Showing posts with label Luar Negara. Show all posts
Showing posts with label Luar Negara. Show all posts

Friday, 1 May 2015

SEDAPNYA! Kenali 10 Jenis Nasi Goreng dari Pelbagai Negara Di Dunia!

10 Jenis Nasi Goreng Dari Pelbagai Negara Di Dunia

Nasi goreng merupakan hidangan yang dibuat dari nasi yang digoreng dengan bumbu dan berbagai bahan lainnya. Nasi goreng adalah makanan yang sangat populer terutama di kawasan Asia Timur dan Asia Tenggara. Nasi goreng sebenarnya muncul dari beberapa sifat dalam kebudayaan China, yang tidak suka mengkonsumsi makanan yang dingin atau juga membuang sisa makanan. Oleh kerana itu, nasi yang dingin itu kemudian digoreng untuk dihidangkan kembali di meja makan.

Nasi goreng kemudian menyebar ke Asia Tenggara yang dibawa oleh perantau-perantau asal China yang menetap di sana dan menciptakan nasi goreng khas lokal yang didasarkan atas perbezaan perencah dan cara menggorengnya. Jom Kita selongkar, 10 Nasi Goreng dari Berbagai Negara.


1. Nasi Goreng Indonesia



Banyak variasi dan versi rasa yang biasa dimasak, contohnya nasi goreng ikan masin, nasi goreng teri, nasi goreng udang, nasi goreng kambing, nasi goreng sapi, nasi goreng ayam dan masih banyak lagi. Banyaknya variasi jenis nasi goreng yang dapat ditemukan di Indonesia merupakan ekspresi kreativiti masyarakat Indonesia dalam meracik kuliner ini dengan aneka cita rasa, baik dari pengaruh bahan dasar lokal maupun pengaruh cita rasa masakan International.

2. Nasi Goreng Malaysia



Terdapat banyak jenis nasi goreng di Malaysia, paling asli mungkin boleh dikatakan nasi goreng kampung. Nasi goreng beserta ikan bilis, rasa asli tumisan  dan sering mengandungi sayuran, seperti kacang panjang, buncis atau lobak di dalamnya.

3. Nasi Goreng Singapura



Biasanya nasi goreng Singapura selalu berisi kacang peas sebagai penyerinya yang juga akan menambah kelazatan nasi goreng ini.

4. Nasi Goreng Thailand



Nasi goreng merupakan makanan yang sangat popular di Thailand dan juga memikat selera pecinta makanan untuk mencubanya. Ini kerana Thailand amat mementingkan kualiti beras yang terbaik dalam masakan nasi mereka. Beras yang dipakai adalah beras Jasmin, dan nasi goreng yang paling terkenal adalah Khao Phat Kai.

5. Nasi Goreng China



Nasi goreng Cina sering dibuat pada akhir bulan, dimana mereka menghabiskan stok sayuran atau daging untuk membuat nasi goreng ini. Rasanya sendiri tidak jauh bezanya dengan nasi goreng thai, cuma berbeza dari segi kualiti berasnya. 

6. Nasi Goreng Jepun



Nasi goreng di Jepun yang dikenal dengan nama "Yaki Meshi". Nasi goreng tidak begitu popular di Jepun, kerana terdapat banyak sekali olahan nasi yang lebih praktis seperti onigiri. Biasanya nasi goreng di Jepun ini disajikan dalam portion yang kecil saja.

7. Nasi Goreng Korea Selatan



Biasanya nasi goreng Korea akan menggunakan jagung sebagai tambahan pelengkapnya. Sama seperti di Jepun, nasi goreng tidak terlalu popular di negara ginseng ini.

8. Nasi Goreng Turki



Nasi goreng Turki mendapat pengaruh dari Eropah dan Timur Tengah. Oleh kerana itu biasanya nasi goreng Turki terdapat campuran rempah-rempah dalam bumbunya, serta dihiasi dengan keju sebagai pelengkapnya.

9. Nasi Goreng Jerman



Di negara ini nasi goreng dikenal dengan nama "Gebratener Reis". Hidangan ini merupakan salah satu favorite bagi warga Jerman dan banyak dijual di kedai-kedai makanan disana. Ciri khas nasi goreng Jerman ialah telur yang selalu disimpan tengah-tengah nasi.

10. Nasi Goreng Amerika Syarikat



Nasi goreng Amerika Syarikat biasanya menggunakan beras dari Thailand, kerana nasi goreng ini pertama kali dibawa oleh prajurit Amerika Serikat yang bertugas di Thailand. Nasi gorengnya sendiri selalu dihias sedemikian rupa agar menggugat selera. Selain itu nasi goreng ala Amerika ini biasanya dibumbui dengan sos, bukan dengan kicap. Di malaysia nasi goreng ni agak popular juga dan dikenali dengan nama Nasi goreng U.S.A.

P/S : nyum nyummm sedapnya...tiba-tiba terasa lapar pulak.. ;)

Tuesday, 28 April 2015

WOW! 18 Idea Dan Kretiviti War Base Clash Of Clan Yang Sangat Unik Dan Melucukan!

18 Rekaan War Based Clash Of Clan Yang Lain Daripada Yang Lain

Clash of clan adalah permainan perang menggunakan peranti tablet/smartphone yang boleh didapati di Play Store / AppStore dan mendapat tempat sekarang di Malaysia malah di seluruh dunia... Penyususan tembok bagi menghalang serangan merupakan perkara yang membezakan dari satu pertahanan ke pertahanan yang lain.

Jadi jom kita selongkar kreativiti yang terhasil daripada penyusunan war based Clash of Clan ni...ada war based pikachu, ada war based tengkorak, war based mario dan macam-macam lagi...

http://selongkar10.blogspot.com/2015/03/18-rekaan-war-based-clash-of-clan-yang.html

http://selongkar10.blogspot.com/2015/03/18-rekaan-war-based-clash-of-clan-yang.html

http://selongkar10.blogspot.com/2015/03/18-rekaan-war-based-clash-of-clan-yang.html

http://selongkar10.blogspot.com/2015/03/18-rekaan-war-based-clash-of-clan-yang.html

http://selongkar10.blogspot.com/2015/03/18-rekaan-war-based-clash-of-clan-yang.html

http://selongkar10.blogspot.com/2015/03/18-rekaan-war-based-clash-of-clan-yang.html

http://selongkar10.blogspot.com/2015/03/18-rekaan-war-based-clash-of-clan-yang.html

http://selongkar10.blogspot.com/2015/03/18-rekaan-war-based-clash-of-clan-yang.html

http://selongkar10.blogspot.com/2015/03/18-rekaan-war-based-clash-of-clan-yang.html

http://selongkar10.blogspot.com/2015/03/18-rekaan-war-based-clash-of-clan-yang.html

http://selongkar10.blogspot.com/2015/03/18-rekaan-war-based-clash-of-clan-yang.html

http://selongkar10.blogspot.com/2015/03/18-rekaan-war-based-clash-of-clan-yang.html

http://selongkar10.blogspot.com/2015/03/18-rekaan-war-based-clash-of-clan-yang.html

http://selongkar10.blogspot.com/2015/03/18-rekaan-war-based-clash-of-clan-yang.html

http://selongkar10.blogspot.com/2015/03/18-rekaan-war-based-clash-of-clan-yang.html

http://selongkar10.blogspot.com/2015/03/18-rekaan-war-based-clash-of-clan-yang.html

http://selongkar10.blogspot.com/2015/03/18-rekaan-war-based-clash-of-clan-yang.html

http://selongkar10.blogspot.com/2015/03/18-rekaan-war-based-clash-of-clan-yang.html

Woww.. Kreatif nya.. tapi kalau buat macam tu untuk war memang sah sah kalah sebelum bertanding... sebab smua bom & meriam diletakkan di tepi.. ;)

Monday, 27 April 2015

MENGEJUTKAN! Wajah Baby Muncul Di Perut Ibunya!

Lazimnya, keadaan fizikal perut seorang wanita mengandung yang membesar merupakan sesuatu yang normal..Namun, sekiranya muncul wajah yang seakan-akan mirip bayi pada permukaan perut ibu tersebut, ia mungkin merupakan suatu perkara luar biasa seperti yang terjadi kepada wanita ini..Nak tahu dengan lebih lanjut, meh usha kat bawah ni..


AYRSHIRE - Karen McMartin (25) mungkin tidak perlu lagi melakukan pemeriksaan USG, untuk melihat bentuk bakal bayinya itu. Hal ini disebabkan wajah si bayi telah muncul di perutnya yang sedang hamil 25 minggu.

"Saya sedang berada di ruang staf sewaktu berehat, dan mengusap perut saya. Kemudian, saya terkejut dan berkata, Oh Tuhan, saya boleh melihat sebuah wajah," ujarnya seperti dipetilk Tribunnews.com dari The Sun, Sabtu (9/3/2013). 

Lantas, Karen menangkap gambar penampakan wajah di perutnya itu, dan sejak dari itu menunjukkannya kepada orang ramai. Karen sebelum ini sudah memiliki seorang anak perempuan bernama Chloe (2), hasil perkahwinannya dengan si suami, David. 

"Tidak ada yang percaya bagaimana jelasnya wajah itu. Anda bahkan dapat melihat hidung, mulut, mata, dan pipi," kata Karen. 

Monan (45), majikan Karen iaitu pemilik salon Kazmark di Irvine, Ayrshire, Scotland juga dapat merasakan benjolan pada perut Karen.

"Lalu, ia mengangkat kepalanya, dan tiba-tiba bentuk perutnya berubah, kemudian wajah itu muncul," ucapnya. 

Dr Carol Cooper, ahli perubatan menjelaskan, 'wajah' bayi di perut Karen kemungkinan hanya sebuah ilusi, hasil kombinasi dari pusat Karen, pembuluh darah, dan garis kedutan di perutnya. 

"Kawasan pucat yang membentuk 'wajah', boleh jadi merupakan punggung si bayi," tambahnya.




p/s: Betul ke tak, tak tahu lah.. Apa pulak pendapat korang?

10 Komik Anime & Manga Jepun Paling Terkenal Di Dunia - No. 3 Wajib Layan!!

Komik ialah satu medium grafik dimana lukisan-lukisan disusun dalam petak. Petak-petak itu menggambarkan peristiwa yang ingin disampaikan dan juga mengandungi belon-belon yang berisi dialog supaya watak-watak dalam komik tersebut seolah-olah menjadi hidup. Cehh ayat pendahuluan tak tahan. Macam nak buat karangan je.


Komik jepun atau dikenali sebagai manga telah banyak mempengaruhi hidup sesetengah individu kaki komik termasuk aku. kat sini aku nak senaraikan komik-komik jepun pilihan hati aku (juga komik yang banyak buat aku habis duit).

1. Dragon Ball



Sekiranya anda pernah menjalani kehidupan kanak-kanak dan remaja yang normal sudah pastinya anda akan tune RTM2 (tv2) setiap hari sabtu pada pukul 9.30 pagi kerana pada waktu itu anime epik Dragon Ball akan terpapar di skrin tv anda.

Dragon Ball mengisahkan pengembaraan Son Goku (Suzikon dalam anime RTM2) anak kepada Super Saiyan Legenda, Bardock, yang dihantar ke bumi oleh bapanya kerana planet kediaman mereka iaitu planet Saiya pada masa itu bakal diletupkan oleh Frieza. Secara umumnya, Dragon Ball mengisahkan pengembaraanSon Goku dan rakan-rakannya untuk mengumpul Mutiara Naga bagi tujuan memohon hajat. Cerita bermula ketika dia masih lagi seorang budak kecil iaitu setelah terserempak dengan Bulma yang sedang mencariMutiara Naga tersebut. Namun begitu, pengembaraan Goku bukanlah semudah yang disangka kerana sering diganggu oleh musuh-musuh yang ingin menghalangnya wahh semangat pula aku bercerita. Kisah Mutiara Naga tetap berterusan sehinggalah Goku berkahwin dengan Chichi, mempunyai anak dan seterusnya sehingga dia menjadi seorang datuk. Pada mulanya, cerita Mutiara Naga hanyalah sekadar kisah pengembaraan, tetapi lama-kelamaan gaya penceritaan berubah kepada elemen perlawanan. Karya oleh Akira Toriyama.

2. One Piece


Komik One Piece versi Malaysia dipanggil Budak Getah. One Piece berkisahkan mengenai seorang lanun muda bernama Monkey D. Luffy yang memulakan pengembaraan dan mengumpulkan anak kapal secukupnya untuk berlayar merentangi Grand Line mencari harta karun legenda One Piece milik Gold D. Roger. Di sepanjang pengembaraannya, seorang demi seorang anak kapal telah menyertai Luffy seperti seperti Roronoa Zoro (pemedang 3 bilah), Nami(Pengemudi), Usopp (Penembak tepat), Sanji (tukang masak), Nico Robin (Ahli Arkeologi), Tony Tony Chopper (doktor), Franky (pembaiki kapal) dan Brook (pemuzik), setiap daripada mereka memiliki keistimewaan tersendiri, termasuklah sikap yang tidak masuk akal dan pendirian yang berbeza namun memiliki suatu persamaan, mereka pernah melalui saat yang sukar dan menyayat hati suatu ketika dahulu dan mempunyai impian hidup sendiri serta semangat setiakawan yang tidak berbelah bagi.One Piece telah dicipta oleh Eiichiro Oda 


3. Naruto



Berkisarkan tentang watak utama yang bernamaUzumaki Naruto, seorang pemuda yang bersikap nakal, hiperaktif dan tidak mendapat pengiktirafan oleh masyarakat sekitarnya. Naruto bercita-cita untuk menjadi seorang Hokage iaitu satu gelaran yang diberikan untuk Kage atau ketua ninja, selaku ninja terkuat di sesebuah kampung dengan harapan untuk mendapat pengiktirafan dan membuang tanggapan negatif masyarakat sekitar terhadap dirinya. Siri Naruto ini dicipta olehMasashi Kishimoto.

4. Bleach 


Ini pun lagi satu mangkuk, sama sahaja macam Naruto. Makin lama makin mengarut tetapi aku tetap ikut perkembangan Bleach ini. Tapi satu perkara yang bagus siri Bleach ini dapat mengekalkan komedi yang konsisten dan fesyen-fesyen karakter dalam siri Bleach ini mengikut peredaran zaman. Bleach menceritakan pengalaman yang dilalui olehKurosaki Ichigo, seorang pelajar sekolah menengah yang berkebolehan melihat hantu, dan Kuchiki Rukia, seorang shinigami (boleh diterjemah secara literal sebagai "dewa maut"). Bahagian awal kisah Bleach bertumpu khas buat watak-wataknya. Apabila kejadian demi kejadian berlalu, dunia disebalik alam dewa-dewa maut ini dibuka dan dijelaskan dengan lebih mendalam. Manga Bleach dicipta oleh Kubo Tite.


5. Eyeshield 21


PlotEyeshield 21 berkisahkan tentang seorang budak yang lemah bernamaSena Kobayakawa yang memasuki sekolah tinggi pilihannya, Deimon High School. Satu-satunya kelebihan yang ada pada Sena ialah sepasang kaki yang laju. kemampuan Sena dengan cepat menangkap mata kapten pasukan Bola Sepak Amerika sekolah tinggi yang bersifat syaitan, Yoichi Hiruma. Yang kemudiannya memaksa Sena untuk menyertai pasukannya iaitu Deimon Devil Bats sebagai Running back. Eyeshield 21 telah dicipta oleh Yusuke Murata. 

6. Death Note



Cerita ini berkisahkan tentang Light Yagami (Yagami Raito dalam edisi jepun), iaitu seorang pelajar sekolah menengah yang pintar tetapi bosan dengan dunia yang dipenuhi jenayah. Kehidupannya berubah secara drastik setelah dia menjumpai sebuah buku nota misteri yang dikenali sebagai "Nota Maut" (Death Note), di atas tanah pada tahun 2003. Arahan di dalam Nota Maut mendakwa bahawa sesiapa yang namanya tertulis di dalam nota maut itu akan mati. Pada mulanya Light tidak mempercayainya, tetapi setelah mengujinya dengan membunuh dua orang penjenayah, dia terpaksa mengakui kebenaran Nota Maut. Setelah bertemu dengan pemilik asalnya iaitu shinigami (dewa maut) bernamaRyuk, Light ingin menjadi "dewa dunia baru" dengan menghukum penjenayah. Death Note telah dicipta oleh Obata Takeshi (pelukis) dan Oba Tsugumi (penulis).


7. Yakitate!! Japan


Manga ini merupakan satu medium bacaan yang celaka kerana disebabkan manga ini aku semakin mengilai roti. Ya manga ini bergenrekan roti. Manga ini semakin celaka jika dibaca pada bulan puasa. Seperti mangaDeath Note, aku mengikuti perkembangan manga ini melalui Komik Remaja Kreko kerana aku tidak jumpa buku berjilid untuk siri ini. Manga ini masih berterusan sehingga hari ini dan roti-roti yang dipamerkan dalam manga ini benar-benar mengikut realiti juga kebanyakkan roti-roti itu sudah pun berada dipasaran. Komedi yang diterapkan dalam manga ini juga setanding dengan komedi di dalam manga Eyeshield 21 kerana mampu membuat aku pecah perut. Yakitate!! Japan mengisahkan Azuma Kazuma yang bercita-cita untuk membuat roti kebangsaan Jepun iaitu Ja-pan (Roti Jepun). Dia bertolak ke Tokyo untuk mengasah bakatnya sebagai tukang roti di rangkaian kedai roti Pantasia, di samping gelagatnya bersama rakan sekerjanya. Yakitate!! Japan dicipta oleh Takashi Hashiguchi .


8. Full Metal Alchemist


Full metal Alchemist berkisahkan tentang Edward dan Alphonse Elric, dua beradik yang tinggal di kampung Resembool di negara Amestris. Bapa mereka Hohenheim, seorang ahli alkimia berbakat, telah meninggalkan rumah sewaktu Edwardmasih kecil manakala Alphonse masih bayi. Setahun kemudian, ibu mereka, Trisha Elric, pula meninggal dunia akibat penyakit yang tidak boleh diubati. Setelah kehilangan ibu, adik-beradik Elric bercadang untuk cuba menghidupkan semula mendiang ibu mereka melalui alkimia. Mereka mengkaji alkimia dari seorang guru, Izumi lalu menggunakan buku-buku dan catatan yang ditinggalkan bapa mereka untuk mencipta semula bulatan penukaran manusia. Namun, cubaan itu gagal. Sebagai memenuhi Prinsip sama nilai, ia mengambil kaki kiri Edward serta seluruh badan Alphonse. Dalam cubaan menyelamatkan adiknya, Edwardmengorbankan lengan kanannya untuk menghidupkan roh adiknya dalam baju zirah. Selepas itu, Kaki kiri dan lengan kanan Edward diganti dengan dua set Automail, sejenis anggota badan prostetik yang canggih. Full Metal Alchemist dicipta oleh Hiromu Arakawa.



9. Fairy Tail





Manga ini berkisahkan pengembaraan Lucy Heartphillia, seorang tukang sihir kunci bintang yang ingin menerokai dunia magik bersama rakan baru yang dijumpainya iaitu Natsu Dragneel bersama Happy si kucing yang berkata-kata. Di atas tawaran Natsu, Lucy pun menyertai sebuah Guildyang digelar Fairy Tail. Fairy Tail dicipta oleh Hiro Mashima.



10. Kamen Rider Spirits




Aku merupakan peminat hero Tokusatsu Kamen Rider/Masked Rider sejak dari kecil. Maka manga adaptasi Kamen Rider Spirits teramatlah bernilai bagi aku. Mengisahkan tentang Kamen Rider ZX (sebutanya Kamen Rider Zee-Cross) yang keliru antara baik dan jahat. Siri ini bukan sahaja mencungkil kisah mengenai ZX, tetapi keseluruhan Kamen Rider era Showa seperti Kamen Rider 1, Kamen Rider 2, Kamen Rider V3, Riderman, Kamen Rider X, Kamen Rider Amazon, Kamen Rider Stronger, Skyriderdan Kamen Rider Super-1. Latar masa Kamen Rider Spirits adalah selepas tamatnya filem Kamen Rider Super-1 dan sebelum kehadiran Kamen Rider Black.

Kebanyakkan mak bapak marah apabila anak-anak mereka membaca majalah atau komik. Mereka menyifatkan komik sebagai membazir. Membazir wang, masa dan apa sahaja. Tetapi tahukah anda, komik atau manga ini boleh menjadi sumber inspirasi dalam kehidupan? Kerana kebanyakkan manga menyelitkan nilai-nilai yang harus dicontohi di samping memberi kita hiburan.



Tahukah Anda Negara Mana Yang Mempunyai Umat Islam Paling Ramai Di Dunia?



Islam merupakan agama yang pesat tersebar di serata pelusuk dunia.. Berkat kebijaksanaan dan kegigihan Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat menyampaikan risalah islam, dan diteruskan oleh para pendakwah yang kemudiannya, kini islam bertapak kukuh di serata pelusuk negara.

Hari ini,tiada negara yang tidak dihuni oleh umat islam. Walaupun sejak zaman berzaman islam diperangi oleh para kuffar, namun cahaya islam terus bersinar dan islam terus berkembang dengan suburnya dari semasa ke semasa.


“Mereka hendak memadamkan cahaya Allah(agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahaya-Nya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka(yang demikian). Dialah yang megutuskan Rasul-Nya(Muhammad) dengan menbawa petunjuk dan agama yang benar(agama Islam), untuk dimenangkan-Nya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.” Surah al-Saf, ayat 8-9.

Berikut adalah negara-negara yang mempunyai umat islam paling ramai di dunia.
  1. Indonesia = seramai 195,677,976 orang
  2. Pakistan = seramai 156,491,617 orang
  3. India = 144,755,562 orang
  4. Bangladesh = 127,001,272 orang
  5. Mesir = 70,530,237 orang
  6. Turki = 68,963,953 orang
  7. Iran = 67,337,681 orang
  8. Nigeria = 64,385,994 orang
  9. China = 39,189,414 orang
  10. Ethiopia = 34,700,310 orang
  11. Maghribi = 32,300,410 orang
  12. Algeria = 32,206,534 orang
  13. Afghanistan = 29,629,697 orang
  14. Sudan = 26,121,865 orang
  15. Iraq = 25,292,658 orang
  16. Arab Saudi = 26,417,599 orang
  17. Uzbekistan = 23,897,563 orang
  18. Russia = 21,513,046 orang
  19. Yaman = 20,519,782 orang
  20. Syria = 16,234,901 orang
  21. Malaysia = 14,467,694 orang
  22. Tanzania = 12,868,224 orang
  23. Mali = 11,062,337 orang
  24. Niger = 10,499,343 orang
  25. Senegal = 10,459,222 orang

Sumber: www.bicaradariaku.com

Sunday, 26 April 2015

Guru Ini Pakai Pakaian Yang Sama Untuk Majalah Tahunan Sekolah Selama 40 Tahun Berturut-Turut


Majalah tahunan sekolah merupakan buku terbitan perihal aktiviti atau program yang telah dijalankan oleh pihak sekolah dalam tempoh setahun persekolahan..Majalah ini lazimnya memaparkan gambar-gambar guru, para pelajar dan karya pelajar..Secara tidak langsung, para pelajar dan guru boleh memakai pakaian paling bergaya untuk acara menangkap gambar untuk diterbitkan di dalam majalah berkenaan..Namun, bagi seorang guru ini, dia tetap dengan pakaiannya yang sama selama 40 tahun berturut-turut..Nak tahu, meh usha kat bawah ni..


Selain dari bersara sebagai seorang guru yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Dale Irby sebenarnya turut bersara dari melakukan sesuatu yang unik dan terkenal dalam majalah tahunan sekolahnya iaitu gambar dengan memakai pakaian yang sama selama 40 tahun berturut-turut sepanjang tempohnya menjadi seorang guru.

Dia kini yang sudah berusia 63 tahun mengatakan bahawa guru-guru lelaki yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan pada masa itu mempunyai kod etika pakaian yang longgar di mana mereka dibolehkan memakai seluar pendek ketika mengajar. Namun, pada hari mengambil gambar, dia terpaksa memakai pakaian kasual yang turut menjadi pakaian yang menjadikannya terkenal.

"Saya berasa sangat malu apabila mendapati saya memakai pakaian yang sama dalam majalah tahunan sekolah yang pertama dan kedua." katanya.

Kemudian, isterinya, Cathy turut mencabar supaya melakukannya bagi kali ketiga. "Selepas 5 gambar, saya berasa, "Kenapa perlu berhenti?".

Dalam The Dallas Morning News, mereka memaparkan sebuah video koleksi gambar yang menunjukkan seorang guru lelaki yang memakai pakaian yang sama. Apa yang kelihatan berubah hanyalah warna misai yang bertukar menjadi warna kelabu dan cermin mata yang bertukar saiz dari besar kepada yang kecil.




Wednesday, 22 April 2015

Ini Tulisan Doktor Yang Paling Dasyat Sekali Yang Pernah Anda Saksikan!

Bukan rahsia umum lagi jika tulisan doktor itu susah dibaca dan hanya ahli farmasi yang boleh menterjemahkannya . Namun jika ahli farmasi bertemu dengan resit seperti ini mungkin dia akan menghantukkan kepala ke dinding selepas membaca tulisan tidak jelas ini.

Resit yang mengandungi tulisan macam rumput ini pertama kali dimuat naik di laman forum Reddit. Tentunya hal ini menimbulkan kegemparan di mana masalahnya tulisannya sangat rumit dan langsung tidak boleh difahami. Dasyat sungguh tulisan doktor pada zaman sekarang ini ye. Jom lihat tulisan doktor yang macam rumput ni..