Thursday, 26 March 2015

MISTERI!!! Cuba Anda Teka Siapakah Nenek Tua Ini? Anda Pasti Akan Terkejut!!

Pada sambutan Halloween, kelibat seorang nenek kelihatan menaiki kereta limousin mewah dan mendapat perhatian dari kalangan orang ramai. Siapakah gerangan nenek tua ini? Ramai yang mempersoalkan siapakah nenek tua misteri ini? Anda pastu terkejut bila mengetahui siapakah nenek tua ini? Sila lihat gambar selanjutnya sampai ke bawah.











Sebenarnya nenek ini adalah HEIDI KLUM iaitu seorang model dan pelakon terkenal.


Lelaki Ini Menegur Tudung Felixia Yeap Agar Labuh - Ini Jawapan Balas Felixia Yang Sangat WIN


Felixia Yeap memuat naik satu gambardi Instagram semasa photoshoot sebuah media. Lihat bagaimana lelaki ini komen dan menegur. Kemudian lihat bagaimana pula jawapan balas Felixia. Sangat WIN dan EPIC GILER! Memang terbaik jawapan dari Felixia Yeap!








Wednesday, 25 March 2015

Tanda-Tanda Sakit Jantung Yang Wajib Kita Tahu! Orang Muda Pon Boleh Kena!



Pada zaman ini, penyakit jantung adalah pembunuh utama. Setiap saat yang berlalu ketika pesakit tersebut mengalami sakit jantung, adalah amat berharga. Oleh itu, ketahuilah tanda tanda sakit jantung yang mungkin boleh menjadi penentu di antara hidup atau mati. Ini sumber dari Unit Promosi Kesihatan, Jabatan Kesihatan Dan Alam Sekitar, DBKL.

1. Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit – berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat.

2. Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan – Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan)

3. Lidah terasa tegang dan pendek.

4. Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.

5. Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri) – biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.

6. Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang

7. Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh atau rasa pedih.

8. Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.

9. Rasa kepala berpusing tidak seimbang.

10. Rasa keletihan sepanjang masa.

11. Rasa meloya dan tidak ada selera makan.

12. Degupan jantung tidak menentu.

13. Nafas terasa pendek.

14. Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.

15. Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.

16. Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak maya yang teruk.

Walaupun sakit dada atau ketidakselesaan adalah simptom utama dan tanda tanda sakit jantung, sesetengah orang mungkin tidak alami sebarang sakit dada. Ada juga yang alami sedikit sakit di bahagian dada sahaja. Ada yang alami satu sahaja simptom, tidak kurang juga ramai yang alami beberapa simptom yang membuktikan serangan jantung sedang berlaku. Kami terangkan dengan lebih lanjut lagi.

RAHANG TIDAK SELESA

Antara tanda tanda sakit jantung yang sangat jelas adalah ketidakselesaan atau sakit di bahagian rahang anda. Anda mungkin boleh rasa ketegangan di dalam dan di sekitar bahagian bawah rahang pada salah satu atau kedua-dua belah bahagian. Ketidakselesaan ini boleh merebak dari dada ke rahang anda.

LEHER RASA TERBAKAR

Mereka yang pernah alami sakit jantung menggambarkan ketidakselesaan di bahagian leher seperti tercekik atau perasaan terbakar di dalam leher. Ketidakselesaan ini boleh merebak dari dada atau bahu ke leher anda.

SAKIT DI BAHU

Antara tanda tanda sakit jantung yang seterusnya adalah ketidakselesaan atau sakit di dalam atau di sekeliling salah satu atau kedua-dua belah bahu anda. Ia digambarkan seperti sakit biasa, berasa berat atau tekanan yang merebak dari dada ke bahu.

RASA BERAT DI BAHAGIAN DADA

Seterusnya, tanda tanda sakit jantung yang lain ialah apabila terasa sedikit berat, tegang atau tekanan di bahagian tengah dada. Sakit yang dirasa begitu teruk sehingga anda boleh merasa tidak sihat. Walaubagaimanapun, sakit dada seperti perasaan tajam dan dicucuk-cucuk kebiasaannya bukanlah antara tanda tanda sakit jantung.

SAKIT BELAKANG

Sakit belakang juga merupakan di antara tanda-tanda bagi mereka yang megalami sakit jantung. Biasanya sakit itu dirasai di antara kedua-dua tulang belikat anda dan boleh merebak dari dada ke bahagian belakang anda.

TIDAK SELESA PADA LENGAN

Ketidakselesaan atau sakit di salah satu atau kedua-dua belah lengan juga merupakan tanda-tanda sakit jantung. Ketidakselesaan ini boleh merebak dari dada ke lengan anda.

RASA LETIH

Merasa letih yang amat sangat juga dialami oleh sesetengah orang yang berdepan dengan risiko sakit jantung. Mereka memberitahu yang mereka sukar untuk melakukan aktiviti yang senang, seperti berjalan ke bilik air atau mengambil segelas cawan untuk minum.

Elakkan aktiviti bersukan yang berat. Jangan tidak tahu, ada yang meninggal dunia kerana main futsal buat pertama kali. Jangan sesekali abaikan tanda tanda sakit jantung seperti ini.

RASA LOYA

Selain daripada itu, anda juga mungkin mengalami loya atau tidak sihat untuk tempoh yang lama. Anda juga mungkin berasa pening di samping tanda-tanda sakit jantung yang lain. Peluh yang sejuk atau peluh jantan juga mungking dapat dirasai. Dan akhir sekali, anda mungkin berasa seperti semput atau alami kesukaran bernafas. Ia boleh digambarkan dengan seseorang yang perlu menarik nafas yang panjang disebabkan dada terasa seperti ketat atau sempit.

Ini sumber dari DEMC yang menyenaraikan tanda tanda sakit jantung dalam bentuk yang ringkas:

Sakit dada semasa melakukan aktiviti kecergasan seperti apabila berjalan laju, naik atau turun tangga, bermain bola, berjoging atau sebagainya.
Badan merasa cepat penat, sentiasa termengah-mengah, lelah atau batuk berlebihan. Kebolehan melakukan aktiviti yang biasa dilakukan berkurangan daripada biasa.
Terasa letih, lesu, pening dan mudah pitam. Anda boleh merasakan denyutan jantung anda bergerak laju (palpitasi) dan cepat berpeluh.


BILA PERLU JUMPA DOKTOR?

Ini sangat penting!. Bila sudah ada tanda tanda sakit jantung, jumpa doktor dengan segera apabila :

1. Anda berumur >40 tahun dan mempunyai lebih dari satu risiko penyakit jantung.
2. Latar belakang keluarga yang mempunyai penyakit jantung pada usia yang muda.
3. Sakit yang kuat.
4. Sakit dada apabila melakukan aktiviti.
5, Sakit yang diiringi rasa lemah, mual, mengah, berpeluh, pening atau pitam.
6. Rasa sakit menular ke bahu, lengan, rahang atau belakang badan.
7. Rasa sakit yang lebih teruk dari sebelumnya.
8. Sakit yang berterusan selama lebih dari 15-20 minit.
9. Sakit yang berubah sifat. Contoh: sakit yang semakin kerap.

Ini bukan kami yang kata. Ini doktor dari Kementerian Kesihatan Malaysia yang kata.

SERANGAN SAKIT JANTUNG MENGEJUT

Andaikan sekarang sudah pukul 7:25pm dan anda dalam perjalanan balik seorang diri selepas hari bekerja yang luar biasa sibuknya. Anda benar-benar penat, gelisah dan kecewa.

Tiba-tiba anda rasa sakit yang menyucuk di bahagian dada yang mula menular ke lengan dan ke atas di bahagian rahang muka. Anda hanya 5 kilometer daripada hospital yg terdekat. Malangnya anda tidak pasti anda akan sempat sampai @ pun tidak ke hospital tersebut . Anda telah dilatih untuk melakukan CPR, tapi tidak diajar cara untuk melakukan CPR ke atas diri sendiri. Jika ada tanda tanda sakit jantung, apa perlu buat?

JADI, BAGAIMANA MENANGANI SAKIT JANTUNG BILA SEORANG DIRI?

Kebanyakan orang berseorangan ketika diserang sakit sakit jantung. Tanpa pertolongan, mereka yang menghadapi masalah ini – jantung berdegup tak menentu dan mula rasa hendak pitam, hanya mempunyai masa 10 saat sahaja sebelum pengsan.

Walau bagaimanapun mangsa boleh membantu diri sendiri dengan batuk berulang kali secara kuat dan berterusan. Tarik nafas dalam -dalam sebelum batuk dan batuk mesti lah dalam dan berpanjangan seperti semasa anda ingin membuang kahak yg ada jauh di dalam paru-paru.

Menarik nafas dan batuk ini mesti diulang lebih kurang setiap 2 saat tanpa henti sehingga bantuan datang atau sehingga jantung berdegup normal semula.

Tarikan nafas yg dalam membawa oksigen ke dalam paru-paru & mekanisma batuk mengepam jantung dan memastikan darah terus beredar.

Tekanan ke atas jantung akibat gerakan batuk ini juga membantu jantung berdegup dengan ritma yg normal semula. Dengan ini mangsa serangan jantung sempat dan berupaya untuk ke hospital sendiri.

HARAPAN KAMI

Jika anda alami salah satu atau beberapa tanda tanda sakit jantung di atas lebih daripada 10 minit sehingga 25 minit, segera berjumpa dengan doktor atau terus hubungi ambulans untuk membawa anda ke hospital.

Dikhuatiri jika anda lambat bertindak, anda boleh pergi buat selama-lamanya. Siapa mahu mati muda?

sumber: siraplimau.com

10 Kata-Kata Paling Lawak Samy Vellu - #10 Paling Lawak Sampai Ketawa Pecah Perut

10 Kata-Kata Paling Lawak Samy Vellu. #10 Paling Lawak Sampai Ketawa Pecah Perut | Petikan-petikan anda baca di bawah adalah semua berdasarkan sumber yang sahih dan artikel adalah bertujuan hiburan sahaja semata-mata. Jika anda mudah tersinggung atau keliru, adalah lebih baik anda baca artikel lain.



1. Samy Vellu pada Pos Laju Malaysia – “Besok Kirim, Hari ini sampai”

2. Samy Vellu bercakap mengenai kehormatan beliau – “Ini perkara banyak memalukan saya. Sebenarnya, Kemaluan saya sangat sangat BESAR”

3. Samy Vellu bercakap mengenai dadah – “Orang orang mude sekarang banyak suka hisap dade”

4. Samy beri ceramah – “Kita akan bina satu jambatan untuk orang-orang kampung di sini. Salah seorang penduduk bertanya; Tapi Datuk, sini tak ade sungai, buat apa bina jambatan? Samy dengan bangganya membalas, Kalau tak ade sungai, kita bina sungai”

5. Samy’s di berita nasional – “Toll naik sikit, marah sama saya. You ingat ini semua toll saya punya bapak punya kah?!”

6. Semasa krisis air berlaku – “Semua orang diminta jangan membuang aiyeer”

7. Semasa derma darah di Sungai Siput – “Marilah kita semua menderma dara”

8. Semasa pembukaan acara di suatu ceramah – “Selamat datang saudara mara semua” sepatutnya saudara-saudari

9. Semasa pembukaan acara 2# – “Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik ke pentas untuk membuka kain”

10. Paling lawak antara semuanya – “Bagi saya, ini adalah satu pembaziran atas duit rakyat. Kita sepatutnya tidak hantar mereka ke bulan, tapi hantar mereka pergi ke MATAHARI! Barulah USA dan Russia respect sama kita!

Pemberita membalas – “Tapi Datuk Seri, matahari kan panas, macam mana mahu pergi?”

Samy Vellu balas – “Itu pasal you takda jadi menteri, saya sudah 30 tahun jadi menteri, mesti ada penyelesaian. Kita jangan pergi siang, banyak panas. Kita pergi malam baru ada sejuk!

Sumber: The Vocket

9 Tips Mendapatkan Anak Kembar Buat Pasangan Yang Mengimpikannya!



Jika anda salah seorang daripada ibu yang sedang mengandung anak kembar, tahniah!. Tidak ramai sebenarnya yang dapat merasai sepasang bayi di dalam kandungan. Ada yang kata anak kembar ni semuanya kita dapat rasakan berganda, termasuk kesakitan waktu bersalin.

Cemburu dengan orang yang dapat anak kembar?

Kenapa perlu cemburu? Itu rezeki masing-masing yang telah ditetapkan Allah. Ada yang dapat anak kembar perempuan, ada pula yang dapat anak kembar lelaki. Yang lebih menarik, dapat sepasang anak lelaki dan perempuan. Bersalin pula, sekali sahaja!

Peluang untuk mendapat anak kembar sebenarnya adalah rendah iaitu kurang daripada 1%. Majoriti daripada anak kembar adalah terdiri daripada kembar tidak seiras, di mana dua telur telah disenyawakan. Selebihnya adalah kembar seiras di mana satu telur pecah menjadi dua fetus. Secara genetik, mereka akan mempunyai sama jantina, sama ciri-ciri fizikal dan sama perwatakan. Ada juga yang akan lahir sebagai kembar Siam, di mana mereka berkongsi anggota badan.

Bagaimana cara mendapatkan anak kembar?

Perkongsian ini datang dari Facebook Page Persatuan Ibu-ibu Comel Mengandung yang menyenaraikan perkara berikut:

1. Genetik

Jika dalam salasilah keluarga, terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar anda juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan pada diri anda. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan 2 ovum secara serentak dalam satu masa.

Jika genetik sudah ada, cara mendapatkan anak kembar mungkin lebih mudah, jika diizinkan Allah.

2. Umur

Wanita yang berumur 35- 40-an dan ke atas, mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi, kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.

3. Bilangan Anak

Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.

4. Berat badan dan ketinggian

Cara mendapatkan anak kembar juga dikatakan ada kaitan dengan berat badan. Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar.

5. Diet

Pengambilan makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar. Senarai cara mendapatkan anak kembar ini hanyalah tips semata-mata. Ia perlu seiring dengan usaha. Kena jaga diet!

6. Pengambilan ubat kesuburan

Cara mendapatkan anak kembar dengan ubat kesuburan perlu mendapat nasihat doktor terlebih dahulu. Ini kerana pengambilan ubat kesuburan boleh meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi, sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

Clomid memberikan 10 peratus peluang manakala Gonal F memberikan 30 peratus peluang untuk hamil anak kembar.

7. Kahwin dengan keturunan kembar

Cara mendapatkan anak kembar yang penting ialah kahwin dengan orang yang ada keturunan kembar. Semasa bercinta, cuba selidiki samada balak pasangan kita ada sejarah kembar atau tidak. Cuba semak latar belakang, entah-entah, bakal pasangan ada kembarnya!

Selain berkahwin dengan keturunan kembar, sebenarnya banyak cara untuk mendapatkan anak kembar. Tetapi kebanyakkannya adalah cara yang tidak sihat seperti mengandung di usia tua, mengandung ketika masih menyusui bayi, hamil di waktu si ibu gemuk dan sama waktu denganya.

Memang boleh terjadi mendapat anak kembar tetapi kandungan tidak sihat. Kemungkinan keguguran pun tinggi, anak kembar tidak sihat atau kandungan bermasalah juga tinggi.

8. Banyakkan makan ubi, kentang dan susu.

Cara mendapatkan anak kembar tidak boleh lari dari makanan. Makanan adalah sangat penting dalam proses untuk dapat anak kembar.

Tiga jenis makanan ini dapat meningkatkan ovulasi pada telur dan mungkin boleh dapatkan anak kembar. Ada yang kata, jika kita teratur minum susu dari zaman muda mudi, kebarangkalian untuk mendapatkan anak kembar itu tinggi.

Juga, jika anda amalkan memakan ubi, kentang dan susu bukan sahaja baik untuk mendapatkan anak kembar, tetapi juga salah satu cara untuk mendapatkan anak bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tidak ada rezeki untuk mendapatkan anak.

9. Berdoa pada Allah

Dalam Islam, kita semua digalakkan berdoa dalam usaha & cara mendapatkan anak kembar. Pelajari doa cepat mengandung yang selalu diamalkan. Doa untuk mendapatkan anak kembar :-

i) Surah As-Saaffaat Ayat 120:

ii) Surah As-Syura ayat 50:

Perkara yang ramai orang tidak tahu, bila hamil anak kembar

Mungkin cara mendapatkan anak kembar tidak selalu dibincangkan. Jika kita bertanya pasangan yang mendapat anak kembar, acapkali kita dengar, “Entahlah, tak tau macam mana nak bagi tips atau petua. Dah rezeki”

Tidak kira anak kembar mana yang anda bakal lahirkan, banyak perkara yang anda harus titik-beratkan. Kebiasaannya, anda boleh mengesan yang anda sedang hamil dengan anak kembar seawal trimester pertama lagi. Pemeriksaan ultrasound boleh mengesahkan anak kembar dan hasilkan imej untuk uterus dan anak kembar anda. Sediakan bajet untuk 3D 4D Scan di klinik yang berdekatan.

Setelah anda disahkan mengandung anak kembar, persiapan yang lebih rapi dari segi mental dan fizikal haruslah dilakukan.

Apa perlu buat jika mengandung anak kembar?

Kita sudah ketahui cara mendapatkan anak kembar. Tips dan petua itu mungkin buatkan anda berjaya mendapatkan anak kembar. Namun, itu hanya satu permulaan. Bagaimana sekiranya anda benar-benar hamil anak kembar? Apa yang perlu dilakukan?

Antara perkara yang anda boleh jangkakan lebih dari biasa adalah:

1.Pemeriksaan pra-natal yang lebih kerap

Anda akan lebih kerap bertemu dengan doktor, jika orang lain perlu membuat temujanji sebulan sekali, anda mungkin perlu berjumpa sebulan dua kali. Jumlah ultrasound dan ujian lain juga akan bertambah.

2. Berat badan bertambah lebih banyak

Jika anda mengandung seorang bayi pun, berat akan bertambah beberapa kilogram, kini dengan anak kembar, jangkakan berat anda bertambah sebanyak 17-25 kilogram.

3. Langkah berjaga-jaga tambahan

Doktor anda mungkin akan sarankan supaya anda menghadkan aktiviti anda seperti bekerja, melancong atau aktiviti fizikal semakin sarat anda mengandung.

Hanya perlu kurangkan serba sedikit berbanding biasa, bukan sampai ke tahap tak boleh buat langsung. Takut-takut pulak nanti pertumbuhan bayi terganggu apabila anda terlebih duduk diam.

4. Ambil nutrien tambahan

Memandangkan anak kembar memerlukan zat sekali ganda, anda semestinya memerlukan asid folik, kalsium, zat best, protein dan nutrien-nutrien penting lain bagi menggalakkan pertumbuhan yang sihat bagi anak dalam kandungan tersebut.

5. Mungkin tak cukup bulan

Bagi seseorang ibu yang mengandung, 40 minggu adalah tempoh yang cukup bagi pertumbuhan bayi yang sempurna dan selamat untuk dilahirkan samada secara semulajadi ataupun caesarean.

Tetapi dengan anak kembar, risiko adalah lebih tinggi untuk bersalin normal disebabkan pelbagai komplikasi. Mungkin seawal minggu ke-38 atau ke-39 anda sudah diminta untuk melakukan pembedahan.

Harapan saya

Sungguh indah apabila perkhabaran gembira diterima bahawa anda mengandung, tetapi sepatutnya anda lebih gembira apabila mengetahui anda bakal menerima anak kembar. Jika dipandang dari sudut positif, orang lain mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk mendapatkan dua orang anak, kini anda mengambil masa hanya 9 bulan untuk mendapatkan dua orang anak. Menarik bukan?

Benar, cara mendapatkan anak kembar hanya satu usaha. Segala-galanya atas kehendak Allah. Apa yang penting, kembar atau tidak, amalan ibu mengandung yang diajar dalam Islam, jangan ditinggalkan. Amalkan selalu dan semoga dikurniakan anak yang pintar yang dapat menjunjung tinggi nilai Islam.

Selamat mencuba!

sumber: siraplimau.com

Tahukah Anda Bahaya Minuman Segera 3 in 1???


Tahukah anda minuman 3-in-1 boleh mendatangkan bahaya kerana ramai yang tidak menyedari ia sebenarnya mengandungi gula yang berlebihan selain digembar-gemburkan mampu menambah tenaga.




Pensyarah Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Shariza Abd. Razak berkata, walaupun ada minuman itu dikatakan mengandungi ginseng atau tongkat ali untuk menambahkan tenaga namun kandungannya amat sedikit.

“Ia tidak member sebarang kesan dalam penjagaan kesihatan sebaliknya ia mengandungi gula yang banyak iaitu lebih daripada tiga sudu teh.

“Namun ramai yang tidak menyedarinya kerana ditenggelamkan oleh rasa pahit kopi tersebut,” katanya.

Menurut Shariza, selain kandungan gula yang tinggi, kebanyakan minuman 3-in-1 yang dijual di pasaran juga menggunakan krimmer susu bukan tenusu iaitu yang dihasilkan daripada minyak kelapa sawit.

Katanya, krimmer tersebut merupakan sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan kerana ia boleh menyumbat saluran arteri darah dan seterusnya menyebabkan penyakit koronari jantung dan angin ahmar.

Kesannya, para pesakit jantung atau diabetes yang minum minuman itu secara tidak terkawal boleh menyebabkan penyakit mereka menjadi lebih serius.

Sementara itu, Shariza menjelaskan, antara factor yang menyebabkan minuman 3-in-1 menjadi pilihan ramai ketika ini adalah disebabkan kosnya yang murah iaitunantara 50 sen hingga RM1 bagi setiap paket.

Menurutnya, gaya hidup masyarakat yang sering sibuk dan terikat dengan jadual kerja harian turut memainkan peranan mempopularkannminuman itu kerana ia mudah dibancuh walaupun di tempah kerja.

Beliau bagaimanapun menegaskan, pengambilan minuman tersebut bukannya tidak dibenarkan tetapi perlu diambil secara sederhana dan turut diseimbangkan dengan makanan lain.

Info Kandungan minuman 3-in-1:

1. Mengandungi lebih tiga sudu the gula dalam setiap pek.

2. Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit dalam minuman tersebut.

3. Selain gula, krimmer yang digunakan adalah sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan   kesihatan

4. Turut mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar (palpitasi) dan menyukarkan tidur pada waktu malam.

5. Setiap pek mengandungi sehingga 200 kalori.

6. Jumlah kalori itu sama dengan dua keeping roti atau sepinggan nasi.

7. Jika diambil tiga paket sehari, ia bersamaan 600 kalori dan turut menyumbang kepada berat badan berlebihan.

8. Kandungan untuk meningkatkan tenaga seperti tongkat ali, kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana bahan-bahan itu mahal dan sukar untuk diperoleh.

SUMBER : Kosmo!

5 Lagu DANGDUT Yang DIHARAMKAN Kerana Tidak BERMORAL!

Umum sudah tahu penyanyi dangdut Indonesia sememangnya terkenal dengan penampilan seksi serta dengan tarian goyang gerudi mengghairahkan, namun itu sudah adalah perkara biasa dalam muzik dangdut.

Walaupun begitu, ada juga lagu-lagu dangdut yang diharamkan oleh Suruhanjaya Penyiaran Indonesia berikutan lirik-lirik lagu tersebut mempunyai unsur-unsur lucah dan seks.

Berikut merupakan lagu-lagu dangdut yang diharamkan di Indonesia berikutan liriknya yang dikatakan tidak bermoral.

Paling Suka 69, Julia Perez



Ratu kontroversi Indonesia, Julia Perez atau lebih mesra dengan panggilan Jupe ini sememangnya mempunyai penampilan yang seksi. Oleh itu, tidak hairanlah lagu-lagunya ada kalanya jika diamati betul-betul mempunyai bait-bait berunsur lucah. Lagu "Paling Suka 69" merupakan lagu yang diharamkan. Dengar sendiri lagu ini dan anda akan tahu mengapa lagu ini diharamkan.

Mobil Bergoyang, Lia MJ ft Asep Rumpi






























Dari judul lagu ini sahaja anda pasti sudah dapat menjangka lagu ini mengenai kisah apa. Lagu ini diharamkan kerana mengandungi lirik mengenai seorang gadis liar yang tidak memerlukan bilik hotel mahal untuk melampiaskan nafsunya, tetapi cukup hanya di dalam kereta sahaja.

Hamil Duluan, Tuty Wibowo




Judul lagi ini sendiri dengan terang lagi jelas mengisahkan tentang pasangan kekasih yang belum bernikah melakukan hubungan seks sehingga menyebabkan si gadis mengandung. Apa yang menjadi persoalan adalah apakah tujuan lagu ini dihasilkan? Hanya penulis lirik dan pencipta lagu ini sahaja yang tahu.

Cinta Satu Malam, Melinda




Lagu ini mengisahkan tentang si gadis yang terkenang dengan "Cinta Satu Malam" atau terkenang dengan hubungan seks yang dilakukannya bersama pasangannya.

Pengen Dibolongi, Aan Anisa





Judul lagu ini sahaja sudah menggambarkan individu dalam lagu ini seperti kemaruk s3ks.