Saturday, 14 February 2015

Dua waktu Tidur Yang Di Benci Allah


1. Tidur di Pagi Hari Setelah Shalat Shubuh
DARI Sakhr bin Wadi’ah Al-Ghamidi radliyallaahu ‘anhu bahwasannya Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda :
ﺎﻫﺭﻮﻜﺑ ﻲﻓ ﻲﺘﻣﻷ ﻙﺭﺎﺑ ﻢﻬﻠﻟﺍ
”Ya Allah, berkati lah bagi ummatku pada pagi harinya” (HR. Abu dawud 3/517, Ibnu Majah 2/752, Ath-Thayalisi halaman 175, dan Ibnu Hibban 7/122 dengan sanad shahih).
Ibnul-Qayyim telah berkata tentang keutamaan awal hari dan makruhnya menyia-nyiakan waktu dengan tidur, dimana beliau berkata : “Termasuk hal yang makruh bagi mereka  iaitu orang salih  adalah
tidur antara shalat shubuh dengan terbitnya matahari, kerana waktu itu adalah waktu yang sangat berharga sekali. Terdapat kebiasaan yang menarik dan agung sekali mengenai manfaat waktu tersebut dari orang-orang salih,  walaupun mereka berjalan sepanjang malam mereka tidak toleransi untuk istirehat pada waktu tersebut hingga matahari terbit. Kerana ia adalah awal hari dan sekaligus sebagai kuncinya.
Ia merupakan waktu turunnya rezeki, adanya pembagian, turunnya keberkatan, dan darinya hari itu berjalan dan mengembalikan segala kejadian, hari itu atas kejadian yang mahal tersebut. Maka rugi tidur pada ketika  itu seperti tidurnya orang yang terpaksa” (Madaarijus-Saalikiin 1/459).
2. Tidur Sebelum Shalat Isya’
Diriwayatkan dari Abu Barzah radlyallaahu ‘anhu : ”Bahwasannya Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam membenci tidur sebelum shalat isya’ dan bercerita selepasnya” (HR. Bukhari 568 dan Muslim 647).
hadits-hadits Nabi menerangkan makruhnya tidur sebelum shalat isya’. Oleh sebab itu At-Tirmidzi (1/314) mengatakan : “ulama menyatakan makruh hukumnya tidur sebelum shalat isya’ dan bercerita setelahnya. Dan sebagian ulama’ lainnya memberi keringanan dalam masalah ini. Abdullah bin Mubarak mengatakan : “Kebanyakan hadits-hadits Nabi melarangnya, sebagian ulama membolehkan tidur sebelum shalat isya’ khusus di bulan Ramadan saja”.
Al-Hafidh Ibnu Hajar berkata dalam Fathul-Baari (2/49) : “Di antara para ulama melihat adanya keringanan (iaitu) mengecualikan bila ada orang yang akan membangunkannya untuk shalat, atau diketahui dari kebiasaannya bahwa tidurnya tidak sampai melewatkan waktu shalat. Pendapat ini juga tepat, kerana kita katakan bahwa alasan larangan tersebut adalah bimbang terlewatnya waktu shalat”.
 sumber : http://purplepockett.blogspot.com

Friday, 13 February 2015

Sadis ! Tukang Gantung Cerita Detik Akhir Saddam Hussein di Tali Gantung


Tukang Gantung Cerita Detik Akhir Saddam Hussein di Tali Gantung | Mowaffak al-Rubaie duduk di pejabatnya dengan patung Saddam Hussein dibelakang, tali yang digunakan untuk menggantungnya melilit leher patung itu.

Bekas penasihat keselamatan kebangsaan Iraq itu yang menyaksikan bekas diktator berkenaan dihukum gantung pada 2006, berkata, Saddam tabah hingga detik akhir kehidupannya dan tidak pernah kesal.

“Penjenayah? Benar. Pembunuh? Benar. Kejam? Benar. Tetapi dia tabah hingga ke akhir hayat,” kata Mowaffak.


“Saya menyambutnya di pintu. Tiada siapa masuk ke situ. Tiada warga asing dan tiada pegawai Amerika,” katanya. kepada media di pejabatnya di Kadhimiyah, utara Baghdad berdekatan penjara tempat hukuman itu dijalankan tujuh tahun lalu.

“Ketika saya membawanya masuk, tangannya yang bergari memegang al-Quran.

“Saddam yang memakai jaket dan kemeja putih kelihatan tenang dan bersahaja.

“Ada yang berkata dia pengsan. Ada yang kata dia diberi dadah. Tetapi sebenarnya tidak.

“Tiada tanda takut pada wajahnya. Tiada tanda kesal. Tiada doa mohon keampunan.

“Orang yang akan mati biasanya akan berkata, Tuhan, ampunkan dosaku. Tetapi Saddam tidak berkata demikian,” katanya.

“Saya membawanya ke kamar hakim dan senarai tuduhan dibacakan kepadanya. Saddam berkata: ‘Pergi mati dengan Amerika! Pergi mati dengan Israel! Hidup Palestin!”


Mowaffak kemudian membawa Saddam ke dalam bilik tempat hukuman dijalankan.

“Dia berhenti seketika, melihat bilik itu sebelum memandang saya.

Apabila tiba waktu hukuman, kakinya masih digari. Mowaffak dan beberapa kakitangan lain menariknya menaiki tangga.

Katanya, dia menarik tuil menggantung Saddam, tetapi tak berfungsi! Kemudian seorang lagi kakitangan menariknya untuk kali kedua dan barulah Saddam jatuh ke bawah pelantar dan mati.

Sebelum digantung, Saddam sempat mengucap syahadah.

“Aku naik saksi tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad…,” tetapi dia tidak sempat menghabiskannya.

“Dia melakukan begitu banyak jenayah dan dia patut digantung beribu kali,” kata Mowaffak


Menurutnya, hukuman ke atas Saddam dilakukan selepas sidang video antara Nuri al-Maliki dengan Presiden AS ketika itu, George Bush, yang bertanya Perdana Menteri Iraq itu: “Apa yang akan kamu lakukan dengan penjenayah itu.

Nuri menjawab: “Kami akan gantung dia.”

Bush menunjukkan tanda bagus, tanda bersetuju.

Saddam yang memerintah Iraq melebihi dua dekad yang menyaksikan penindasan kejam, perang dan sekatan antarabangsa dijatuhi hukuman gantung selepas didapati bersalah terhadap pembunuhan 148 penduduk Syiah di Dujail pada 1982. – AFP

SUBHANALLAH..!! - PENEMUAN BAHTERA NABI NUH (13 GAMBAR)



Pada 26 April 2010,sekumpulan pengkaji dari China dan Turki yang bergabung dalam 'Noah's Ark Ministries International' telah mengumumkan bahawa mereka telah menemui kapal @ Bahtera Nabi Nuh di Turki. Mereka telah berjaya mengenalpasti sisa-sisa perahu Nabi Nuh berada pada ketinggian 4.000 meter di Gunung Agri atau Gunung Ararat, di Turki Timur.



Menurut mereka, spesimen yang mereka ambil memiliki usia karbon 4.800 tahun, dan agak tepat sekiranya berpandukan dengan timeline yang telah digambarkan dalam sejarah.


Menurut sejarah yang lalu, berlaku banjir besar di Bumi. dan menenggelamkan hampir separuh daratan pada muka bumi. Sebelum bencana tersebut terjadi, Nabi Nuh telah diberi wahyu untuk membina sebuah kapal besar untuk menyelamatkan umat manusia dan makhluk Bumi lainnya.


Bagi membuktikan kebenaran cerita tersebut, kumpulan pengkaji dari Turki dan China tergabung dalam 'Noah's Ark Ministries International' selama bertahun-tahun mencari sisa-sisa bahtera legenda tersebut. Jika apa yang diberitahu oleh mereka adalah benar, para peneliti Evangelis telah menemukan sebuah perahu paling terkenal dalam sejarah.


Kalau anda ingin tahu Penelitian ini sebenarnya telah dilakukan sejak tahun 1949, dan diperkatakan oleh Prof. Ron Wyatt bahawa ianya pernah bersama kumpulan arkeologinya telah menemukan lokasinya dan melakukan penggalian pada tahun 1977.


1. Awal Penemuan


Pada tahun 1949,pemotretan awal oleh Angkatan Udara AS tentang adanya benda aneh di atas Gunung Ararat-Turki, dengan ketinggian 14.000 feet (sekitar 4.600 meter)




Kemudian,pada tahun 1960, berita di dalam Life Magazine: Pesawat Tentera Nasional Turki menangkap gambar sebuah benda mirip kapal di puncak gunung Ararat yang panjangnya 500 kaki (150 meter) yang dijangka perahu Nabi Nuh (The Noah’s Ark)


2. Gambar-gambar yang diambil pada tahun 1999-2000


Sesi pemotretan oleh Penerbangan AS IKONOS tahun 1999-2000 tentang jangkaan adanya kapal di Gunung Ararat yang tertutup salji.


3. Peta Lokasi Perahu Nabi Nuh




4. Kapal Nabi Nuh di atas Gunung Ararat.




5. Tapak Kapal Nabi Nuh sebelum dibersihkan



6. Pengukuran di Atas Tapak Bekas Kapal Nabi Nuh




7. Struktur Kapal Nabi Nuh menurut para arkeologi yang menjumpainyer




Yang terkini, pada 26 April 2010 sekumpulan yang beranggotakan 15 orang dari Hong Kong dan Turki hadir dalam konferens.


Kepada media yang hadir ,mereka juga mempamerkan spesimen fosil kapal yang dikatakan Kapal Nuh, seperti tali, paku, dan pecahan kayu.


Seperti apa yang dijelaskan para penyelidik, tali dan paku diduga digunakan untuk menyatukan kayu-kayu hingga menjadi sebuah kapal. Tali turut digunakan untuk mengikat haiwan-haiwan yang diselamatkan daripada banjir besar , begitu juga dengan potongan kayu yang dibuat bersekat untuk menjaga kawanan haiwan-haiwan.


Penemuan ini telah menjadi pelengkap untuk mendorong pemerintah Turki mendaftarkan tapak ini ke UNESCO agar lembaga PBB itu ikut menjaga kelestarian Kapal Nuh.


Tambahan lagi,cuaca yang teramat sejuk pada ketinggian 4.000 meter itu diyakini oleh para penyelidik dapat menjaga keadaan Kapal Nuh selama ribuan tahun.


Sumber

3 Tanda-Tanda Kiamat Besar Telah Berlaku - Ulamak Mesir

Kiamat kubra makin dekat. Demikian kesimpulan Syaikh Dr Ali Gomaa setelah melihat tiga tanda kiamat kubra. Dalam sebuah peristiwa televisyen baru-baru ini, bekas Mufti Mesir itu menyatakan bahawa tiga tanda bermulanya kiamat kubra sudah kelihatan dan berlaku.

Tanda pertama yang disebut Ali Gomaa seperti dipetik media Arab Albadee.net via bersamadakwah.net adalah kekeringan yang melanda daerah Nakhl Baisan di Syam yang apabila ini diduduki oleh Israel.

Tanda kedua menurut Ali Gomaa adalah surutnya Tasik Tiberias. Tasik yang menjadi sumber utama air bersih bagi Israel itu mula mengering pada 2012 lalu. Kerajaan Israel berasa bimbang kerana tasik Tiberias diramalkan hanya akan bertahan sepuluh tahun.

Ulama Mesir Akui ini Tanda-tanda Kiamat - Ali-Gomaa-aawsatdotnet-640x411.jpg
Ali Gomaa

Pada 2022, tasik itu diramal akan benar-benar kering dan tidak boleh diambil airnya. Oleh itu sekarang Israel mencari sumber air di wilayah Lubnan.

Tanda ketiga menurut Ali Gomaa adalah surutnya mata air Zaghar. Mata air Zaghar terletak di sebuah kampung di dekat Laut Mati di Jordan. Seperti tasik Tiberias, mata air Zaghar juga sudah mulai surut.

Walaupun disebut makin dekat, tidak ada satu pun ulama yang berani memastikan bila kiamat kubra akan datang. Termasuk Ali Gomaa sendiri.

Bahkan, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak dapat memastikan bila terjadinya kiamat kubra. Ketika Malaikat Jibril datang bertanya kepada beliau, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menjawab "yang ditanya tidak lebih tahu dari yang bertanya
sumber

Jep Sepahtu Akui Tidak Ramai...


Sudah sebati dengan kehidupan yang sederhana dan tidak mengejar populariti, Jep Sepahtumengakui bahawa dirinya tidak mempunyai ramai kawan terutamanya di dalam industri seni.
“Memasuki dunia lakonan bukannya saya mencari dan mengejar populariti tetapi ini semua kerana bakat seni yang saya ada terutama melawak. Lagi pun, saya tidak mempunyai ramai rakan artis kalau anda semua nak tahu sebenarnya”
“Banyak masa akan dihabiskan di kampung (Kampung Melayu Kulai)jika saya tiada kerja untuk dibuat di Kuala Lumpur. Saya akan balik kampung dan bantu ayah saya membuat kerja,” katanya merendah diri.
Selain itu, Jep mengakui dia pernah rasa tertekan kerana banyak cubaan untuk menjatuhkan dirinya, namun Jep tidak pernah mengambil pusing terhadap perkara itu kerana baginya, semua itu tidak mendatangkan sebarang manfaat.
“Inilah orang kata cabaran. Setiap dugaan yang kita lalui itu perlu kita atasi dengan baik. Macam saya sendiri, saya tidak pernah terlalu memikirkan pandangan negatif orang terhadap saya. Makin saya fikir, makin serabut jadinya,” katanya seperti dipetik dari Utusan Online

Wednesday, 11 February 2015

Masyarakat Islam di Jasin dikejutkan dengan insiden seorang pengantin



JASIN (MELAKA) Masyarakat Islam di Jasin dikejutkan dengan insiden seorang pengantin dimajlis perkahwinan Datin Azurah yang dilangsungkan di sebuah Hotel di Melaka yang berpakaian kurang sopan mendedahkan buah dadah (tetek)nya dihadapan ribuan jemputan.

Gambar Dan Video Selanjutnya DI SINI

Tuesday, 10 February 2015

Hukum Suami Gemar Hisap Buah Dada Isteri



Hukum Suami Gemar Hisap Buah Dada Isteri | Apakah hukum seorang suami gemar menghisap buah dada isteri sambil terminum susunya sewaktu melakukan hubungan seks. Ini kerana suami amat gemar melakukan perbuatan tersebut dan si isteri juga menikmatinya. Pada masa yang sama, si isteri menyusukan anak perempuan berusia 10 bulan.soalannya.

Jawapan, Persetubuhan antara seorang lelaki dan perempuan menjadi halal melalui pernikahan yang sah. Nikah yang sah menjadi portfolio untuk mengadakan persetubuhan. Islam menghalalkannya dengan nikah dan mengharamkannya bagi mereka yang tidak bernikah.

Melalui perkahwinan tertunailah segala keinginan seorang lelaki dan keinginan seorang wanita. Fitrah semulajadi manusia telah dilengkapkan dengan keinginan ini. Mereka yang hidup dengan menahan dan mengorbankan keinginan fitrah nafsunya berhadapan dengan pelbagai masalah di antaranya; psikologi yang terganggu, ketidakstabilan emosi, seterusnya membawa masalah dalam kehidupan seharian.

Dalam hal ini, Islam memberi ruang untuk seseorang itu menikmati keinginan nafsunya dengan izin syarak. Namun sebagai hamba yang diciptakan untuk mematuhi perintah Allah maka cara dan etika dalam mengadakan hubungan suami isteri perlu dijaga.

Ini kerana jimak juga dikira sebagai ibadat. Dalam surah al-Baqarah, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, “Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada hari akhirat kelak). Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.”

Dalam ayat ini Allah s.w.t. menggambarkan sebagai ladang atau kebun itu dengan tatacara yang beradab, walaupun ayat ini menyatakan datanglah kepada isteri-isteri kamu mengikut kamu sukai.

Mengikut al-Raghib al-Asfahani, makna “kebun” itu adalah tempat kamu menanam benih zuriat kamu.

Al-Jauhariy menegaskan bahawa “kebun” dalam ayat ini adalah satu perumpamaan” manakala Ibn Abbas r.a. berpendapat: “siramlah tanaman kamu di mana ia boleh tumbuh”.

Allah SWT memberikan kebebasan bagi suami isteri untuk menikmati jimak sesuai dengan kaedah dan cara yang dianggap sesuai menurut syarak. Maksudnya memenuhi kepuasan nafsu dengan tidak melampaui nilai dan adab.

Namun begitu, Islam juga menggariskan batas-batas jimak tersebut, seperti dilarang menjimak isteri ketika haid atau nifas, dilarang menjimak dubur isteri dan lain-lain.

Mengenai persoalan terminum susu isteri ketika bersetubuh sama ada secara sengaja atau sebaliknya. Harus menghisap payu dara isteri ketika berjimak, tetapi jika isteri dalam tempoh menyusukan anak adalah lebih baik tidak menghisapnya sampai terminum susu dari tubuh isteri.

Ini kerana mungkin mulut si suami boleh membawa kuman dan anak yang menghisap susu itu boleh terdedah kepada sebarang jangkitan kuman.

Perkara yang kedua ialah susu itu hak si anak dan bukan hak si suami. Walaupun dengan meminum susu si isteri tidak menjadikan lelaki itu bapa susuan.

Sekiranya perbuatan suami itu membawa mudarat kepada bayi dengan jangkitan kuman atau susu berkurangan, maka hukumnya haram

sumber: http://thetrendingnow.blogspot.com