sebuah stesen minyak di Hentian Rehat & Rawat (R & R) Gurun arah selatan sewaktu mereka memulakan percutian pada Jumaat lalu. En.Mohd.Fitri mengakui semasa mengambil gambar isterinya, Pn.Shatini Shahidan, 28 tahun, yang berdiri di sebelah kereta mereka pada pukul 5.30 pagi itu, tiada sesiapa dilihat berjalan di belakang Pn.Shatini. Lembaga itu muncul dengan wajahnya kabur dan berambut panjang.

"Saya membaca ayat Kursi bagi memastikan kami tidak terus diganggu," ujarnya. Peristiwa itu kemudian dilupakan sehinggalah dia melihat semula gambar yang dirakam di stesen minyak itu menggunakan kamera digital Nikon milik majikan isterinya. "Berdasarkan gambar itu dan pengalaman saya melihat kelibatnya, ia amat mengerikan iaitu seakan-akan muka beruk dengan pipi lebar dan mulut muncung panjang serta berambut panjang," ujarnya. Sementara itu, Pn.Shatini yang merupakan seorang kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) memberitahu, ketika gambar itu diambil, beliau tidak berasa sesuatu yang aneh pun.

Kejadian yang mereka alami itu berlaku hanya kira-kira 20 minit perjalanan dari lokasi dua kemalangan jalan raya yang berlaku pada tahun ini di Sungai Petani. Kemalangan itu membabitkan seorang pemandu kereta Perodua Kancil yang cedera parah pada 5 Februari 2009. Ia diikuti dengan insiden seorang pemandu lori serta kelindannya cedera apabila kenderaan mereka terbabas di Kilometer 105, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sungai Petani pada 19 April 2009. Dalam kejadian tersebut, kedua-dua mangsa mendakwa yang mereka ternampak dan cuba mengelak kelibat 'wanita berkebaya merah' yang dilihat melintasi lebuh raya itu.

HANTU WANITA KEBAYA MERAH NYARIS BAWA MAUT

5 Februari 2009, Sungai Petani - Gara-gara terkejut ternampak kelibat 'wanita berkebaya merah' melintas jalan, seorang lelaki nyaris maut apabila kereta dipandunya terbabas dan terbalik di susur keluar Plaza Tol Sungai Petani Utara dekat Sungai Lalang di sini kelmarin. Walaupun bernasib baik tidak kehilangan nyawa selepas kereta Perodua Kancil miliknya remuk teruk, pemandu kereta yang hanya mahu dikenali sebagai Mr.Chan, 51 tahun, kebingungan memikirkan tragedi itu. Semasa kejadian pukul 6.45 petang, Mr.Chan dalam perjalanan pulang ke Taman Bandar Puteri Jaya di sini selepas melawat keluarganya di pekan Ko'bah, Pendang. "Semasa tiba di selekoh berhampiran susur keluar plaza tol itu, hujan renyai-renyai dan saya pun menaikkan cermin tingkap. Pada masa sama, seorang wanita muncul dari celah pokok bunga yang ditanam di kiri jalan terus melintasi kereta saya dalam keadaan melenggang-lenggok sehingga menampak betis sambil tersenyum memandang saya "

PEMANDU LORI PARAH ELAK WANITA BERKEBAYA MERAH

19 April 2009, Sungai Petani - Siapa wanita berkebaya merah yang melintas jalan hingga menyebabkan seorang pemandu lori parah manakala kelindannya cedera ringan apabila lori yang dipandu terbabas sebelum menjunam jatuh dekat kawasan Taman Perumahan Taman Keladi semalam.

Ketika kejadian pukul 8.15 pagi itu, pemandu lori terbabit, En.Mohd.Sobri Shaari, 42 tahun dan kelindannya yang dikenali sebagai En.Atan, 37 tahun, sedang dalam perjalanan dari Bukit Kayu Hitam, Kedah menuju ke Bagan Ajam, Butterworth. Menurut En.Atan, ketika kejadian dia sedang berbual dengan En.Mohd.Sobri berkaitan dengan lembaga misteri seakan seorang wanita yang pernah ditemuinya di Bagan Ajam.

"Ketika rancak bercerita, En.Mohd.Sobri tiba-tiba menekan brek lori sambil mengatakan ada seorang wanita berkebaya merah melintas di tengah jalan di Kilometer 105.8, Lebuh Raya Utara-Selatan. Oleh kerana ketika itu lori dipandu agak laju, En.Mohd.Sobri hilang kawalan menyebabkan lori yang dipandunya terbabas sebelum menjunam jatuh dari ketinggian 10 meter ke atas sebatang jalan di kawasan Taman Perumahan Taman Keladi," dakwanya semasa ditemui di tempat kejadian semalam.


Sumber

Inilah Video Hairul Azreen Lamar Hanis Zalikha Secara Live


Ini merupakan video Hairul Azreen melamar Hanis Zalikha di pentas akhir Gegar Vaganza. Lamaran ini telah menjadi viral di seluruh Malaysia.

Di laman sosial, blog, forum dan media hiburan semua sedang membicarakan tentang lamaran Hairul Azreen kepada Hanis Zalikha ini.

Kepada yang terlepas, jom tonton video tersebut



Sunday, 4 January 2015

(10 FOTO TERKINI) "ANAK" JET LI KINI SUDAH BESAR


Miu Tse ialah pelakon cilik yang menjadi anak kepada Jet Li di dalam dua filem popular 90-an iaitu My Father Is A Hero dan The Legend of Shaolin. 

Dari kecil Miu Tse sudah menunjukkan super bakat seperti Sakuragi Hanamichi di dalam seni bela diri Kung Pao. Tahukah anda setelah berehat dari dunia perfileman selama lapan tahun, beliau kembali berlakun di dalam filem Iron Lion pada tahun 2003. 

Miu Tse kini berumur 28 tahun dan kini menjadi bintang TVB. Lama juga kami tertanya-tanya apa terjadi kepada little Jet Li. Nah! hari ini persoalan ini terjawab