Tuesday, 7 April 2015

Aaisyah Dhia Rana Cipta Kejutan Bersejarah, Che Ta & Zain Saidin Tercengang!


Meskipun Aisyah Dhia Rana baru berusia lima bulan, namun anak kepada Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini telah menjadi artis pertama menyertai syarikat pengurusan Laugh Out Loud (LOL) Entertainment. 


"Saya senang bersama pengurusan LOL dan sejak tiga tahun dengan syarikat ini, saya percaya kepada kredibiti LOL sebagai antara syarikat pengurusan popular tanah air.



"Jadi dalam hal anak, saya biarkan yang lebih arif untuk mengatur apa yang sewajarnya untuk dia. Tambahan pula rezeki anak saya kian murah dan mendapat perhatian syarikat yang berkeinginan menjadikannya sebagai duta," ujar Che Ta dipetik sebagai berkata kepada BH.

Selain bayi mereka, Zain turut bersetuju untuk menyertai pengurusan LOL yang dimiliki Afeeq Abd Wahab dan penyanyi Dafi. 

"Jadi... kenapa saya tidak menerima tawaran mereka untuk menguruskan saya sekali termasuk anak," jelas Zain.

Sumber : Myartis




















Thursday, 2 April 2015

Awek Cun Melecun Bangga Dapat Rampas Suami Orang!


Seorang wanita memuat naik status yang kami anggap agak 'meloyakan' kerana wanita itu bangga dengan perb#uatannya yang telah meruntuhkan rumahtangga wanita lain.


"Sedihnya Abang Aswad balik KB sudah. Rasa bahagia sangat selama seminggu menghabiskan masa dengan dia.

"Sekarang dia sudah menjadi milik aku sepenuhnya sebab dia dah ceraikan isteri dia dengan talak satu.

"Akhirnya aku menang. Per#empuan kau kalah, sudahlah kau tak cantik," katanya pada status yang dimuat naik pada 10 Mac 2015 lalu.


Caption gambar yang dimuat naik oleh Que itu mengundang kritikan orang ramai yang mengelarnya perampas suami orang. Que pada hari yang sama juga turut memuat naik status yang lain;

"Salahkah aku mencintai suami orang sedangkan dia sanggup ceraikan isteri dia demi aku. Terbukti dia lebih cintakan# aku," katanya.

Perkahwinan bekas isteri, Siti dan lelaki yang bernama Aswad itu telah terjalin selama 13 tahun dikurniakan seorang anak perempu#an, hancur begitu sahaja kerana kehadiran orang ketiga.

Siti, hanya mampu membiarkan bekas suaminya berlalu pergi.



"Aku tak mampu bersuara, tapi yang pasti dia masih suami aku. Aku akan tetap mencintai macam dulu seperti 13 tahun yang lalu. Pada kamu Sikin, aku tak berdendam apa pun dengan kamu. Aku yakin kamu ada hati dan# kamu dapat berfikir,"

Entah apa yang dibanggakan sangat dapat suami orang. Alangkah ruginya si suami meninggalkan bekas isterinya yang ternyat#a lebih baik dari yang kedua ini.




Sumber

7 Cara Paling Berkesan Menghalau Tikus Di Rumah!



Adakah anda fobia akan kehadiran makhluk yang bernama tikus? Jangan risau admin akan kongsikan cara halau tikus.

Tikus merupakan sejenis binantang yang bukan sahaja kotor dan cukup menggelikan, tetapi juga mengundang pelbagai penyakit yang boleh membawa kepada kematian.

Kehadirannya di dalam sesebuah kedai aman biar pun hanya seekor sudah cukup membuatkan seseorang itu berasa tidak senang duduk!

Tidak seperti binatang lain seperti nyamuk, membasmi atau menghalau tikus sangatlah sukar. Ini adalah kerana umur tikus yang relatifnya lebih panjang serta kemampuannya membiak memang cukup tinggi. Sekali melahirkan, minimumnya enam ekor dalam masa kehamilan yang singkat.

Jadi, tidak harianlah jika anda melihat tikus yang menjadi penghuni tidak diundang di kediaman anda semakin hari semakin banyak, seakan tidak habis-habis.

Disebabkan itulah juga kita memerlukan cara efektif agar tikus berasa tidak tenang berada di rumah kita. Ada beberapa cara yang kerap di lakukan untuk menghalau dan membasmi tikus seperti menggunakan racun tikus, perangkap tikus dan penghalau tikus elektrik.

Tetapi kita juga boleh menggunakan cara semulajadi untuk membasmi dan mengusir tikus ini. Berikut beberapa cara yang boleh anda cuba:

1. Daun Pandan

Daun pandan memiliki aroma wangi bukan sahaja boleh menyedapkan bau ruang kediamanan. Keharumannya itu tidak disukai oleh tikus.

2. Kucing

Peliharalah kucing di rumah, terutama kucing jenis tertentu yang dapat membunuh tikus.Kucing merupakan musuh utama bagi tikus!

3. Buah Mengkudu

Ambil dua atau tiga biji buah mengkudu. Potonglah mengkudu tersebut menjadi beberapa bahagian. Letakkan ia dalam sebuah mangkuk di kawasan yang sering dilalui tikus. Bau buah mengkudu yang menyengat membuatkan tikus pergi dari rumah.

4. Minyak Mint

Sapukan minyak yang diperbuat daripada daun mint (MenthaCodifolia) pada sehelai kain dan letakkan di tempat-tempat yang sering menjadi laluan tikus. Sudah pasti tikus tidak akan datang lagi kerana tikus tidak menggemari bau mint.

5. Kapur Barus (DryobalanopsAromatica)

Hancurkan beberapa kapur barus (kasar-kasar), kemudian taburkan di kawasan-kawasan yang menjadi ‘lubuk’ tikus itu. Cara ini cukup efektif kerana tikus sememangnya tidak suka dengan bau kapur barus yang cukup menyengat!

6. Cat BadanTikus

Tangkap seekor tikus, kemudian lumurkan badannya dengan cat berwarna terang seperti warna merah, kemudian lepaskan. Tikus tersebut tidak akan datang lagi, malahan turut membuatkawan-kawan tikusnya yang lain berasa takut untuk mengganggu kediaman anda.

7. Buah Durian

Sediakan dua atau tiga biji buah durian. Mana-mana bahagian isinya yang sedap itu, anda makanlah. Kemudian, letakkan potongan kulit durian tersebut di tempat-tempat yang selalu dilalui oleh tikus. Tentunya bau durian yang menusuk hidung dan kulitnya yang berduri membuatkan tikus berasa gerun untuk singgah di kediamanan anda.

Keberkesanan cara-cara membasmi dan mengusir tikus-tikus tersebut bergantung pada banyak faktor, contohnya keadaan ruang dan kawasan persekitran kediaman anda itu sendiri.

Jadi, anda harus sentiasa peka dengan keadaan sekeliling anda. Elakkan daripada melakukan perkara yang boleh mengundang penyakit yang disebabkan oleh tikus, seperti penyakit kencing tikus!

Penyakit kencing tikus ini adalah antara penyakit berbahaya kerana kebanyakan yang menghidapinya berisiko untuk maut. Jagalah setiap pemakanan, persekitaran dan akitiviti anda dan keluarga setiap hari.Pastikan juga kediaman ada terjamin bersih dan bebas dari pada binatang bernama ‘tikus’ ini!

5 Tarikan Utama Wanita Di Mata Lelaki! Ramai Lelaki Di Dunia Setuju Dengan Nombor 2

Ramai wanita yang menyangkakan bahawa mereka perlu cantik seperti model di dalam majalah untuk menarik perhatian lelaki.



Namun, ia sebenarnya tidaklah sesukar yang seperti mereka fikirkan. Apa yang cantik di mata lelaki adalah perkara yang mampu dilakukan oleh semua wanita dan bukannya hanya berbentuk fizikal 100%.

Mengikut suara majoriti lelaki, tarikan utama yang menarik pandangan mata mereka adalah..

1)Memakai kasut tumit tinggi

Mata lelaki amat gemar untuk melihat wanita yang memakai kasut tumit tinggi. Ia berkemungkinan disebabkan posture tubuh seseorang wanita itu akan berubah apabila memakai kasut tumit tinggi dan ia akan membuatkan mereka kelihatan lebih seksi.

2)Berambut panjang 

Suara majoriti lelaki menyatakan bahawa wanita yang berambut panjang adalah tarikan utama pandangan mata mereka. Ini berkemungkinan disebabkan oleh ia mampu menyerlahkan lagi sifat kewanitaan seseorang. Selain itu,rambut panjang juga lebih sinonim terhadap wanita dan akan mempengaruhi psikologi lelaki untuk berfikiran lebih positif.


3)Berpakaian tradisional

Seperti yang anda semua tahu, pakaian tradisional seperti baju kurung, kebaya atau sebagainya akan lebih menonjolkan sifat kesopanan dan keayuan terhadap si pemakainya. Dan pakaian ini sebenarnya telah berjaya untuk menarik pandangan mata lelaki. Lelaki amat tertarik untuk melihat sesuatu yang terserlah sifat kewanitaannya mungkin disebabkan naluri semulajadi lelaki itu sendiri.

4)Bermekap

Mekap dapat membantu untuk menyerlahkan lagi kecantikan seseorang wanita. Seorang wanita yang bijak mengenakan mekap untuk dirinya sudah pasti akan berjaya untuk menarik pandangan mata lelaki. Tetapi, sekiranya mekap yang dikenakan keterlaluan atau tidak bersesuaian, berkemungkinan ia akan membuatkan lelaki untuk mengelak daripada melihat wajah mereka.

5)Bertudung

Kebanyakan lelaki muslim terutamanya mengatakan bahawa wanita yang memakai tudung adalah tarikan utama pandangan mata mereka. Faktor ini mungkin disebabkan penampilan wanita itu yang kelihatan lebih sopan dan lembut.

Budak Sekolah Posing Selfie Maut!!! Memang Lentik Betul!!


Rasanya .. Inilah gambar posing selfie maut  awek sekolah.  Punyalah lentik.. ! Dah Macam orang sakit tulang belakang lah pulak. Rasanya Orang yang sakit  tulang belakang pun taklah  bengkok macam awek ni, bergambar seram pulak tengok.

Memang Posing maut betul ni, boleh meremang bulu ketiak abang-abang bila tengok gambar ni.  Rasa macam bergetar tulang rusuk kiri katanya.

Memang Lentik habis wa cakap luu.. kononnya di nak tunjuk yang dia punya bahagian ehem2 tu besar la kot, ntah2 pakai push up aje ni hihi! Sampai macam tu sekali nak berposing.

Belakang tu dah macam boleh buat papan gelongsor lah lpulak la dia punya lentik tu. Dan hati-hati ye janganlah  lentik sangat.., nanti patah tulang tu nanti dan memang adik-adik  ni buat abang-abang geram  ajela, hmm!

Gambar Awek Cun Melayu Bertudung Ini Mendapat Beribu-Ribu Like Di Facebook Kerana...


Kalau hati dah berkenan, terus terang je...pastu hantar rombongan meminang... tak gitu?

V






V






V






V









V








V








V




10 Kesalahan Paling Banyak Suami Lakukan Kepada Isteri - No. 5 Paling Ramai Buat



Dewasa ini, kita banyak mendengar tentang berita-berita kes penceraian dalam keluarga Melayu Islam di Malaysia. Ada yang baru berkahwin tak sampai 2 minggu pun dah bercerai. Padahal, bercinta bertahun-tahun boleh pulak tahan. Kali ini , kami ingin berkongsi tentang 10 (sepuluh) KESALAHAN-KESALAHAN suami yang banyak dilakukan terhadap isterinya yang mungkin menjadi asbab kepada peningkatan kes penceraian di Malaysia ini.


1. Tidak Mengajarkan AGAMA dan HUKUM syariat kepada isteri

Banyak kita dapati para isteri tidak mengetahui bagaimana cara solat yang betul, hukum haid & nifas, bertingkahlaku/berperilaku terhadap suami secara tidak syar’ie & tidak mendidik anak-anak secara Islam. 

Bahkan ada yang terjerumus ke dalam pelbagai jenis kesyirikan. Yang menjadi perhatian seorang isteri hanyalah bagaimana cara memasak & menghidangkan makanan tertentu, cara berdandan yang cantik dsb. Tidak lain semua kerana tuntutan suami, sedangkan masalah AGAMA, terutama ibadahnya tidak pernah ditanyakan oleh suami.
Padahal Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Hai orang–orang yang beriman, peliharalah dirimu & keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia & batu, penjaganya malaikat – malaikat yang kasar, keras & tidak mendurhakai Allah terhadap apa yg di perintahkan-Nya kpd mereka & selalu mengerjakan apa yang diperintakan” {Al-Quran, Surah At-Tahrim:6}

Maka para suami diminta untuk tidak sesekali mengABAIkan hal ini, kerana semuanya akan diminta dipertanggungjawapkan keatasnya. Hendaklah benar-benar mengajarkan agama kepada isterinya, baik dilakukan sendiri atau melalui perantara. Antara lain yang dapat dilakukan; menghadiahkan buku-buku tentang Islam & hukum-hukumnya serta berbincang bersama-sama, kaset/cd ceramah, mengajak isterinya menghadiri ke majlis-majlis ILMU yang disampaikan oleh orang-orang yang berilmu dsb.. (yang paling praktikal.. ajaklah solat berjemaah di rumah atau di surau/masjid misalnya)

2. Suka Mencari Kekurangan & Kesalahan Isteri

Dalam suatu hadith riwayat Bukhari & Muslim, Rasulullah s.a.w melarang lelaki yang berpergian dalam waktu yang lama, pulang menemui keluarganya di waktu malam, kerana dikhuatirkan akan mendapati berbagai kekurangan isteri & cela isterinya. Bahkan suami diminta bersabar & menahan diri dari kekurangan yang ada pada isterinya, juga ketika isteri tidak melaksanakan kewajipannya.Kerana suami juga mempunyai kekurangan & celaan seperti sabda Rasulullah:

“Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak lain darinya.” {H.R. Muslim}

3. Memberi Hukuman yang Tidak Sesuai Dengan Kesalahan Isteri

Ini termasuk bentuk kezaliman terhadap isteri, antara lain iaitu:

(a) Menggunakan pukulan di tahap awal pemberitahuan hukuman {sila rujuk Al-Quran, Surah An-Nisa : 34}

(b) Mengusir isteri dari rumahnya tanpa ada kebenaran secara syar’ie {sila rujuk Al-Quran, Surah Ath-Thalaq : 1}

(c) Memukul wajah, mencela dan menghina.

Dalam as-Sunan dan al-Musnan dari Mu’awiyah bin Haidah al-Qusyairi bahawa ia berkata: “Ya Rasulullah, apakah HAK isteri atas suaminya? Nabi s.a.w menjawab:

“Hendaklah engkau memberinya makan jika engkau makan, memberinya pakaian jika engkau berpakaian, tidak memukul wajah, tidak menjelek-jelekkan & tidak menghajar(boikot) kecuali di dalam rumah.” {H.R. Ibnu Majah disahihkan oleh Syeikh Albani}

4. Culas Dalam Memberi Nafkah Kepada Isteri

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya.

 Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.” {Al-Quran, Surah Al-Baqarah : 233}

Isteri BERHAK mendapatkan nafkah, kerana dia telah membolehkan suaminya bersenang–senang kepadanya, dia telah mentaati suaminya, tinggal di rumahnya, mengasuh & mendidik anak-anaknya. Dan jika isteri mendapati suaminya culas dalam memberi nafkah, bakhil, tidak memberikan nafkah kepadanya tanpa ada pembenaran syar’ie, maka dia boleh mengambil harta suami untuk mencukupi keperluannya secara ma’ruf (tidak berlebihan) meskipun tanpa sepengetahuan suaminya.
Sabda Rasulullah s.a.w:

“Jika seorang muslim mengeluarkan nafkah untuk keluarganya sedangkan dia mengharapkan pahalanya, maka nafkah itu adalah sedekah baginya.” {Muttafaq ‘alaih}

5. Sikap Keras, Kasar, Tidak Lembut Terhadap Isteri

Rasulullah s.a.w bersabda: “Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik–baik kalian adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya.” {H.R. at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani}

Maka suami hendaklah berakhlak baik terhadap isterinya dengan bersikap lembut & menjauhi sikap kasar.

6. Kesombongan Suami Membantu Isteri Dalam Urusan Rumahtangga

Ini kesalahan yang paling banyak MENJANGKITI para suami. Padahal lelaki yang paling UTAMA yakni Rasulullah s.a.w tidak segan silu membantu pekerjaan isterinya.

Ketika Aisyah r.ha ditanya tentang apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w di rumahnya, beliau menjawab:

“Beliau membantu pekerjaan isterinya & jika datang waktu solat, maka beliau pun keluar untuk solat.” {H.R. Bukhari}

7. Menyebarkan Rahsia dan Aib Isterinya

“Sesungguhnya diantara orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat adalah seseorang yang menggauli isterinya & isterinya menggaulinya kemudian dia menyebarkan rahsia-rahsia isterinya.” {H.R. Muslim}

Dalam hadith ini diHARAMkan seorang suami menyebarkan apa yang terjadi antara dia dengan isterinya terutamanya di tempat tidur. Juga diharamkan menyebutkan perinciannya, serta apa yang terjadi pada isterinya baik berupa perkataan mahupun perbuatan lainnya.

8. Sikap Terburu-buru Dalam Menceraikan Isteri

Wahai suami yang mulia, sesungguhnya hubungan antara engkau & isterimu adalah hubungan yang kuat lagi suci, oleh keranyalah Islam menganggap penceraian adalah perkara besar yang tidak boleh diremehkan kerana penceraian akan menyeret kepada kerosakan, kacau bilaunya pendidikan anak dsb. Dan hendaknya perkataan cerai/talak itu tidak digunakan sebagai bahan gurauan/mainan. Kerana Rasulullah s.a.w teleh bersabda:

“Ada 3 hal yang kesungguhannya dan gurauannya sama-sama dianggap sungguh-sungguh iaitu: NIKAH, TALAK (cerai) dan RUJUK.” {H.R. Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah, dinilai “hasan” oleh asy-Syeikh Albani}

Memang perselisihan antara suami isteri sering terjadi kadang sampai mengarah kepada penceraian. Akan tetapi penceraian ini tidak boleh dijadikan sebagai langkah pertama dalam penyelesaian perselisihan ini. Bahkan harus diusahakan berbagai cara untuk menyelesaikannya, keran kemungkinan besar akan banyak rasa penyesalan yg ditimbulkan dikemudian hari kelak.
Rasulullah s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air (laut), kemudian ia mengutus para tenteranya. Maka tentera yang paling dekat dengan Iblis adalah yang paling besar fitnahnya (penyesatannya). Maka datanglah salah satu tenteranya dan melapor: Aku telah melakukan ini dan itu, maka Iblis berkata: Engkau belum melakukan apa-apa, kemudian datanglah tentera yang lain dan melapor: Aku telah menggodanya hingga akhirnya aku menceraikannya dengan isterinya. Maka Iblis pun mendekatkan tentera syaitan ini di sisinya lalu berkata: Engkau tentera terbaik.” {H.R. Muslim}

9. Berpoligami Tanpa Memperhatikan Ketentuan Syari’at

Menikah untuk kedua kali, ketiga dan keempat kali merupakan salah satu perkara yang Allah syariatkan. Akan tetapi yang menjadi catatan di sini bahawa sebahagian orang yang ingin menerapkan syariat ini/telah menerapkannya tidak memperhatikan sikapnya yang tidak memenuhi kewajipan serta tanggungjawab terhadap isteri. Terutama isteri pertama & anak-anaknya.
“Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinlah) seorang sahaja.” {Al-Quran, Surah An-Nisa : 3}

Sikap ini merupakan KEADILAN yang diperintahkan Allah s.w.t. Memang benar berpoligami merupakan syariat Islam, tetapi jika seseorang tidak mampu melaksanakannya dengan baik & tidak memenuhi syarat-syaratnya atau tidak boleh memikul tanggungjawabnya, hal ini boleh menjuruskan kerosakan sesebuah rumahtangga, menghancurkan anak-anak & menambah permasalahan keluarga & juga kepada masyarakat. Maka fikirkanlah akibatnya & perhatikanlah dengan saksama perkaranya sebelum masuk ke’dalam’nya.

10. Lemahnya Kecemburuan

Para suami memBIARkan keelokan, keindahan & kecantikan isterinya DINIKMATI & DIPERTONTONkan oleh ramai orang. Dia memBIARkan isterinya menampakkan auratnya ketika keluar rumah, membiarkan berkumpul dengan lelaki-lelaki lain. Bahkan sebahagian ada yang BANGGA kerana telah memiliki isteri yang cantik yang boleh dinikmati ‘pandangan’ kebanyakan orang. Padahal wanita dimata Islam adalah makhluk yang SANGAT mulia, sehingga keindahan & keelokannya hanya diperuntukkan atau DIKHUSUSkan buat suaminya sahaja tidak sesekali di’jaja’ kemana-mana pun.

Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap istrinya tidak akan membiarkan isterinya berjabat tangan dengan lelaki lain yang BUKAN mahram.

“Ditusukkan kepala seorang lelaki dengan jarum dari besi lebih baik daripada dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya.” {lihat dalam ash-Shahihah : 226}

Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap isterinya, dia akan memperhatikan sabda Rasulullah s.a.w:

“Janganlah kalian masuk menemui para wanita.” lalu seorang Ansar berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimana dengan al-hamwu (kerabat suami)?” Beliau mengatakan, “Al- hamwu adalah kematian.” {Muttafaq ‘alaih}

Perhatikan juga ancaman Rasulullah s.a.w terhadap lelaki yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarga (isteri):

“Tiga golongan yang Allah s.w.t tidak akan melihat mereka pada hari kiamat iaitu seseorang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, wanita yang menyerupai lelaki dan ad-Dayyuts” {H.R. An-Nasa’i dinilai ‘hasan’ oleh syeikh Albani, lihat ash-Shahihah : 674}

Dan ad-Dayyuts (dayus) adalah LELAKI yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarganya.
Semoga bermanfaat buat kita semua.. InsyaAllah.