Tuesday, 28 April 2015

WOW! 18 Idea Dan Kretiviti War Base Clash Of Clan Yang Sangat Unik Dan Melucukan!

18 Rekaan War Based Clash Of Clan Yang Lain Daripada Yang Lain

Clash of clan adalah permainan perang menggunakan peranti tablet/smartphone yang boleh didapati di Play Store / AppStore dan mendapat tempat sekarang di Malaysia malah di seluruh dunia... Penyususan tembok bagi menghalang serangan merupakan perkara yang membezakan dari satu pertahanan ke pertahanan yang lain.

Jadi jom kita selongkar kreativiti yang terhasil daripada penyusunan war based Clash of Clan ni...ada war based pikachu, ada war based tengkorak, war based mario dan macam-macam lagi...

http://selongkar10.blogspot.com/2015/03/18-rekaan-war-based-clash-of-clan-yang.html

http://selongkar10.blogspot.com/2015/03/18-rekaan-war-based-clash-of-clan-yang.html

http://selongkar10.blogspot.com/2015/03/18-rekaan-war-based-clash-of-clan-yang.html

http://selongkar10.blogspot.com/2015/03/18-rekaan-war-based-clash-of-clan-yang.html

http://selongkar10.blogspot.com/2015/03/18-rekaan-war-based-clash-of-clan-yang.html

http://selongkar10.blogspot.com/2015/03/18-rekaan-war-based-clash-of-clan-yang.html

http://selongkar10.blogspot.com/2015/03/18-rekaan-war-based-clash-of-clan-yang.html

http://selongkar10.blogspot.com/2015/03/18-rekaan-war-based-clash-of-clan-yang.html

http://selongkar10.blogspot.com/2015/03/18-rekaan-war-based-clash-of-clan-yang.html

http://selongkar10.blogspot.com/2015/03/18-rekaan-war-based-clash-of-clan-yang.html

http://selongkar10.blogspot.com/2015/03/18-rekaan-war-based-clash-of-clan-yang.html

http://selongkar10.blogspot.com/2015/03/18-rekaan-war-based-clash-of-clan-yang.html

http://selongkar10.blogspot.com/2015/03/18-rekaan-war-based-clash-of-clan-yang.html

http://selongkar10.blogspot.com/2015/03/18-rekaan-war-based-clash-of-clan-yang.html

http://selongkar10.blogspot.com/2015/03/18-rekaan-war-based-clash-of-clan-yang.html

http://selongkar10.blogspot.com/2015/03/18-rekaan-war-based-clash-of-clan-yang.html

http://selongkar10.blogspot.com/2015/03/18-rekaan-war-based-clash-of-clan-yang.html

http://selongkar10.blogspot.com/2015/03/18-rekaan-war-based-clash-of-clan-yang.html

Woww.. Kreatif nya.. tapi kalau buat macam tu untuk war memang sah sah kalah sebelum bertanding... sebab smua bom & meriam diletakkan di tepi.. ;)

SERAM! Ini Tempat Paling Berhantu & Dikatakan Paling Keras Di Malaysia

13 Tempat Paling Berhantu & Dikatakan Paling Keras Di Malaysia


Sebenarnya banyak lagi tempat yang dianggap keras atau berhantu di Malaysia ini, hanya orang-orang yang pernah merasainya tahu akan kisahnya, sini ada 13 tempat dianggap paling berhantu di Malaysia..yang mana satu paling seram ??!!

1. Highland Tower – Kuala Lumpur


Suatu masa dahulu merupakan sebuah apartment mewah yang didiami oleh pelbagai lapisan masyarakat.Satu tragedi runtuhan telah meragut puluhan nyawa. Hanya segelintir saja mayat yg di jumpai. Selebihnya masih terkubur di sana

2. Banglo Mona Fandey


Banglo yang pernah didiami oleh seorang artis tidak terkenal tanah air yang juga merupakan seorang Bomoh. Beliau dan suaminya serta seorang pembantunya telah terlibat dalam satu kes pembunuhan di Temerloh, Pahang yang telah menggemparkan dunia.

3. Kemayan City – Johor Bahru


Sebuah komplek membeli belah yang terbengkalai sejak sekian lama.Adalah dipercayai komplek tersebut telah menjadi tempat kediaman pelbagai makhluk halus.

4. Lebuhraya Karak


Kita pernah digemparkan dengan cerita kehadiran sebuah kereta Volkswagon berwarna kuning tanpa pemandu yang sering menakutkan pengguna lebuhraya ini. Kawasan terowong ini juga seringkali mengakibatkan kemalangan yang meragut banyak nyawa.

5. Villa Nabila – Johor Bahru


Pada suatu masa dahulu, Johor Bahru di gemparkan dengan satu kes pembunuhan di sebuah villa. Sejak dari saat itu, banyak penemuan-penemuan mistik telah terjadi di sekitar kawasan tersebut. Banyak juga kisah versi lain berkaitan villa ini

6. Amber Apartment – Genting Highland


Sebuah apartment usang yang sering kali meninggalkan mimpi ngeri buat pengunjung di sana. Di sebalik kemeriahan dan keceriaan kota keriangan tersebut, tersimpan beberapa kisah hitam mengenai tempat ini. Beberapa pengunjung pernah melihat kelibat manusia membunuh diri dari tingkap bangunan dan hilang apabila sampai ke tanah. Banyak lagi kisah seram mengenai tempat ini.

7. Simpang – T Georgetown – Pulau Pinang


Lebih dikenali sebagai Junction The Deadly terletak bersebelahan dengan Union High School.Mungkin kerana terlalu banyak kemalangan misteri yang berlaku di kawasan ini terutama ketika memandu secara bersendirian pada waktu malam. Dikatakan juga terdapat sebatang pokok kecil yang kelihatan seperti wanita membawa kanak-kanak. Kononnya ia terjadi apabila seorang bomoh wanita menculik anak kakaknya dan mereka tidak lagi pernah muncul di mana-mana kecuali di jalan ini.

8. Institusi St. Michael – Ipoh


Pada zaman dunia ke 2, sekolah ini telah digunakan oleh tentera Jepun sebagai ibu pejabat mereka. Pada ketika itu tentera Jepun sering menggunakan sekolah ini untuk mejalankan aktiviti penyiksaan terhadap tawanan perang. Terdapat juga banyak terowong-terowong yang dibina oleh tentera Jepun untuk tujuan penyiksaan dan penyimpanan makanan. Kawasan paling berhantu di sekolah ini ialah di gereja kecil yang terletak di sekolah ini, di mana sering kelihatan seorang mubaligh kristian berjubah hitam tanpa kepala duduk berdoa menghadap ke pintu pada waktu pagi. Kebanyakan orang yang pernah melihat merahsiakan perkara ini.

9. Malay College Kuala Kangsar (MCKK) , Kuala Kangsar – Perak


Seperti Institusi St Michael, MCKK juga pernah dijadikan markas tentera pada zaman pendudukan Jepun dahlu. Pelar-pelajar di sini sering melihat kejadian-kejadian seperti sepasukan tentera Jepun sedang berkawad dan juga mendengan bunyi rantai yang diheret sepanjang koridor.Terdapat juga sebatang pokok yang berdekatan dengan lampu dimana pelajar sering melihat bayangan seperti ada orang di gantung di pokok berkenaan.

10. Victoria Intitution – Kuala Lumpur


Kawasan ini merupakan satu kawasan sekolah bagi kanak-kanak lelaki. Semasa pendudukan Jepun, ramai askar-askar British disiksa dan dibunuh di sekolah ini terutama di ruang bawah tanah. Banyak kejadian kerasukan di mana para pelajar akan berkelakuan pelik dan ganas yang boleh mencederakan orang di sekelilingnya. Ini dikaitkan dengan banyak roh yang berkeliaran dikawasan tersebut.

11. Bukit Tungku – Kuala Lumpur


Satu kawasan menyeramkan walaupun ia merupakan kawasan perumahan paling elit di KL. Cerita misteri kawasan ini bermula apabila terdapat seorang pemuda meninggal dunia akibat kemalangan ketika sedang menunggang motosikal dengan laju di satu selekoh tajam.Terdapat juga vesi lain dalam cerita ini iaitu pemuda tersebut ghaib ketika menunggang motosikal dalam kawasan gelap. Mungkin sebab terdapat banyak pokok besar di kawasan ini yang menyebabkan timbul perasaan seram walaupun pada waktu siang.

12. Rumah ADO Menumbok – Sabah


Kawasan rumah ini dikatakan paling berhantu kerana tidak pernah ada satu orang pun ADO yang tinggal lebih dari seminggu dalam rumah tersebut.Sehinggakan rumah tersebut terbiar begitu sahaja.Bermacam-macam gangguan berlaku di rumah tersebut seperti penghuni di pindahkan ketika tidur selain bunyi yang menyeramkan.

13. Penjara Pudu


Tidak dapat disangkal lagi bahawa kawasan penjara pudu merupakan kawasan yang paling keras dan berhantu di Malaysia. Ini dibuktikan lagi bila hampir semua akhbar pernah melaporkan mengenai kejadian paranormal yang berlaku di kawasan Penjara Pudu. Kejadian-kejadian seperti gangguan lembaga hitam, wanita cantik yang berdiri di tengah lorong penjara dan macam-macam lagi gangguan bukan sahaja mengganggu banduan malah juga turut mengganggu pegawai penjara yang bertugas. Namun kini penjara yang pernah menempatkan penjenayah tegar seperti Botak Chin, Batang Kali dan lain-lain telah di robohkan untuk tujuan pembangunan.


Kenali 12 Tempat Dengan Nama Pelik Yang Sememangnya Wujud di Malaysia

12 Tempat Dengan Nama Pelik Yang Sememangnya Wujud di Malaysia

Sebenarnya di Malaysia terdapat beberapa tempat dengan nama yang begitu pelik dan jarang sekali kita dengar. Memetik dari perkongsian di sebuah blog, di bawah kami paparkan beberapa tempat dengan nama paling pelik di Malaysia, pelik tapi ia sememangnya benar-benar wujud di negara ini. Mungkin disebalik nama-nama tersebut ada kaitan dengan kisah, gaya kehidupan masyarakat setempat atau sejarahnya tersendiri yang kita tidak ketahui.. 

1. Kampung B0g3l, Terengganu


Walaupun Kampung B0g3l dekat Kampung La, Hulu Besut telah bertukar nama dengan panggilan Kampung Beliku sejak 20 tahun lalu, tetapi penduduk sekitar masih senang memanggil dengan panggilan lamanya. Peneroka asal kampung tersebut, Jusoh Mamat, 78, berkata dia tidak pasti mengapa kampung tersebut dikenali dengan nama itu kerana penduduk kampung memanggilnya sejak zaman arwah nenek moyangnya lagi. 

2. Batak Rabit, Perak


Batak Rabit ialah sebuah pekan kecil di daerah Hilir Perak di Perak, Malaysia. Pekan ini terletak berhampiran bandar Teluk Intan. Ia dinamakan sempena tentera upahan Batak yang datang dari Daerah Batak di Sumatera yang dibawa oleh Raja Laut semasa perang saudara Selangor sekitar tahun 1867 hingga 1874. Batak Rabit kini merupakan sebuah perkampungan nelayan kecil yang didominasi oleh kaum Batak Melayu yang asalnya dari Batak di Sumatera dan merupakan syurga bagi Udang Galah. 

3. Kampung Dada Kering, Pahang


Kampung ini dinamakan Dada Kering merujuk kepada tanah yang telah dilombong dan terbengkalai. Semenjak penutupan lombong, tapak-tapak perlombongan telah dipenuhi dengan air dan bertukar menjadi ladang air segar. Kampung ini pernah menjadi lombong emas, secara literal. Tetapi deposit emas dan rizab telah lama habis dan lombong telahpun ditutup. 

4. Desa Temu Jodoh, Johor 


Tempat ini dikatakan mendapat nama sempena majlis perkahwinan secara serentak membabitkan 24 pasangan suami isteri, yang kebanyakannya peserta Rancangan Tanah Muda kelolaan kerajaan negeri Johor.

Perkampungan ini dibuka kira-kira 30 tahun lalu dan ia dulu dikenali sebagai Rancangan Tanah Pemuda Kampung Sungai Lenek yang terletak 60 kilometer dari bandar Segamat dan 20 km dari daerah Yong Peng.

5. Kampung Imam Lapar, Terengganu


Ada sebuah kisah menceritakan, terdapat dua orang pedagang ke surau yang terletak di tepi tebing pengkalan berkenaan dan mendapati imam sedang khusyuk menghafaz al-Quran. Kemungkinan peristiwa itu diceritakan oleh pedagang itu kepada orang lain bahawa dia memberitahu imam, lapar tetapi imam itu terus ‘laper’ (menghafaz) al-Quran. 

6. Kampung Seronok, Pulau Pinang 


Seorang jurutera Inggeris, D.W Grehan, sering datang ke kampung ini dan berkesempatan menghadiri beberapa majlis keramaian pada setiap tahun. D.W. Grehan sungguh tertarik dengan cara hidup penduduk kampung ini dan aktiviti yang dijalankan. Beliau kemudian mencadangkan kampung ini dengan nama Kampung Seronok dalam tahun 1946 dan dipersetujui oleh orang kampung. 

7. Kampung Baru Jumpa, Sabah 


Kampung Baru Jumpa terletak kira-kira 25 kilometer dari pekan Tenom, yang sebahagian besarnya dihuni masyarakat etnik Lundayeh, kini merupakan sebuah kampung yang maju dan menjadi kampung contoh dan terkenal dengan hasil pertaniannya seperti padi, koko dan getah.

8. Kampung Atas Tol, Terengganu


Mengikut cerita orang-orang tua, penduduk di sini pada zaman tersebut tinggal di beberapa penempatan secara berkelompok, di pinggir tanah gersang yang terbentang luas, berpasir, tidak sesuai untuk tujuan bercucuk tanam dan sukar mendapatkan sumber air. Tanah gersang yang tidak bernama itu sekadar disebut ‘di atas itu’ atau ‘atas tu’ sahaja, lama kelamaan ia telah menjadi bahan percakapan dan akhirnya panggilan ‘ATAS TU’ atau ‘ATAS ITU’ disebut dengan Atas Tol pada 1924 semasa penasihat British yang pertama iaitu Humpreys memperkenalkan sistem daerah buat pertama kalinya.

 9. Mambang Di Awan, Perak 


Mengikut seorang pegawai Inggeris bernama George Maxwell, dia menyebut tempat tersebut sebagai Mambang Di Awan kerana tempat berkenaan terdapat seorang mambang atau bidadari yang turun dari Gunung Bujang Melaka. 

Ada juga yang mengatakan ia bermula dengan sekumpulan pelombong bijih timah yang telah bekerja keras sepanjang hari dan apabila mereka berehat, mereka ternampak bidadari di awan-awan kerana keletihan mereka, oleh itu, dapat disimpulkan bahawa nama Batang Tonggang kemudian menjadi Mambang Di Awan. 

10. Kota Sarang Semut, Kedah 


Kota Sarang Semut mengikut bahasa Langkasuka dipanggil “Kota Sereng Semut”. Menurut sumber dari pengkaji dan pegawai penyelidik muzium negeri Kedah, Tuan. Hj. Ismail Salleh berkata, ia tidak bersangkut paut dengan sarang semut. “Sereng” bermaksud askar tinggal manakala “semet” membawa maksud askar semua. Oleh itu pengertiannya ialah kota yang ditinggalkan oleh askar. 

11. Kampung Penajis, Negeri Sembilan 


Di DUN Kota dalam Parlimen Rembau terdapat satu tempat yang diberi nama Kampung Penajis. Menurut sejarah, nama asal kampung ini ialah Kampung Penajuh bersempena nama peneroka kampung ini iaitu Datuk Najuh. Ia turut dikenali dengan nama Kampung Penajeh. Dalam bahasa Sanskrit Tajeh berasal dari suku kata Taj yang bermaksud mahkota. Bekemungkinan juga Penajeh bermaksud orang yang memakai mahkota atau orang yang dimahkotakan (ditabalkan). 

12. Batang Melaka, Melaka 


Batang Melaka ialah sebuah mukim dalam daerah Jasin, negeri Melaka, Malaysia. Pekan Batang Melaka pula adalah sebuah pekan kecil yang sebahagian daripadanya dalam daerah Jasin negeri Melaka dan sebahagian lagi dalam daerah Tampin, Negeri Sembilan Batang Melaka terletak ditengah-tengah sempadan Melaka dan Negeri Sembilan di mana terdapat papan tanda memasuki negeri Melaka/Negeri Sembilan. Pekan ini boleh dikatakan seperti sebuah pekan koboi yang masih lagi tidak banyak berubah sejak dari tahun 1960’an.

Ini 10 Budaya Pentingkan Diri Sendiri Yang Selalu Sangat Korang Nampak Tapi Buat Tak Tahu Je!

10 Budaya Pentingkan Diri Sendiri Di Malaysia Yang Patut Dihindari

Orang Malaysia memang kebanyakannya terlalu pentingkan diri. Kita jarang fikir pasal orang lain. Apa2 pun kita akan utamakan diri kita dahulu, kemudian orang yang terdekat dengan kita. Kita langsung tak peduli pasal kesusahan dan masalah orang lain. Budaya mementingkan diri ini seolah2 sudah sebati dan menjadi budaya dalam jatidiri orang Malaysia.

1. Kita sudah lambat untuk ke tempat kerja, sekali trafik pulak sesak.  Kita terus buat barisan baru di lorong kecemasan dan potong orang lain. Ya memang kita sahaja yang lambat untuk ke tempat kerja, orang lain tak lambat.


2. Kita memandu di jalan utama dan tiba di sebuah simpang tiga.  Ada kereta dari simpang kiri hendak masuk ke jalan utama menunggu untuk kereta kita melepasinya dahulu sebelum dia keluar simpang. Rupa2nya kita nak belok ke kiri tapi tak bagi lampu signal. Ya memang lampu signal tu hanya untuk hiasan. 



3. Sedang memandu di lebuhraya, nampak ada lori di laluan kiri.  Ok kita potong lah kejap. Bila dah memotong, rasa malas pula nak tukar balik lane kiri, maka kita pun duduk jelah di laluan kanan dengan kelajuan 80km sejam. Datang kereta dari belakang dengan laju sambil bagi high beam. Kita buat kering je sambil merungut "Menggelabah la wei. Nak bawak laju2 nak ke mana je pun?", lalu kereta tersebut memotong kita dengan laluan kiri.

4. Sedang kita bergegas ke tempat kerja Ternampak sebuah motor tergelincir dan jatuh di bahu jalan. Kelihatan penunggang motor tersebut terbaring di atas jalanraya sambil merintih kesakitan. Kita tengok jam dan berfikir, "Alamak dah lambat dah ni, kalau aku berhenti tolong nanti, mesti nak kena tolong bawa dia ke hospital, nak kena tunggu lagi, nak kena uruskan macam2 lagi, mesti lambat sampai pejabat, nanti bos pula marah. Silap2 haribulan kena ambil cuti pula. Takpelah nanti ada lah tu orang lain tolong", fikir kita dan terus berlalu pergi.


5. Sampai di sebuah pasaraya, kita cari parking Pusing2 ada sebuah tempat letak kereta kosong yang agak jauh dari pintu masuk. Rasa jauh pula, kita pusing semula dan parking betul2 di depan pintu masuk di tempat parking OKU. Dalam hati kita, "Takde kot orang OKU nak pergi pasaraya time2 macam ni".



6. Pusing2 cari tempat letak kereta depan bank tapi takde parking kosong. 
Tengok depan ada parking kosong tapi jauh dalam 100 meter. Mengenangkan betapa malasnya kita nak berjalan, kita berhenti depan bank dan buat double parking, dengan alasan "Alah sekejap je ni, orang yang parking ni lama lagi kot".


7. Pergi ke stesyen Komuter atau LRT ah ramai yang menunggu. Bila Komuter datang, orang yang datang awal mula membentuk barisan. Kita yang datang lambat ni terus mencelah2 ke depan dengan harapan dapat tempat duduk. Orang lain tak dapat duduk takpe, janji kita dapat duduk.


8. Bila dah masuk ke dalam Komuter Nampak kerusi kosong bertulis "Khas untuk OKU/Warga Tua/Wanita Mengandung". Tengok kiri kanan, takde pun orang yang dinyatakan, so kita pun duduk kat situ. Nak bagi agar tak nampak bersalah, kita buat2 tidur.


9. Pergi ke hospital kerajaan
Tengok dah ramai orang. Ada bakul disediakan untuk pelawat/pesakit letakkan kad temujanji mereka. Pergi kat situ tengok dah ada 10 kad temujanji pesakit lain. Dalam kepala fikir kalau letak kat atas ni nanti mesti lambat kena panggil, so kita pun dengan bijaknya meletakkan kad temujanji kita di bawah sekali seolah2 kita orang yang pertama datang.



10. Terima jemputan jamuan makan
 Bila sampai, ternampak ada satay di meja buffet. Satay ni memang favorite ni, kalau beli kat luar satu cucuk dah 70 sen sekarang, rugi kalau ambil sikit. Maka kita pun ambil la 30 cucuk satu pinggan, tanpa memikirkan orang di belakang.


Ini baru sedikit contoh yang memang terlalu sangat biasa berlaku dalam kehidupan2 kita seharian. Ini baru dalam perkara2 asas seperti sikap kita atas jalanraya, pengangkutan awam, hospital, jamuan makan, belum lagi melibatkan perkara2 yang lebih besar seperti urusan pekerjaan, politik, perkara yang melibatkan kepentingan masyarakat dan lain2. Mungkin korang sendiri boleh bagi lagi banyak contoh yang menunjukkan betapa kita terlalu pentingkan diri sendiri dan tidak memikirkan pasal orang lain.

Semua orang ada masalah sendiri.
Semua orang juga ada urusan sendiri. 
Semua orang juga nak cepat.

Tapi janganlah jadi orang yang pentingkan diri seolah2 kita sahajalah yang paling ada masalah paling besar, urusan kita sahajalah yang paling penting melebihi urusan orang lain dan kita sahajalah yang perlu cepat.

Kenapa tak boleh jadikan sabar, tunggu giliran dan peduli dengan orang lain sebagai budaya dalam jati diri kita?