Wednesday, 28 January 2015

Lisa Surihani Sahkan Diri Hamil

Dalam sidang media pelancaran trailer Cicakman 3 malam ini, salah seorang pelakon utamanyaLisa Surihani mengesahkan yang beliau kini sedang hamil. Beliau turut berkata sebelum ini beliau tidak mahu menghebahkan perkara ini kerana masih di peringkat awal kehamilan.

Dalam temubual bersama media, suaminya Yusry KRU turut menepis kata kata orang luar yang mengatakan mereka berselindung dalam isu kehamilan ini kerana terikat dengan kontrak eksklusif bersama stesen TV tertentu.
“Ada yang cakap itu dan inilah termasuk kononnya kami berdiam diri kerana akan terikat kontrak eksklusif dengan stesen TV. Tak ada eksklusif mana mana pun. Nanti bila kami bersedia bercerita lanjut, ia akan dikongsi bersama sama,” ujar Yusry KRU.
Lisa Surihani dan Yusry KRU berkahwin pada Februari 2012. Tahniah buat pasangan ini!

Tuesday, 27 January 2015

JPJ Kantoi Menipu Seluruh Rakyat Malaysia

JPJ kena CHECKMATE! 

Saksi sudah munculkan diri. Saksi juga telah membuat laporan polis. Saksi kejadian nampak depan mata insiden kejar mengejar yang telah berlaku antara kenderaan milik JPJ dan pemandu proton Perdana yang bertembung dengan kancil dan menyebabkan 4 sekeluarga maut. JPJ siap bunyikan lagi siren ketika insiden berlaku. Memang la orang alert sedang berlaku sesuatu di atas jalanraya.

Untuk rekod. Pemandu proton Perdana tiada mengalami kecederaan yang seriyus. Begitu juga dengan kakitangan JPJ yang mengejar pemandu tersebut. Yang mengejar dan yang dikejar terselamat, manakala yang tidak terbabit dalam insiden kejar mengejar itu pula menjadi mangsa kejadian kemalangan di jalanraya. Betul ke pengarah JPJ ingin mengurangkan kemalangan maut di atas jalanraya? Seriyus?

Semalam. Ini yang viral di laman sosial. JPJ telah membuat laporan polis ke atas Astro Awani atas alasan Awani menerbitkan maklumat palsu yang menjejaskan reputasi dan intergriti agensi tersebut.

Meskipun dengan penafian tersebut, JPJ tetap dikritik pengguna media sosial. Bagi mereka, mereka lebih mempercayai kredibliti dan reputasi ASTRO AWANI berbanding JPJ itu sendiri. Tambahan pula, JPJ di anggap sebagai agensi kerajaan yang paling dibenci oleh rakyat Malaysia tanpa kira idelogi politisma.

JPJ dipetik berkata bahawa mereka tiba di lokasi kemalangan dan turun membantu kenderaan yang terlibat dalam kemalangan. Dan menafikan laporan yang diterbitkan oleh Awani. Katanya laporan tersebut adalah tidak sahih sedangkan bukan setakat saksi kejadian tampil memberikan kenyataan di balai polis menafikan kenyataan JPJ bahkan pemandu proton Perdana juga mengesahkan bahawa dia lari dari JPJ dan ya kenderaan JPJ kejar dia atas jalanraya.

Nah. Kau dah kantoi la woi JPJ! 

Jika kita baca berita yang diterbitkan oleh Awani ialah jelas menunjukkan bahawa ;

1. Kenderaan yang diburu oleh JPJ bertembung dengan Kancil.

2. Bukan la Awani kata JPJ bersalah dalam keterangan ayat tersebut.

3. Hanya memberitahu bahawa kenderaan yang diburu oleh JPJ telah menyebabkan keluarga lain menjadi korban jalanraya tak pasal-pasal.

Yakni. Kenderaan yang lari dari JPJ itulah yang dipersalahkan (menerusi pemberitaan Awani) kerana lari dari JPJ. Kalau tak buat salah even buat salah sekalipun tak perlu lari. Berhadapan aje untuk uruskan masalah. Lari kalau tak menyusahkan orang takpe. Ini lari sehingga menyebabkan orang lain menjadi mangsa. Apa ke logiknya berbuat begitu? Nak selamatkan duit dari di saman sampai pertaruhkan nyawa orang lain atau keselamatan pengguna jalanraya yang lain? Berbaloi ke? Wajar ke? Bernilai sangat ke duit kau berbanding nyawa orang?

Berbalik kepada tujuan artikel, aku bukan nak menyalahkan JPJ dalam insiden kerja mengejar tersebut. Aku tatau SOP JPJ. Cuma yang aku persoalkan, kenapa JPJ perlu nafi wujudnya insiden kejar mengejar tersebut? Adakah ia melanggar SOP JPJ? Bila JPJ menafikan insiden tersebut tidak kah JPJ sedar secara tidak langsung JPJ membantu pemandu proton Perdana yang menyebabkan kancil 4 sekeluarga maut?

Mengaku saja bahawa JPJ memang kejar proton Perdana. Pemandu berusia 22 tahun yang membawa PERDANA itu akhirnya bertembung dengan kancil dan kancil itu pula dihentam dari belakang oleh PREVE sekaligus menyebabkan 4 perempuan dalam kancil itu maut. 

Saima Wahab 77 tahun
Ida Dollah 46 tahun
Siti Rohana 23 tahun
Siti Rohani 18 tahun

Mereka ini ibu seseorang, isteri seseorang, anak seseorang dan ahli keluarga seseorang.

JPJ patut menuntut bela di atas apa yang terjadi kepada keluarga tersebut. Jangan la buat citer tipu sana tipu sini. Cakap je terus terang apa yang terjadi sebab masyarakat bukan bodoh. Mereka akan menyalahkan PERDANA meskipun SOP JPJ akan dipertikaikan.

Bab SOP itu kita perbaiki. Kita terima kritikan dengan terbuka dan kita perbaiki.

Tapi bab 4 sekeluarga yang maut ini perlu kita tuntut bela. Apa yang si pemandu PERDANA itu fikirkan agaknya bila dia lari dari JPJ dan akhirnya menyebabkan 4 perempuan lain maut akibat kemalangan. Aku rasa dia menyesal sebab itu dia tampil membuat laporan selepas kemalangan berlaku.

Tapi menyesal pun tak guna. Bukan boleh hidupkan nyawa orang yang dah mati.

Nyawa cuma ada satu aje. Bila dah ditarik, takde sesiapa boleh ganti. Bagi aku. Kerajaan perlu pastikan pemandu PROTON PERDANA itu bertanggungjawab atas perbuatannya. Tak bunuh orang guna pisau, tak bunuh orang guna bom, tak bunuh orang guna pistol cuma hentam kereta orang dan orang yang berada dalam kereta itu tersepit dan sekaligus maut kesan dari hentaman kenderaan kita itu juga dianggap sebagai pembunuhan.

Sudah sampai masanya untuk kerajaan menghukum pembunuh yang membunuh menggunakan kenderaan di atas jalanraya dengan tindakan yang tegas.

Di saat rakyat bergaduh menyalahkan JPJ sebahagiannya, mempersoalkan SOP JPJ sebahagiannya, menyalahkan tindakan pemandu yang lari sebahagiannya, siapa pula yang nak mendapatkan pembelaan untuk 4 wanita yang maut dalam kemalangan itu? Mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan di atas jalanraya untuk mewajarkan akibat yang mereka alami.

Fikir-fikirkan.
sumber

Pengemis Paling Cantik Di Dunia




Han Biyao kini sudah menjadi anak yatim kerana ayahnya yang dulu adalah jutawan sudah meninggal dunia. Ketika ayah sudah tiada, ibunya sakit sehingga tidak boleh bekerja.



Seakan malang, keluarga Biyao rupanya dibelenggu hutang. Demi tetap menjaga kehidupan keluarganya dan adik masih sekolah, Biyao rela melakukan apa-apa termasuk menjual keperawanannya. Kini Biyao boleh kamu dapati menjadi seorang pengemis di bandar Beijing, China.
Gadis berwajah cantik itu pun mengaku pernah bekerja menjadi seorang pelayan restoran demi menyambung hidup dan merawat ibunya. Kini Biyao memilih mengeluarkan kemampuannya menyanyi menjadi seorang pengemis.

Pengemis Paling Cantik
Pengemis Paling Cantik Di Dunia213

Monday, 26 January 2015

Kisah Warak Salahuddin Al-Ayubbi Yang Ramai Tak Tahu

KISAH WARAK SALAHUDDIN AL AYUBBI YANG RAMAI TAK TAHU... MENITIS AIR MATA ADMIN... Dalam kesejukan malam itu..Aku mendengar..Cerita tentang hebatnya seorang muslim bernama Salahuddin Al-Ayubbi, pemilik pedang paling tajam di dunia. Rugilah bagi anak-anak pelapis agama dan bangsa sekarang yang kerap kali mendengar cerita Hero fiksyen, tahyul dan rekaan barat seperti Batman, Spiderman, serta ultraman lebih kerap daripada mendengar cerita tentang pahlawan Islam..


Kita ? Kita bagaimana? Secara jujur, kita sendiri lebih kenal siapa spiderman daripada kisah tokoh-tokoh Islam bukan?
Cuba kita tanya pada umat Islam sekarang tak kisah mat rockers ke anak muda ke orang veteran ke..
Siapa dia Salahuddin Al-Ayubbi?
Siapa dia Syeikh Yusuf Qaradawi ?
Siapa dia As-Syahid Hassan Al-Bana?
Siapa dia Muhammad Al-Fateh?
Siapa dia Syeikh Ahmed Deedat?
Hurm..
Aku dengan teliti mendengar cerita sang penceramah tentang Sallahuddin bagaikan anak kecil mendengar cerita sang pelipur lara. Bezanya Sang pelipur lara hanya bercerita kisah dongeng.. Tetapi ini kisah benar-benar berlaku..
Bila??
Suatu Masa Dulu…..
“”"”Bagaimana aku ingin ketawa sedangkan masjid Al-Aqsa masih dibawah jajahan musuh?”"”
kata Sallahuddin al-Ayubbi ketika ditanya mengapa beliau sentiasa serius dan tidak pernah ketawa..
Salahuddin adalah dari keturunan Kurdis. Bukan berbangsa Arab.. bukan berbangsa palestin..tapi.. mengapa salahuddin menghabiskan sepanjang umurnya bertarung mendapatkan Palestin dan Al-Aqsa?
Betapa hebatnya salahuddin apabila berjaya menyatukan umat islam yang berpecah belah .. segala persoalan fahaman, mazhab, bangsa,dan keturunan semuanya ditinggalkan untuk bersatu dibawah panji islam yang diketuai Salahuddin. Malah.. Salahuddin berjaya menyatukan fahaman yang sering bertelagah syiah dan ahli sunnah waljamaah untuk berjuang atas nama Islam..
Hebatnya Kau Salahuddin….
Suatu ketika dulu beliau pernah meminta air minum, tetapi entah apa sebabnya air itu tidak diberikan kepadanya. beliau meminta sehingga lima kali lalu berkata, “Aku hampir mati kehausan”. beliau kemudian meminum air yang dibawakan kepadanya tanpa menunjukkan kemarahan..
Penyabarnya kau Salahuddin..
Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanya tiada siapa yang boleh menandingi Salahuddin.
Kadang-kadang beliau sendiri pergi ke kawasan perkhemahan tentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkan dua kali sehari. Ketika berperang beliau sendiri akan pergi merempun celah-celah tentera musuh yang sedang mara. beliau sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiap tenteranya dan memberikan arahan kepada panglima-panglima tenteranya.
Suatu Malam.. Richard the lion Raja England , musuh salahuddin sedang sakit didalam khemah tentera kristian..
Tiba-tiba ada satu kelibat manusia datang kepada Richard the Lion untuk merawat penyakitnya.. siapa sangka manusia itu musuh Richard sendiri.. Solahuddin Al-Ayubi.. Beliau sanggup menyamar dan membuang perasaan benci untuk merawat musuhnya sendiri. Subhanallah..
Pernah diceritakan, Salahuddin Al-ayubi pernah berhadapan Richard the lion untuk menunjukkan kehebatan dan kemahiran masing-masing. Richard the lion yang berbadan sasa mengambil pedang dari sarungnya dan dengan penuh tenaga menghunus kearah sebiji batu besar.. batu itu terbelah..
Apabila tiba giliran Salahuddin.. Salahuddin lantas mencampakkan sehelai kain sutera kelangit dan menghulurkan pedangnya,. Kain sutera dengan perlahan jatuh dan hinggap dimata pedang.. Kain itu terpotong dua kerana tajamnya mata pedang Salahuddin.
Dalam medan peperangan beliau bagaikan seorang ibu yang garang kehilangan anak tunggal
akibat dibunuh oleh tangan jahat.
Beliau akan bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk
mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah semata-mata.
Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinang
mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.
Ketika mengepung Acre beliau hanya minum, itupun selepas dipaksa oleh doktor peribadinya
tanpa makan. Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan beberapa suap makanan
semenjak hari Jumaat hingga isnin kerena beliau tidak mahu perhatiannya kepada
peperangan terganggu ..
Asakan Tentera Islam teramat dahsyat
Memaksa Tentera Kristian menyerah kalah.
tiada lagi pertempuran berlaku
Ketua tenteta kristian menunggang kuda menuju kearah Salahudin Al-Ayubbi didepan Baitul Maqdis..
“Adakah kamu orang islam akan memperlakukan kami seperti mana kami memperlakukan keatas orang-orang kamu terdahulu?” Kata Ketua Tentera Kristian
Semasa Kristian berjaya menawan Baitul Maqdis dahulu, jalan-jalan di jerusalem ‘tersumbat’ dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. Darah merah mewarnai bumi palestin akibat pembunuhan orang Islam beramai-ramai.
” Kami orang Islam tidak seperti kamu” Jawab Salahuddin Al-Ayubi.
Jawapan ini telah menyebabkan ramai orang kristian memeluk Islam akibat keindahan akhlak yang ditunjukkan Salahuddin Al-ayubbi..
Salahuddin tidak membalas tindakan mereka membunuh orang Islam yang tidak bersalah semasa orang kristian menawan baitul maqdis. Bersesuaian dengan tuntutan Islam, Orang awam tidak boleh dibunuh dalam peperangan..
Hari itu, Langit begitu Cerah
Laungan “Allahhu Akbar” dan “Tiada tuhan melainkan
Allah” telah memenuhi langit..
Para tentera tersenyum girang..
Pada Jumaat, 27 Rajab 583H bersamaan dengan tarikh peristiwa iskraj mikraj Rasulullah SAW.
Baitul Maqdis Ditawan Tentera Mukmin.
Ramai orang yang terdiri dari ulama,
Pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa
datang merayakan gembira kemenangan ini
Selepas menunggu hampir 90 tahun
kini sembahyang Jumaat telah diadakan
semula di Baitul Muqaddis. ALLAHUAKBAR!
Salib yang terpampang di ‘Dome of Rock’ telah diturunkan.
Betapa Hebatnya hari itu hanya Allah yang tahu..
Kemenangan Seluruh Umat Islam
Kemenangan Atas Kemenangan
27 Safar, 589H
Malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin
Syeikh Abu Ja’afar , seorang yang wara’ telah diberi kepercayaan untuk duduk disebelah Salahuddin ketika beliau Nazak.
Salahuddin Antara pengsan dan sedar.
Lantas, Syeikh Abu Jaafar membacakan
“Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata”
(Al-Hasyr: 22)
Sejurus Syeikh Abu Jaafar membacakan ayat tersebut,
Salahuddin terus membuka matanya sambil tersenyum
dengan muka yang berseri dan perasaan yang gembira dia berkata
“Memang Benar”
Selepas mengucapkan kata-kata itu, Rohnya pun kembali kerahmatullah.
Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirham ketika beliau wafat. Tiada rumah-rumah, barang-barang, tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk kos pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa meminjam wang untuk menanggung kos pengkebumian. Malah kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya.
Empat puluh tahun kemudian,
Lord Olenby yang mengetuai pasukan Salibiah berjaya memasuki semula kota Baitulmaqdis, dia pergi ke kubur Salahuddin dan menginjakkan kakinya ke atas kubur Salahuddin sambil berkata:
“Sekarang aku datang semula ke sini.”
Alangkah penakutnya Si Olenby.. Celakalah si penakut ini kerana hanya berani berdepan dengan Salahuddin yang telah mati..
Tidak cukup dengan itu,
1917
Selepas Perdana Menteri Britain mengumumkan tamatnya perang salib ,
General Perancis,Goro telah datang kekubur Salahuddin Al- Ayubi dan menyepak kubur pembela Islam ini sambil berkata
” Bangunlah Salahuddin, Kami dah sampai disini!”
Alangkah bencinya mereka terhadap Hero umat islam ini.. Maha Suci Allah , telah mengurniakan seorang manusia yang hebat dalam membantu menegakkan umat Islam
Dalam tidak sedar,
aku rasa ada air mengalir dipipi..
Layakkah kita dibandingkan dengan Salahuddin Al-Ayubi?
Reflexi dan cermin-cerminkan diri..
mana tahap kita?
astaghfirullah..
lemah nya umat sekarang..
lemahnya aku…
Malam itu, aku terdengar bunyi bising motor berlumba..
aku menjenguk diluar jendela..
Anak-anak muda bertaruh nyawa untuk mendapatkan hadiah- seorang perempuan untuk ditiduri,..
Aku menggelengkan kepala…
mungkin ini generasi Salahuddin Al-Ayubi??
hurm..
generasi AL-AYYUBI dalam bayanganku~
Sumber : Jiwa Hamba

Wanita Ini Kongsikan Kisah Benar Pengalaman Memandikan Mayat Seorang Jalang Yang Pasti Mengejutkan Anda Semua...

Terdapat seorang wanita yang buruk akhlaknya ketika zaman Imam Malik. Dia selalu tidur bersama lelaki dan tidak pernah menolak ajakan lelaki.

Ketika mayatnya mahu dimandikan oleh seorang wanita yang kerjanya memandikan mayat, tiba-tiba tangan si pemandi mayat itu terlekat pada batang tubuh jenazah wanita itu.

Semua penduduk dan ulama’ menjadi kecoh dengan perkara tersebut. Mana tidaknya, tangan si pemandi mayat terlekat sehingga semua orang di situ mati akal untuk melepaskan tangannya dari mayat wanita terbabit.



sekadar gambar hiasan

Terdapat berbagai cadangan dan pandangan untuk menyelesaikan masalah itu. Akhirnya ada dua pandangan yang dirasakan sesuai tetapi berat untuk dijalankan.

Pertama, memotong tangan wanita pemandi mayat dan yang kedua pula tanam/kebumikan kedua-duanya iaitu pemandi mayat dan jenazah itu sekali gus.

Oleh kerana kedua-dua cadangan tersebut masih lagi kurang sesuai, salah seorang dari mereka mereka memutuskan untuk meminta pendapat daripada Imam Malik.

Imam Malik bukan calang-calang orang yang memberi fatwa. Apabila Imam Malik sampai dan melihat apa yang berlaku, Imam Malik bertanya kepada wanita pemandi mayat itu.

“Apakah kamu lakukan atau berkata apa-apa kepada si mati semasa memandikannya?”

Perempuan memandikan mayat tersebut bersungguh-sungguh menyatakan dirinya tidak berbuat atau tidak berkata apa-apa pun ketika menguruskan jenazah.

Selepas diasak dengan berbagai pertanyaan dan takut tangannya akan dipotong atau ditanam sekali dengan mayat, akhirnya wanita pemandi mayat itu berkata bahawa dia ada berkata :

“Berapa kalilah tubuh ini telah melakukan zina sambil menampar-menampar dan memukul-mukul berkali pada batang tubuh si mati”.

“Kamu telah menjatuhkan Qazaf (tuduhan zi#n@) pada wanita tersebut sedangkan kamu tidak mendatangkan 4 orang saksi. Dalam situasi begini, di mana kamu nak cari saksi? Maka kamu harus dijatuhkan hukuman hudud 80 kali sebatan kerana membuat pertuduhan zi#n$a tanpa mendatangkan 4 saksi,” kata Imam Malik.

Semasa wanita pemandi mayat itu dikenakan hukuman, bila tiba sebatan yang ke 80, maka dengan kuasa Allah s.w.t. terlepaslah tangannya dari mayat tersebut.

Sumber ; Bernama via bulletinmedia

Sunday, 25 January 2015

Wajah Terkini Ayu 20sen Dalam Filem Seniman Bujang Lapok



Keratan akhbar dari Utusan yg buat saya tersenyum lebar ...."Ayu 20sen" ( Filem Seniman Bujang Lapok) yg tetap cute walaupun dah bergelar nenek sekarang..sejahtera ke atas beliau selalu! Nama penuhnya Sri Rahayu Sudarmaji...now dah 61thn...ramai kenalannya tak tahu bahawa dialah "Ayu 20 sen"


Reaksi Shila Amzah Pada Tweet Sharnaaz Ahmad Mengejutkan, Namun Sharnaaz Tidak Kisah

Umum mengetahui penyanyi Shila Amzah pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Sharnaaz Ahmad. Malah pernah juga Sharnaaz memberitahu ingin menjadikan Shila isterinya. Namun hubungan mereka tidak kesampaian dan keduanya telah meneruskan hidup. Malah Sharnaaz telah pun menemui cinta baru.

Baru-baru ini semasa Anugerah Juara Lagu 29 berlangsung, Shila Amzah telah bertanding dengan laguMasih Aku Cinta. Khabarnya Sharnaaz telah menghantar satu tweet kepada Shila mengucapkan tahniah kepada penyanyi itu untuk persembahan yang hebat. Tweet itu mendapat ribuan Retweets dan Favorites, bagaimanapun reaksi Shila terhadap tweet Sharnaaz menimbulkan persoalan.

 photo Untitled_2.png
 photo Untitled2.png
Shila telah menukar lirik lagu Masih Aku Cinta kepada Tidak Aku Cinta, serta memuat naik video dia menyanyikan versi yang baru itu ke akaun Instagram miliknya. Ramai beranggapan Shila seolah-olah menyampaikan satu mesej kepada Sharnaaz memandangkan lagu Masih Aku Cinta diketahui ditulis oleh Shila setelah putus cinta dengan Sharnaaz.
Melalui Melodi TV3 sebentar tadi, Sharnaaz menyatakan tweet yang dibuat olehnya adalah atas kapasiti sebagai seorang kawan dan tidak ada kena mengena dengan isu-isu sensitif antara mereka. Bagaimanapun, reaksi Shila adalah sesuatu yang tidak dijangkakan oleh Sharnaaz.
Kita baling bunga pada dia, dia baling **** pada kita. Nak buat apa, kan? Itu cara dia. Saya tak nak tengok kawan-kawan saya jatuh. Shila sudah berada pada satu tahap yang sangat-sangat tinggi. Saya dan keluarga saya semua sokong  dia.
Ditanya sama ada dia sedang cuba memikat Shila kembali, Sharnaaz menafikan dengan mengatakan soal itu tidak pernah timbul kerana dia sememangnya ikhlas menyampaikan rasa tahniah itu.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 photo 10860042_593991090746410_1351473401_n.jpg

Sharnaaz mengakui tindakannya itu menyebabkan berlaku salah faham antara dia dengan kekasihnya (yang memadam semua gambar Sharnaaz dari akaun Instagramnya selepas itu) namun dia telah meminta maaf dan mengakui semua itu ialah kesalahannya sendiri.
Sambil mengakui yang satu ketika dahulu dia banyak bermusuh dengan individu-individu lain kerana suka ‘cakap lepas’  pelakon Suamiku Encik Sotong itu kini tidak mahu semua itu berlaku lagi kerana baginya pada usia 30 tahun dia ingin membuat perubahan dalam hidupnya.
Sementara  itu, komen-komen peminat di instagram Shila menyifatkan reaksinya itu sebagai ‘over’ kerana Sharnaaz hanya sekadar mengucapkan tahniah, namun ada juga yang mempertahankan hak penyanyi itu untuk menyanyikan lagu yang disukainya. Tweet tahniah tersebut telah pun dipadam oleh Sharnaaz kerana tidak mahu memanjangkan cerita.
Barang yang lepas jangan dikenang kata orang. Kata orang juga, maafkanlah bukan kerana orang tersebut berhak dimaafkan, tetapi kerana anda berhak untuk merasa aman. Semoga keduanya akan berbaik semula satu hari nanti atas dasar kawan. Doakan yang terbaik untuk mereka berdua. Amin.