Monday, 29 December 2014

Permintaan Terakhir Pilot AirAsia Sebelum Hilang Dari Radar



Jakarta - Pesawat AirAsia QZ 8501 jurusan Surabaya-Singapura dipastikan hilang kontak pada pukul 06.17 WIB. Ada 2 permintaan pilot pesawat berpenumpang 155 orang itu sebelum hilang dari radar.


"Kontak terakhir dengan menara kontrol di Jakarta, pertama pilot minta naik dari ketinggin dari 32 ribu kaki ke 34 ribu kaki melalui menara kontrol di Jakarta dan sudah diizinkan naik," ungkap Staf Khusus Kemenhub Hadi Mustofa kepada Liputan6.com di Jakarta, Minggu (28/12/2014).

Selain dengan menara kontrol di Jakarta, jelas Hadi, sang pilot juga sudah berkoordinasi dengan menara kontrol di Singapura. "Sudah berkoioidinasi juga dengan menara kontrol di Singapura," kata Hadi.

Kemudian, lanjut Hadi, pilot meminta sedikit belok arah sebelum hilang kontak. "Pilot minta izin sedikit berbelok arah tapi tetap di rute internasional biasanya," ujar dia.

Menurut Hadi, Pilot AirAsia bernama Kapten Iriyanto itu tak menyebutkan alasan kenapa meminta izin sedikit berbelok arah. "Tidak disebutkan alasannya, kemungkinan cuaca buruk," tukas Hadi. (Mut)

Sumber

Penyanyi Black Bakal Di Saman Setengah Juta Ringgit (RM500 Ribu)



Penyanyi yang berasal dari program realiti Mentor iaitu Black dikhabarkan bakal di saman oleh seorang pengurus acara.

Dari laporan akhbar Metro, Black dikatakan mengganggu seorang pengurus acara sehingga menyebabkan gangguan urusan syarikatnya dan juga kerugian.

Black dikatakan menuntut hutang dari pengurus acara tersebut sebanyak RM 30 ribu.

Oleh kerana iu, pengurus acara ini telah nekad untuk mengambil tindaan undang-undang dan menyaman Black kerana memalukan, memburukkan dan menjatuhkan reputasinya.

Paling mengejutkan, jumlah tuntutan yang dibuat adalah sebanyak setengah juta ringgit iaitu RM500 ribu. Banyak betul tu.

Baca laporan penuh di bawah:



Apa sudah jadi dengan muka Leonardo DiCaprio ni ?

Biarpun telah 25 tahun menjadi aktor, termasuk beberapa filemnya mencapai kutipan 'box-office', namun ia masih belum cukup kuat memberi peluang buat Leonardo DiCaprio memenangi anugerah Oscar.


Malah pada Oscar 2014, DiCaprio sekali lagi terpaksa menelan kekecewaan apabila wataknya sebagai Jordan Belfort dalam filem The Wolf of Wall Street gagal memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik. Sebaliknya, Matthew McConaughey berjaya membawa pulang trofi tersebut.

Bagaimanapun apa yang lucu, apabila ada pihak menjadikan ekspresi DiCaprio yang kelihatan mengharap dan kemudian kecewa sebagai bahan komedi berbentuk komik.


Menerusi gambar yang tersebar di media sosial, terlihat jelas wajah DiCaprio yang penuh mengharap pada mulanya, dan kemudian kelihatan kecewa selepas McConaughey diumumkan sebagai pemenang.

Bahkan menerusi beberapa teman rapat, mereka mengakui bahawa DiCaprio amat berharap untuk menang selepas dia beberapa memenangi anugerah setelah berjaya membawakan watak sebagai broker saham itu dengan baik.

Sunday, 28 December 2014

8 Kelakuan ‘Pelik’ Yang Kerap Dilakukan Wanita

Sudah lumrah bagi seorang wanita mementingkan penampilan dalam kehidupan seharian apabila berhadapan dengan orang lain.

Setiap wanita pasti berbeza cara penjagaan diri mereka kerana wanita mempunyai sifat teliti yang lebih dari kaum lelaki.

Tetapi, percayakah anda dan mungkin terjadi kepada anda sendiri yang wanita mempunyai beberapa tabiat buruk yang pelik ?

Kami berkongsi sebuah artikel yang dititipkan dari sebuah blog,artikel ini ditujukan khas kepada pembaca wanita.

Ada atau tidak sifat pelik dibawah yang anda pernah amalkan?

Sekadar berkongsi.

Mari kita saksikan 10 tabiat pelik tersebut.

1. Memicit jerawat apabila berseorangan di hadapan cermin?


2. Suka memakai wangian yang terlalu banyak?


3. Suka membuang lebihan makanan yang lekat dicelah gigi menggunakan rambut sendiri?


4. Suka tidur tanpa mencuci bekas solekkan dimuka?


5. Suka menyikat rambut sambi bekerja? bagi yang tidak bertudung.


6. Suka mencari rambut gugur dan membuang rambut tersebut di tempat anda duduk itu?


7. Suka menghidu bau badan terutama ketiak sebab takut busuk?


8. Tidak mandi ataupun mandi lambat apabila hanya berada di rumah terutama hari cuti?


Nampaknya nombor 10 adalah tabiat yang paling tepat wanita bujang lakukan. Ada betul ke? Jangan marah yer, artikel sekadar santai..

Padah!! Berhati-hati Dan Jangan Menyebarkan Berita Seperti ini Di WhatsApp atau Wechat..KENAPA??



CYBERJAYA: Beberapa individu diminta untuk tampil memberi keterangan tentang penyebaran berita palsu mengenai banjir yang sedang melanda beberapa negeri. 

“Kami sedang menyiasat penyebaran berita palsu tentang keruntuhan Pusat Pemindahan Sekolah Manek Urai. Beberapa individu telah dikenal pasti dan mereka diminta untuk tampil ke hadapan bagi membantu siasatan,” kata Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). 

Mereka ini diminta untuk tampil membantu siasatan: 

1. Mohd Zulkifli bin Ismail (No MyKad: 821125-03-5687). Alamat terakhir: 474,Guchil 7, 18020 Kuala Krai, Kelantan 

2. Roslina binti Hassan (No MyKad: 741228-03-6172). Alamat terakhir: 31, Lorong8/SS6, Bandar Tasek Mutiara, 14120 Simpang Ampat, Pulau Pinang 

3. Tengku Roslina binti Tengku Hamid (No MyKad: 880306-03-5870). Alamatterakhir: Rpt Sungai Sok, Kuala Krai, 18000 Kelantan 

4. Ahmad Wafiuddin bin Ahmad Supri (No MyKad: 940729-03-5129). Alamat terakhir: Kg Manek Urai Lama, Kuala Krai, 18000 Kelantan 

Mereka diminta untuk menghubungi pegawai-pegawai penyiasat MCMC, Pn Mai Zairani Zainal Abidin (019-3385009) atau En Mohamad Syukri Jamaluddin (019-2869515) dengan segera. 

Kerjasama mereka amat dihargai. Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang mereka di atas boleh jugamenghubungi pegawai-pegawai penyiasat MCMC.

Mengenai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) adalah sebuah badan berkanun ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 yang melaksana dan mempromosikan matlamat dasar kebangsaan Malaysia bagi sektor komunikasi dan multimedia. 

MCMC mengawalselia dan menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia yang merangkumi bidang telekomunikasi, penyiaran, dan juga aktiviti dalam talian, perkhidmatan pos dan pensijilan digital. 

Akta Komunikasi dan Multimedia mengadakan peruntukan kepada MCMC peranan melaksanakan dasar, manakala dasar membuat keputusan adalah diperuntukkan kepada Menteri. Menteri boleh juga mengeluarkan arahan mengenai dasar kepada Suruhanjaya. 

Sumber: kamithemedia.blogspot.com 

Punca sebenar Lelaki ini Diserang 13 Samseng Jalanraya

Nampaknya kes membabitkan samseng jalanraya semakin melampau

Terbaharu, seorang lelaki terpaksa menahan kesakitan dalam keadaan berlumuran darah sebelum dibantu apabila diserang sekumpulan 13 lelaki, pada malam Jumaat.

Perkara ini dikongsikan sendiri mangsa menerusi akaun Facebook

Menurut mangsa kejadian berlaku di Sunway Kayangan, jalan menuju ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana selepas keretanya terlanggar sebuah Proton Waja yang memasuki laluannya.

Selepas kereta diberhentikan, pemandu Waja terbabit dikatakan menghubungi rakan-rakannya yang tiba tak lama kemudian lalu menyerang mangsa.

Walaupun parah, mangsa bersyukur kerana masih mampu melawan dan tidak tumbang ketika diserang kerana jika itu berlaku, keadaannya pasti lebih parah lagi.

Lihat sajalah gambar kecederaan dialami mangsa yang dikongsikannya, memang ngeri..











Selepas dibawa ke hospital, luka dialami mangsa hanya selesai dirawat dan dijahit sekitar jam 5 pagi, selepas berada selama 8 jam dalam bilik kecemasan.

Difahamkan, laporan polis telah pun dibuat pada hari ini.

Sumber mynewshub.cc

Saturday, 27 December 2014

Kejadian Aneh Berlaku di Malaysia Awal Pagi Tadi...




Pada awal pagi semalam, kekecohan hampir tercetus apabila kira-kira 200 warga Nepal yang bekerja di kilang papan di Johor Bahru mendesak agar majikan mereka memanggil bomoh untuk menghalau hantu yang kononnya menyebabkna kematian empat rakan mereka dalam tempoh sebulan.

"Lebih kurang jam 8.30 malam, pekerja terbabit mula mengadakan perhimpunan. Mereka semua amat bimbang menjadi mangsa yang seterusnya." jelas Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Kota Setar, Deputi Seperintendan Mat Akhir Jaafar. Difahamkan, kebanyakan warga Nepal yang berkerja di situ masih berpegang kepada kepercayaan karut dan berfikir bahawa hantu yang telah membunuh 4 orang rakan mereka yang telah meninggal dunia sebelum ini. Walaubagaimana pun, perhimpunan yang melibat 200 orang warga Nepal tersebut tidak bertukar menjadi rusuhan.

Anggota polis serta Jabatan Bomba dan Penyelamat berjaga-jaga ketika warga Nepal berhimpun depan kilang di Jabi, kelmarin. Mat Akhir berkata, dalam perhimpunan itu, seorang daripada pekerja kilang mengalami sesak nafas dan dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Sementara itu katanya, bagi mendedahkan kejadian sebenar pihaknya turut membawa wakil pekerja asing itu ke HSB bagi mendapatkan penerangan lanjut daripada doktor mengenai punca kematian rakan mereka.

“Dalam perjumpaan itu, doktor memaklumkan kepada mereka bahawa punca sebenar kematian rakan mereka ialah disebabkan masalah kesihatan manakala seorang lagi disebabkan kemalangan,” katanya.
"Kami dapati kebanyakan perkerja Nepal ini gemar mengambil minuman keras yang tidak berjenama, dan perkara ini berkemungkinan boleh menyebabkan maut." Jelas Mat Akhir.Selain itu, beliau juga mendakwa, faktor pemakan dan persekitaran kediaman yang tidak baik juga boleh menjadi punca kepada masalah kesihatan kepada mereka.

Mengambil langkah solusi kepada perkara ini, pihak pengurusan kilang tersebut tetap membuat keputusan untuk menggunakan khidmat bomoh atau sami bagi menghalau hantu yang dipercayai oleh pekerja-pekerja Nepal tadi.