Friday, 10 April 2015

(5 Gambar) WhatsApp Suami Isteri Yang Pastinya Menyayat Hati Sesiapa Saja Yang Membacanya


Terdapat satu petikan Whatsapp pasangan suami isteri yang telah mencetuskan kemarahan orang ramai di laman sosial.

Sebagai seorang suami, dia wajib menitikberatkan soal tanggungjawab dan ingat kembali janji-janjinya sebelum memperisterikan seorang wanita.




11 Tips Untuk Mudah Mengandung. Nombor 11 & 12 Tu Wajib Ikut !!



Sekiranya anda merancang untuk hamil, terdapat 11 tip yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat.

1. Fahami bagaimana kehamilan terjadi. Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.

2. Jumpa doktor anda. Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopiananda tidak tersumbat.

3. Dapatkan berat badan yang ideal. Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.

4. Ketahui waktu subur anda. Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi yang seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

5. Hubungan seks yang lebih kerap. Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.

6. Tingkatkan kesuburan suami. Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.

7. Mengambil multivitamin. Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.

8. Bersenam secara rutin . Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

9. Mengambil makanan yang seimbang. Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.

  • Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera)
  • Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
  • Makanan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
  • Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya.
  • Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.

10. Kurangkan tekanan. Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:

  • Memasak
  • Bersenam
  • Mendengar muzik
  • Membaca dan mendengar audiobooks
  • Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri
  • Habiskan masa dengan kawan dan keluarga
  • Beromantik dengan suami
11. Jauhi dadah, merokok dan minuman keras. Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.

WAJIB TAHU !!! Elakkan Ditipu Oleh Penjual Tayar - Anda WAJIB Tahu Maksud Kod Pada Tayar






Info Pasal tayar kenderaan;

1.Kod Tayar Kenderaan..
Contoh 205/65/R1594H..

205 = Lebar..
65 = Tinggi..
R = Radial..
15 = Saiz / Rim..
94 = Had Maksimum Bebanan..
H = Had Maksimum Kelajuan 210 KM / Jam..

Jika Ianya Abjad Yang Terakhir, Ianya Seperti Di Bawah;
S = Maksimum Had Laju 180 KM / Jam..
T = Maksimum Had Laju 190 KM / Jam..
U = Maksimum Had Laju 200 KM / Jam..
V = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam..
Z = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam..
W = Maksimum Had Laju 270 KM / Jam..
Y = Maksimum Had Laju 300 KM / Jam..

2. Setiap Tayar Ada 4 Angka Tercatit Di Sisi Tayar..

Contoh 0514..

Ianya Menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014..

Tempoh Penggunaan Tayar Adalah Selama 5 Tahun Dari Tarikh Ianya Dikeluarkan..
Tayar Baru Yang Berusia Lebih Dari 5 Tahun Masih Boleh Digunakan Tetapi Ianya Telah Menjadi Keras Sebab Getah Tayar Sudah Tamat Tempoh (Expired)..

Jika Tukar Tayar Yang Baharu Pastikan Tahun Pengeluarannya Adalah Tahun Yang Terkini..
Jika Beli Tayar Keluaran Tahun 2013 Minta Diskaun Sebanyak 20% Daripada Harga Asal..

Berikut Adalah Diskaun Harga Tayar Mengikut Kepada Tahun Tayar Yang Dikelurkan Dari Tahun Semasa (2014);
2012 = 40%
2011 = 60%
2010 = 80%
2009 = Percuma
Semoga Perkongsian Ini Membantu Kita Agar Tidak Ditipu Oleh Kedai Jual Tayar..
Share Lerrr Kepada Yang Lain....

Semoga ini memberi manfaat kepada kita semua...


Thursday, 9 April 2015

Kisah Anak Muda Yang Tidak Dicabut Nyawanya Oleh Malaikat!

Kematian adalah hak Allah Swt, tanpa mampu kita menolaknya secara apapun jika Allah berkehendak, dan juga maju mundurnya kematian adalah hak Allah Swt.

Tetapi, ada satu perkara yang mampu membuat kematian di tunda oleh-Nya. Lalu bagaimana caranya dan mengapa itu boleh terjadi?Berikut ini sebuah contoh kisah yang benar – benar terjadi pada masa kenabian Ibrahim as.Suatu hari, Malaikal Maut mendatangi Nabi Allah Ibrahim, dan bertanya, “Siapa anak muda yang tadi mendatangimu wahai Ibrahim?”



“Yang anak muda tadi maksudnya?” tanya Ibrahim. “Itu sahabat sekaligus muridku.”

“Ada apa dia datang menemuimu?”

“Dia menyampaikan bahwa dia akan melangsungkan pernikahannya besok pagi.”


“Wahai Ibrahim, sayang sekali, umur anak itu tidak akan sampai besok pagi.” Habis berkata seperti itu, Malaikal Maut pergi meninggalkan Nabi Allah Ibrahim.

Hampir saja Nabi Allah Ibrahim tergerak untuk memberitahu anak muda tersebut, untuk menyegerakan pernikahannya malam ini itu juga dan memberitahu tentang kematian anak muda itu besok. Tapi langkahnya terhenti. Nabi Allah Ibrahim memilih ‘kematian’ tetap menjadi rahasia Allah.

Esok paginya, Nabiyallah Ibrahim ternyata melihat dan menyaksikan bahwa anak muda tersebut tetap bisa melangsungkan pernikahannya. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, dan tahun berganti tahun, Nabiyallah Ibrahim malah melihat anak muda ini panjang umurnya.

Hingga usia anak muda ini 70 tahun, Nabiyallah Ibrahim bertanya kepada Malaikal Maut, apakah dia berbohong tempo hari sewaktu menyampaikan bahwa anak muda itu umurnya tidak akan sampai besok pagi?

Malaikal Maut menjawab bahwa dirinya memang akan mencabut nyawa anak muda tersebut, tapi Allah menahannya.

“Apa gerangan yang membuat Allah menahan tanganmu untuk tidak mencabut nyawa anak muda tersebut, dulu?”

“Wahai Ibrahim, di malam menjelang pernikahannya, anak muda tersebut menyedekahkan separuh dari kekayaannya. Dan ini yang membuat Allah memutuskan untuk memanjangkan umur anak muda tersebut, hingga engkau masih melihatnya hidup.”

Kematian memang di tangan Allah. justru itu, memajukan dan memundurkan kematian adalah hak Allah.

Dan Allah memberitahu lewat kalam Rasul-Nya, Muhammad Shallahu `Alaih bahwa sedekah itu bisa memanjangkan umur. jadi, bila disebut bahwa ada sesuatu yang bisa menunda kematian, itu adalah…sedekah.
Maka, tengoklah kanan – kiri anda, lihat – lihatlah sekeliling anda. Bila anda menemukan ada satu – dua kesusahan di depan mata anda. Maka sesungguhnya andalah yang perlu menghulurkan pertolongan. Karena siapa tahu kesusahan itu ditampakkan oleh Allah untuk memanjangkan umur anda. Apakah anda bersedia menolongnya atau tidak. Bila bersedia, maka kemungkinan besar memang Allah akan memanjangkan umur anda.

Lihatlah betapa mulia hati si pengemis ini. Kita pula bagaimana?

Tidak ada seorang pun yang mengetahui bila ajalnya akan tiba. Dan, tidak seseorangpun yang mengetahui dalam keadaan apa ajalnya tiba. Maka mengeluarkan sedekah bukan saja akan memperpanjang umur, melainkan juga memungkinkan kita meninggal dalam keadaan baik.

Bukankah sedekah akan mengundang cintanya Allah? Sedangkan kalau seseorang sudah dicintai oleh Allah, maka tidak ada masalahnya yang tidak diselesaikan, tidak ada keinginannya yang tidak dikabulkan, tidak ada dosanya yang tidak diampunkan, dan tidak ada nyawa yang dicabut dalam keadaan husnul khatimah.

Mudah – mudahan Allah berkenan memanjangkan umur, sehingga kita semua berkesempatan untuk mengejar ampunan Allah dan mengubah segala kelakuan kita, sambil mempersiapkan kematian yang pasti datang.




Ibu Tidak Sedar Hamil 39 Minggu - Tiba-Tiba Lahirkan Seorang Bayi!

Memang menjadi suatu keajaiban apabila seorang ibu langsung tidak menyedari mengandungkan zuriat sehinggalah usia kandungan itu mencecah 39 minggu. Puan Zaida Azmi menulis pengalaman menakjubkan itu di Facebook beliau.

Ramai yang merasakan kejadian itu seperti tidak masuk akal. Namun ini adalah anak kedua Puan Zaida. Jadi adalah agak mustahil beliau menipu kerana sudah tentu beliau mengenali simptom ibu mengandung ketika anak pertamanya dahulu.

Dengan tajuk Bayi Ajaib Kurnian Allah, sememangnya amat mengagumkan dan mengejutkan ramai pembaca di media sosial. Baca pengalaman beliau...







Tuesday, 7 April 2015

10 Sebab Sebenar Memey Suhaiza & Abby Abadi Tidak Mungkin Bermadu!!

Kenapa kami tiba-tiba keluarkan headline sedemikian? Ha..jangan cakap kami pandai-pandai bagi fakta ni sebabnya Abby sendiri yang beritahu menerusi laman Instagramnya tau.


Macamni, seperti yang semua sedia maklum Abby ada memuat naik perbualannya dengan bekas suami, Norman Hakim. Dek kerana itu, isteri Norman, Memey Suhaiza telah diminta mengulas mengenai perbulan tersebut yang dianggap mungkin menimbulkan salah faham antara mereka.

Realitinya, mereka saling memahami antara satu sama lain dan sentiasa menjaga hubungan baik semata-mata demi kepentingan anak mereka. Tapi, mesti anda semua nak tahu kenapa mereka berdua tidak akan bermadu kan?


"Ni baca ni : 10 sebab yg Sy & Memey tidak akan bermadu… #Fahamkan ye 1. Sharing is not caring hehe.. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Okbai haha… PS: Tenang2 sudah ye….. Sy, Norman & Memey bersama kerana ALLAH demi anak2. Tiada sebab lain. Pd pihak2 yg tak suka tengok org berbaik2, istighfar k…. Biarlah setan je yg buat kerja mereka. Kita manusia kan? Buat kerja kita sebagai Khalifah di bumi ALLAH ini. Banyak lg tanggungjawab yg tak selesai… Maafkan Sy yer. Sebab sayang Sy ingatkan ini… Nak bertaubat, biar di dunia ni… Kalau dah di sana nnti, tak guna dah."

Menerusi sekeping foto yang lain, Abby juga ada mengulas mengenai komen yang diterimanya kerana memuatnaik perbualan dengan Norman di laman instagram.


"Dalam banyak2 post Sy di Instagram ni, yg ini yg jd perhatian Media. Siap tulis lagi di satu ruangan gossip katanya “Sudah2lah Abby cerita pasal hal rumahtangga dalam laman sosial”… Laaaaa.. ni hal rumahtangga ke ni? Yg Penulis gossip & hal2 merepek dalam paper tu, bila nk berhenti buat kerja yg sia2 tu? Niat dipanjangkan post Sy ini utk apa yer?"

Kalau nak tahu apa lagi yang Abby katakan, anda boleh terus intai di laman Instagramnya. Maka, kesimpulannnya, Abby dan Memey sudah memaklumkan bahawa mereka tidak akan bermadu. Jadi, jangan ada yang tanya lagi lepas ni ya. Hehe.

Gambar screenshot dan tulisan artikel milik penuh PORTAL OHBULAN.

GEMPAR!! Kisah Aneh Dan Pelik Apabila Bayi Bertukar Menjadi Seekor Buaya!



Dikatakan buaya ini mempunyai sifat seperti seorang manusia. Jom kita lihat kebenarannya...


Kejadian aneh ini tidak di ketahui bila dan dimana ia berlaku kerana tiada sebarang maklumat yang diterima hanya cerita dan gambar-gambar di tontonkan kepada orang ramai.Terpulang juga pada kita sama ada mahu mempercayai atau sebaliknya.



Bayi yang menjadi buaya ini dikatakan bersifat pelik sepertimana sifat seorang manusia, dimana ia mahu mandi, menonton televisyen dan sebagainya. Difahamkan, dia tidak suka muka atau kepalanya dipegang. Kecuali, ahli keluarganya sahaja.

Tidak suka dipegang di kepala / muka

Cerita ini mengisahkan tentang pengorbanan seorang ibu. Kisah ini benar, tetapi terserah samada nak letakkan kepercayaan atau tidak. Dimana kisah ini diambil daripada seorang pengguna di Twitter. Begini kisahnya.

Ada seorang ni ada kembarnya dan kembarnya lelaki, manakala dia ini seorang perempuan. Kembar sepasang kiranya masa dalam kandungan ibunya, dan apabila tiba hari nak melahirkan , biasalah dulu-dulukan lahirkan bayi di rumah saja.

Tetapi bayinya tiada dan kemudian kelihatannya bidan itu seperti dimasuki sesuatu. Dia seolah olah di rasuk lalu berkata ‘dia akan datang sebagai anakmu dalam masa 3 hari lagi’. Kemudian keadaan bidan itu tidak diketahui, mungkin pengsan selepas itu. Keadaan ibunya pula? Wallahu’alam.

Nur Hasanah nama diberi

Si kembar bertanya di mana kembarnya seorang lagi? Semua orang ingat gugur sebab darah keluar banyak sangat ketika itu. Tiga hari kemudian ,wanita itu selamat melahirkan seorang lagi bayi lelaki yang disangkakan gugur itu, tertapi ternyata tidak. Alhamdulillah, bayi lelaki itu dilahirkan sempurna sifatnya seperti manusia biasa. Memang manusia pun.

Seperti yang di janji kan oleh “sesuatu” (yang memasuki tubuh bidan) itu. Hari ke-3, si ibu terkejut melihat seekor anak buaya bersebelahan bayi lelakinya. (Nama kembar dia tak tanya la pulak) Kemudian buaya ini diberi nama Nur Hasanah. Binti ? (Tak tanya bapa dia..)

Anak buaya itu dijaga rapi, ditatang bagai minyak yang penuh. Bagaimana dia menjaga si bayi lelaki, seperti itu jugalah layanan yang diberi pada si anak gadisnya (buaya) itu.



Hinggalah sekarang, dia berusia 21 tahun. Tapi sekarang, dah lain. Dia hanya makan seminggu dua kali, dan makanannya adalah seeokor ayam yang ditahlil. Ya, ditahlil. Pastikan ayam itu wajib ditahlilkan terlebih dahulu baru dia akan makan. Jika tidak, dia takkan makan dan akan mengamuk. Dia buang air besar/kecil setahun sekali. Wahh senang nak jaga lah ya ! Untunglah.



Kalau dia ingin katakan sesuatu, misalnya, tukarkan cadar, nak makan, nak tonton televisyen atau apa saja, dia akan goyangkan badannya dan jika tiada yang mengerti hasratnya, dia akan masuk ke dalam badan, kemudian setelah hasratnya tertunai, kembalilah dia ke dalam jasad buaya semula.

Hairan bukan? Dia masih mempunyai naluri manusia. Tukar cadar? Yaa, dia tidur atas katil. Tonton televisyen? Yaa, dia gemar menonton kata ibunya. Kembarnya? Jalani kehidupan seperti biasa.

Si ibu membetulkan bantalnya. Dia menggoyangkan tubuhnya,
menandakan dia tidak nampak televisyen.


Inilah tempat mandinya.

Kini, dia (buaya) itu dijadikan pameran kerana keanehannya dan difahamkan keluarganya mempunyai keturunan Pahlawan Buaya. Kemudian, dia merupakan generasi terakhir. Terserah mahu percaya atau tidak. Allah itu Maha segalanya. Walaupun ibunya mungkin menerima serpihan mulut jahat, tetapi si ibu masih setia menjaganya. Itulah ibu !
Sumber : perempuaningatan

Apakah cerita ini benar? ini adalah kisah yang sangat misteri jarang kali kita dengar dan kita lihat. Namun begitu daripada kisah ini kita dapat lihat bagaimana pengorbanan seorang ibu menjaga anaknya meskipun sudah berubah menjadi seekor buaya. Wallahuallam, mungkin Allah sahaja yang tahu kebenaran dan misteri disebalik kejadian ini...



sumber