Friday, 1 May 2015

Anda Ada Kad Kredit? Ini 10 Info Menarik Tentang Kad Kredit Untuk Anda

10 Info Menarik Tentang Kad Kredit di Malaysia



Setiap kali berbicara tentang kad kredit, selalunya topik-topik berkenaan hutang dan ganjaran kad kredit adalah antara yang popular. Ramai diluar sana yang mahukan tip-tip serta khidmat nasihat tentang cara-cara memilih kad kredit terbaik juga mahukan tip tentang strategi terbaik menyelesaikan hutang kad kredit mereka.

Namun begitu, kali ini kami bawakan kepada anda beberapa fakta menarik tentang kad kredit yang kami percaya penting untuk anda tahu. Mari kita lihat senarai berikut.

1. Terdapat sejumlah 8.21 milion kad kredit yang telah dikeluarkan oleh bank serta pengeluar kad kredit lain di Malaysia, melibatkan 28.6 juta rakyat Malaysia. Mengikut statistik ini, setiap seorang daripada 3 rakyat Malaysia memiliki sekurang-kurangnya satu kad kredit.

2. Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit atau lebih dikenali sebagai AKPK menerusi tinjauan yang dibuat pada tahun 2012 berkenaan pinjaman kewangan dengan 1,002 responden berumur 18 hingga 35 tahun mendapati 39% daripada jumlah responden memiliki kad kredit. 90% daripada mereka mempunyai sehingga dua kad kredit manakala 10% mempunyai 3 hingga 6 kad kredit.

3. Tinjauan Nielsen Global Survey of Investment Attitudes pada tahun 2012 pula mendapati Malaysia berada di tangga kedua tercorot dalam senarai pembayaran penuh baki kad kredit di Asia dengan kadar kurang 50%, satu tangga lebih baik daripada Vietnam (27%).

4. Tinjauan yang sama juga mendapati hanya 18% rakyat Malaysia yang memiliki kad kredit membayar jumlah minimum 5% baki kad kredit mereka setiap bulan manakala hanya 15% membayar lebih daripada jumlah baki minimum bulanan.

5. Menurut statistik Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), seramai 4,875 pengguna telah diisytiharkan muflis akibat hutang kad kredit. Jumlah ini mewakili 4.18% daripada 116,488 jumlah keseluruhan individu yang diisytiharkan muflis dalam tempoh tahun 2007 hingga 2013.

6. Kad kredit berjenama bertemakan bola sepak adalah paling popular di Malaysia. Kelab Piala Inggeris, Manchester United misalnya, bergabung dengan beberapa bank tempatan seperti Public Bank dan Maybank untuk pengeluaran kad kredit editi Manchester United. Bank Islam pula mengeluarkan kad kredit dengan jenama pasukan bola sepak kebangsaan, Harimau Malaya.

7. Di Malaysia, UOB telah mengeluarkan kad kredit yang direka unik untuk wanita lengkap dengan ganjaran-ganjaran menarik merangkumi aspek-aspek seperti beli belah, kecantikan, kesihatan serta lain-lain promosi di restoran dan kafe terpilih. Kad kredit ini juga menawarkan promosi menarik di butik-butik kegemaran wanita Malaysia seperti Charles & Keith, Michael Kors dan lain-lain.

8. Pada tahun 2005, permainan papan terkenal dunia, Monopoly mengeluarkan edisi Electronic Banking (Perbankan Elektronik) yang mengadaptasikan penggunaan kad debit atau kad kredit menggantikan wang tunai yang sekian lama dikenali sebagai konsep utama Monopoli.

9. Sebagai salah satu negara pelopor perbankan Islam di dunia, Malaysia juga adalah negara terawal di dunia yang mengeluarkan kad kredit Islamik berlandaskan sharia. Kad kredit Islam atau lebih dikenali sebagai kad kredit-i yang pertama ini diperkenalkan oleh AmBank Berhad pada tahun 1996 dengan nama al-Taslif. Kekal sebagai kad kredit Islamik terbaik dengan pengiktirafan dunia sehingga hari ini, kad kredit ini dikenali dengan nama AmIslamic Bank Al-Taslif Card-i yang boleh didapati dalam pelbagai kategori daripada Classic, Gold atau Platinum. Anda boleh membuat perbandingan kad kredit ini ini dengan lain-lain kad kredit-i di sini.

10. Kad kredit termahal dan paling eksklusif di dunia adalah Black Centurion daripada American Express dengan yuran tahunan sebanyak RM 8,126 atau USD 2,500. Pemegang kad kredit elit ini juga hendaklah berbelanja serendah RM 820 ribu setahun.

TIPS PENTING! 6 Cara Merasa Duit Gaji Sentiasa Cukup Walaupun Gaji Sedikit

6 Cara Merasa Duit Gaji Sentiasa Cukup Walaupun Sedikit



Sempena Hari Terima Gaji utk orang kerja kerajaan dan swasta (awal bulan) Bagaimana cara nak rasa duit gaji tu sentiasa cukup je walaupun sedikit?

Ini Pesan Dari Ustaz Mohd Nassru Abdul Latif:

1.Bila hari terima gaji, jangan dilupa ibu dan ayah. Perkara pertama buat, transfer utk mereka dahulu. Banyak atau sedikit, itu tidak penting. Walau mereka berdua mungkin sudah berpendapatan, tetapi berikan kepada mereka sebagai hadiah. Percayalah, duit gaji kita akan cukup!

2.Jangan dilupa "Tabung Haji", memotong melalui potongan gaji lebih baik. Anda tahu, bila kita sudah mendaftar haji, ia bermakna "Nawaitu" itu telah ada!

3.Sebagai seorang ayah, ingat kembali urusan anak. Aqiqahkan mereka dahulu, sebelum anda membeli TV LED baru, sebelum menukar sport rim baru!

4.Sebagai seorang isteri yang bekerja, bantulah suami! Tidak salah jika isteri berkata "Duit I, Duit I, Duit suami, Duit I! Tapi, redha itu lebih penting. Suami pula jangan ambik kesempatan atas kebaikan isteri!

5.Sebagai isteri yang tidak bekerja, redha dengan apa yang ada. Jangan merungut! Tiada suami yang mahukan kekurangan dalam keluarga.

6.Lihat ahli keluarga yang terdekat, siapa yang perlu dibantu? Orang susah, anak yatim? Rezeki kita akan sentiasa cukup jika mendahulukan orang yang dekat!

7.Jangan kedekut tetapi jangan pula terlalu boros! Memberi makan merupakan sedekah yang sangat mudah. Sekali sekala, apa salahnya belanja kawan2...



*Marilah kita banyakkan berselawat ke atas Rasulullah SAW, nabi yg kita rindui...
��اللهم صل على محمد و على ال محمد ...
panjangkan mesej ini kpd keluarga dan sahabat yg kita kasihi.. mudah2an hidup kita diredhai Allah 

SEDAPNYA! Kenali 10 Jenis Nasi Goreng dari Pelbagai Negara Di Dunia!

10 Jenis Nasi Goreng Dari Pelbagai Negara Di Dunia

Nasi goreng merupakan hidangan yang dibuat dari nasi yang digoreng dengan bumbu dan berbagai bahan lainnya. Nasi goreng adalah makanan yang sangat populer terutama di kawasan Asia Timur dan Asia Tenggara. Nasi goreng sebenarnya muncul dari beberapa sifat dalam kebudayaan China, yang tidak suka mengkonsumsi makanan yang dingin atau juga membuang sisa makanan. Oleh kerana itu, nasi yang dingin itu kemudian digoreng untuk dihidangkan kembali di meja makan.

Nasi goreng kemudian menyebar ke Asia Tenggara yang dibawa oleh perantau-perantau asal China yang menetap di sana dan menciptakan nasi goreng khas lokal yang didasarkan atas perbezaan perencah dan cara menggorengnya. Jom Kita selongkar, 10 Nasi Goreng dari Berbagai Negara.


1. Nasi Goreng Indonesia



Banyak variasi dan versi rasa yang biasa dimasak, contohnya nasi goreng ikan masin, nasi goreng teri, nasi goreng udang, nasi goreng kambing, nasi goreng sapi, nasi goreng ayam dan masih banyak lagi. Banyaknya variasi jenis nasi goreng yang dapat ditemukan di Indonesia merupakan ekspresi kreativiti masyarakat Indonesia dalam meracik kuliner ini dengan aneka cita rasa, baik dari pengaruh bahan dasar lokal maupun pengaruh cita rasa masakan International.

2. Nasi Goreng Malaysia



Terdapat banyak jenis nasi goreng di Malaysia, paling asli mungkin boleh dikatakan nasi goreng kampung. Nasi goreng beserta ikan bilis, rasa asli tumisan  dan sering mengandungi sayuran, seperti kacang panjang, buncis atau lobak di dalamnya.

3. Nasi Goreng Singapura



Biasanya nasi goreng Singapura selalu berisi kacang peas sebagai penyerinya yang juga akan menambah kelazatan nasi goreng ini.

4. Nasi Goreng Thailand



Nasi goreng merupakan makanan yang sangat popular di Thailand dan juga memikat selera pecinta makanan untuk mencubanya. Ini kerana Thailand amat mementingkan kualiti beras yang terbaik dalam masakan nasi mereka. Beras yang dipakai adalah beras Jasmin, dan nasi goreng yang paling terkenal adalah Khao Phat Kai.

5. Nasi Goreng China



Nasi goreng Cina sering dibuat pada akhir bulan, dimana mereka menghabiskan stok sayuran atau daging untuk membuat nasi goreng ini. Rasanya sendiri tidak jauh bezanya dengan nasi goreng thai, cuma berbeza dari segi kualiti berasnya. 

6. Nasi Goreng Jepun



Nasi goreng di Jepun yang dikenal dengan nama "Yaki Meshi". Nasi goreng tidak begitu popular di Jepun, kerana terdapat banyak sekali olahan nasi yang lebih praktis seperti onigiri. Biasanya nasi goreng di Jepun ini disajikan dalam portion yang kecil saja.

7. Nasi Goreng Korea Selatan



Biasanya nasi goreng Korea akan menggunakan jagung sebagai tambahan pelengkapnya. Sama seperti di Jepun, nasi goreng tidak terlalu popular di negara ginseng ini.

8. Nasi Goreng Turki



Nasi goreng Turki mendapat pengaruh dari Eropah dan Timur Tengah. Oleh kerana itu biasanya nasi goreng Turki terdapat campuran rempah-rempah dalam bumbunya, serta dihiasi dengan keju sebagai pelengkapnya.

9. Nasi Goreng Jerman



Di negara ini nasi goreng dikenal dengan nama "Gebratener Reis". Hidangan ini merupakan salah satu favorite bagi warga Jerman dan banyak dijual di kedai-kedai makanan disana. Ciri khas nasi goreng Jerman ialah telur yang selalu disimpan tengah-tengah nasi.

10. Nasi Goreng Amerika Syarikat



Nasi goreng Amerika Syarikat biasanya menggunakan beras dari Thailand, kerana nasi goreng ini pertama kali dibawa oleh prajurit Amerika Serikat yang bertugas di Thailand. Nasi gorengnya sendiri selalu dihias sedemikian rupa agar menggugat selera. Selain itu nasi goreng ala Amerika ini biasanya dibumbui dengan sos, bukan dengan kicap. Di malaysia nasi goreng ni agak popular juga dan dikenali dengan nama Nasi goreng U.S.A.

P/S : nyum nyummm sedapnya...tiba-tiba terasa lapar pulak.. ;)

UNTUK LELAKI - Tahukah Anda Kenapa Orang Perempuan Kuat Membebel?

11 Sebab Kenapa Perempuan Kuat Membebel



Pernahkah anda menghadapi situasi wanita, kekasih, isteri, kawan perempuan membebel pada anda? Mungkin pernah atau pun belum lagi dibebel. Adakah membebel itu memang sifat wajib yang ada pada wanita?

Bagi lelaki yang tahan dengan bebelan mereka pasti tiada masalah untuk mengharunginya. Namun bagaimana pula dengan lelaki yang “pantang” dibebel? Pasti panas telinga mendengar.

Kadangkala kita bertanya “kenapalah awak ni suka sangat membebel?” kan? Atau juga kita berkata “Awak ni tak habis-habis nak membebel la” Sambil menyumpah #^@&&. Situasi lebih buruk jika bila wanita membebel lelaki pun ikut sama membebel. Pasti huru hara kan?

Adakah kita pernah tanya kepada mereka kenapa mereka suka sangat membebel? Bagi yang belum pernah tanya dan tak mahu bertanya atau mahu tahu apa sebab mereka suka sangat membebel siang dan malam tak kira pada kita, pada anak atau pada jiran (tu pun kalau terlebih advance bab membebel ni).



11 sebab kenapa perempuan kuat membebel yang perlu anda tahu adalah seperti dibawah.

1. Sifat semulajadi 
Memang sifat perempuan suka bercakap. Tak kira apa yang dia cakap tetapi mereka memang suka bercakap. Sama ada mengumpat, mengutuk atau bergosip memang sinonim dengan kaum hawa.

2. Tugas rutin  
Dalam rumahtangga perempuan yang lebih banyak menjadi pengurus rumahtangga. Walaupun mereka lebih dianggap “Menteri Kewangan” tetapi sebenarnya mereka lebih banyak bertindak sebagai “hakim” kepada pasangan, kawan, suami dan anak-anak. Ada saja yang tidak kena, habis riuh rendahlah.

3. Meluahkan perasaan
Banyak perempuan lebih suka membebel daripada menggunakan kekerasan fizikal kepada orang dibebelnya. Mereka tidak punya kekuatan yang cukup untuk menggunakan fizikal tetapi mereka mempunyai mulut yang hebat.

4. Tanda protes 
Kalau nak protes di jalan-jalan pasti orang anggap demonstrasi atau lebih teruk lagi orang akan panggil gila. Jadi kita akan menjadi tempat bebelannya walaupun atas perkara yang sangat kecil.

5. Terlalu sayang
Kadangkala perempuan lebih risau akan keselamatan orang sekelilingnya dan juga mereka lebih takut sekiranya berlakunya kejadian yang tidak diingini orang yang rapat dengannya. Bukan perempuan tidak suka pada apa yang kita buat tetapi mereka terlalu sayang pada kita dan tak mahu kita ditimpa apa-apa kecelakaan.

6. Petunjuk
Bila mereka membebel pasti ada sesuatu yang tidak disukainya. Maka dengan membebellah mereka memberitahu kita. Jika disalah tafsir pasti malang perempuan itu.

7. Senaman otot mulut
Jarang sekali kita lihat perempuan diam membisu. Jika diam maka lain lah yang berlaku. Jika mereka kuat sangat membebel ketahuilah bahawa mulut mereka sedang bersenam tanpa perlu membuat rawatan muka.

8. Amaran
Membebel juga adalah satu amaran kepada lelaki tentang perasaan marah mereka. Jika bebelan mereka tidak dihentikan maka ianya akan berlarutan kepada kepada sesuatu yang lebih buruk.

9. Mengharap sesuatu 
Jika mereka membebel ketika membuat sesuatu kerja, hulurkan bantuan kerana mereka sedang membuat kerja dengan “terpaksa” walaupun mulut mereka berkata sebaliknya. Hulur-hulurkan tangan pasti bebelan mereka akan reda.

10. Penyelesaian masalah kesunyian
Jika tak ada perempuan maka sunyilah kita. Hanya mereka jenis manusia yang susah untuk berhenti bercakap. Bila mereka tidak membebel pasti ada sesuatu yang tidak kena.

11. Menandakan mereka sihat 
Perempuan akan membebel lebih banyak jika mereka sihat. Jika mereka sakit pasti mereka tidak akan banyak bercakap. jadi beruntunglah jika dapat perempuan yang kuat membebel sebab itu menunjukkan yang mereka sihat.

Dalam banyak-banyak sebab diatas pasti anda bersetuju dengan pernyataan diatas, atau anda ada sebab lain yang lain daripada yang lain dan mungkin anda seorang saja yang merasainya. Maka kongsilah diruangan komen ya. Jangan malu-malu untuk berkongsi! 



Kredit : LMMerah