Tuesday, 10 February 2015

AMARAN !! Buat Penjawat Awam Yang Buat Perniagaan Internet..



Penjawat awam merupakan golongan yang turut terkena tempias dengan kenaikan kos sara hidup. Justeru, ramai yang mengambil inisiatif menjalankan perniagaan sampingan secara atas talian seperti menjual produk kesihatan, kecantikan dan pakaian.

Walaubagaimanapun, sebagai seorang kakitangan awam yang bekerja dibawah kerajaan, tugas hakiki tidak boleh diabai dan perlu dijalankan dengan penuh tanggungjawab.

Mungkin disebabkan menyedari semakin ramai penjawat awam alpha dengan tugas masing-masing, satu surat khas bertarikh 6 March 2014 telah dihantar oleh JPA kepada Ketua Jabatan masing-masing untuk memantau pegawai/staff awam yang menjalankan perniagaan atas talian. Berikut adalah isi surat berkenaan:

Sumber Surat: MyMediaHubOnline

PEMANTAUAN KE ATAS PEGAWAI AWAM YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN DALAM TALIAN

2. Tanggungjawab pegawai awam dalam memelihara integriti perkhidmatan awam semasa menggunakan kemudahan media sosial di internet. Berdasarkan pemerhatian, jabatan ini mendapati terdapat pegawai awam menggunakan media sosial untuk menjalankan pernaigaan sama ada penjualan produk atau perkhidmatan termasuk pada waktu pejabat. Keadaan ini boleh menimbulkan pelbagai persepsi dan boleh menjejaskan imej pegawai awam dan Kerajaan.

3. Pada dasarnya, pegawai awam yang terlibat dengan perniagaan melalui media sosial atau dalam talian adalah disifatkan melakukan pekerjaan luar. Di bawah Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, mana-mana pegawai awam yang bercadang untuk melakukan pekerjaan luar hendaklah dengan terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatannya.

Kepada penjawat awam yang mahu dan sedang menjalankan perniagaan atas talian, pastikan anda mengambil langkah mendapatkan kebenaran bertulis seperti arahan KPPA diatas! 

Monday, 9 February 2015

(3 GAMBAR) PERHATIAN!! Waspada Apabila Anda Memuat Naik Gambar Di Laman Sosial,Jangan Sampai Kantoi Seperti Remaja Ini!!! Kenapa?...


Kejadian berlaku di Itajai-SC Brazil... Menurut perkongsian seorang forumer di sebuah forum, entah bagaimana gambar remaja 19 tahun ini telah tersebar kepada pegawai-pegawai polis di kejiranan beliau...

Malangnya, seorang daripada mereka mengenali remaja ini... Pegawai polis terus melakukan serbuan dan memberkas remaja tersebut... Untuk makluman, pokok dalam gambar di atas adalah pokok ganja...






sumber

Suami Terkejut Lalu Meraung Selepas Melihat Keadaan Isterinya Yang Disangka Tidur Selepas Melahirkan Bayi Mereka !!!


Kejadian menyayat hati ini yang berlaku di China merupakan detik-detik apabila seorang suami mendapati isterinya yang disangka sedang menjalani pembedahan selepas melahirkan anak mereka rupanya meninggal dunia dan dibiarkan di atas meja bedah sendirian....

Liu Hsiung, 29, yang kehilangan Zhang Chun, 27, mendakwa sebelum ini dimaklumkan oleh doktor bahawa wanita itu mengalami keadaan kritikal selepas melahirkan anak....

“Saya berulang kali dimaklumkan isteri saya berada dalam bilik bedah. Hanya selepas beberapa jam saya memutuskan untuk masuk ke bilik berkenaan dan betapa terkejutnya saya apabila mendapati mayat isteri saya terbaring di atas katil....

“Tiada doktor atau jururawat di situ, hanya pencuci bangunan yang sedang duduk di situ sambil menghisap rokok dan makan,’’ katanya....

Menurut Lin, dia menjadi hilang akal apabila menyaksikan mayat isterinya manakala pencuci itu pula sedang makan. Susulan itu, Lin mengemukakan saman terhadap pihak hospital di atas kecuaian berkenaan....

Sebab utama mereka membiarkan saya di luar adalah supaya mereka boleh mencari alasan untuk menghapuskan semua bukti yang ada. Saya mahu melihat semua dokumen, rekod perubatan dan mendapatkan kenyataan daripada mereka,’’katanya....

Dalam pada itu, pihak hospital memberitahu, isteri Lin mengalami komplikasi kerana bayi yang dilahirkan besar dan mereka juga menolak pembedahan sebaliknya mahu melahirkan bayi dengan cara normal....

sumber

Sunday, 8 February 2015

Gambar Anak Gadis Ajai Yang Cun



Komposer dan penyanyi Ajai merupakan bekas ahli kumpulan Exist sebagai pemain keyboard yang sememangnya amat popular. Namun Ajai mengumumkan keluar dari Exist pada tahun 1997.

Ajai kemudia menjadi popular sebagai komposer dan juga penyanyi terutama secara berdut dengan Nurul sehingga berjaya memenangi Anugerah Juara Lagu 17 menerusi lagu Keliru.


Ajai pernah berkahwin dengan Nurul pada tahun 1996 namun perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian pada 2006.


Mereka mempunyai seorang anak perempuan bernama Ayu Nazirah. Ayu Nazirah kini sudah meningkat remaja dan semakin cantik.


Jom layan gambar anak gadis Ajai ini:











Pasangan Si Jelita Tak Hensem, Dia Dituduh Gila Harta


Kalau di internet, nampak sahaja pasangan yang tidak seimbang sukatan kecantikan dan ketampanan, pasti ada yang akan bermulut jahat buat macam-macam spekulasi.
Begitulah yang terjadi kepada pemegang akaun Twitter @AdielaSafiYyani yang pada pandangan penulis memang cantik.
Dalam satu tweet, dia bergambar dengan seorang lelaki yang agak kurus dan wajahnya tidaklah tampan tetapi boleh tahanlah dengan begitu mesra sekali.
Seorang pengguna Twitter lain yang kami rahsiakan akaunnya kemudian membuat tweet dengan hashtag #TweetPenuhHasadDengki mengatakan bahawa lelaki yang bergambar bersama Adiela itu adalah anak orang kaya.
“Ni mesti lelaki tu kaya, takpun lelaki anak Tan Sri, Biasalah nak harta,” kata pengguna Twitter berkenaan yang berjantina lelaki.
080215Cantik_2
Jawapan daripada Adiela amat mengejutkan dan membuatkan pengguna tweet bermulut jahat itu terkedu.
“Minta maaf, ni suami saya, dia kerja bawa lori je, bukan anak orang kaya, tak baik sebar fitnah, tak kenal jangan teka-teka je,” kata si Adiela.
080215_Cantik_3
Memang pernah kata orang, pasangan ni kena berbeza dari segi kecantikan, baru serasi. Si isteri cantik, si suami kurang hensem, si suami hensem, si isteri kurang cantik, barulah kekal, jika diizinkan Allah.
Apapun, tindakan yang dilakukan Adiela memang matang dan tidak melenting biarpun mengkritik dirinya seperti bermata duitan mengejar kekayaan dalam mencari cinta.
Sebenarnya, lelaki di Twitter tu cemburu kerana wanita sejelita Adiela sudah berkahwin dan bertemu jodoh pula dengan seorang drebar lori.. dengar cerita drebar lori pun masyukkk kan?
Di laman twitternya juga dimuatnaik beberapa keping gambar mesra Adiela dan suaminya yang memang nampak loving.
080215_Cantik_4080215Cantik_5080215Cantik_6
Semoga berbahagia kepada pasangan ini, dan kepada abang-abang lain tu, doakan sahaja mereka baik dalam melayari rumah tangga.
Sumber - MYNEWSHUB.CC

Saturday, 7 February 2015

ALLAH ITU MAHA BESAR !!! Fenomena yang benar2 luar biasa berlaku Parit Buntar pada 7 pagi semalam



Parit Buntar: Penduduk Kampung Parit Kasa, di sini, dikejutkan dengan fenomena ribuan ikan lampam muncul di permukaan tali air sejak jam 7 pagi semalam, menyebabkan kawasan berkenaan dikerumuni penduduk yang bagaikan berpesta.

Rata-rata penduduk yang mengetahui kejadian itu memenuhi kawasan berkenaan dengan membawa pelbagai peralatan termasuk jala, pukat dan sauk, malah ada yang terus terjun ke dalam tali air menangkap ikan menggunakan tangan.

Difahamkan, sehingga jam 2 petang semalam, penduduk mendakwa menaikkan 100 kilogram ikan lampam.

Abdul Halim Siga, 54, berkata, kejadian itu pertama kali berlaku sepanjang dia tinggal di kampung itu.

Katanya, dia menyedari kejadian berkenaan pada jam 7 pagi apabila melihat banyak kelibat ikan bermain di permukaan air.

“Saya segera mengambil jala dan melemparkannya ke arah kumpulan ikan terbabit dan dengan sekali campak, saya dapat lebih 20 ikan.

“Saya kemudian mengajak ahli keluarga untuk sama-sama menangkap ikan itu,” katanya.

Orang ramai mula mengerumuni kawasan itu selepas melihat penduduk menaikkan banyak ikan.

Seorang lagi penduduk Syamsul Razman, 32, berkata, fenomena itu mungkin terjadi akibat limpahan air bukit merah ke dalam Sungai Kerian. - myMetro

Gambar Awek Bertudung Yang Comel Tetapi ??



Awek yang memakai tudung tidak dinafikan memang kelihatan lebih comel dan cun. Boleh tergoda melihat mereka terutama sekali yang mempunyai dahi yang licin, raut wajah yang putih mulus disertai pula potongan badan yang ideal. kihkih
Apa mau tunggu lagi, jom skodeng 13 gambar awek bertudung yang comel dan seksidi bawah ini.