Monday, 23 March 2015

ADUHHH!! Ini Akibatnya Apabila Anda Terlupa Menukar Minyak Hitam Kereta!!!

Pemilik kereta mewah berjenama Audi TT ini telah memandu sejauh 83.263 batu ( 134.052 km ) dan sebelum memandu sejauh itu beliau terlupa untuk menukar minyak hitam dan apabila tiba untuk beliau menukar minyak hitam ada sesuatu yang MENGEJUTKAN telah berlaku di enjin kereta mewah beliau. Ini akibatnya kalau terlupa untuk menukar minyak hitam dalam tempoh yg lama. Saksikan gambar berikut :



This Is Why You Must Always Change Your Engine Oil


This Is Why You Must Always Change Your Engine Oil


This Is Why You Must Always Change Your Engine Oil

INFO KESIHATAN - Tahukah Anda SHISHA Lebih Bahaya Daripada ROKOK??

Dewasa ini jelas kelihatan bahawa penggunaan shisha sudah semakin menular di kalangan rakyat Malaysia terutamanya di kalangan anak-anak muda Melayu.

Premis yang menyediakan perkhidmatan menghisap shisha juga semakin berkembang ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan.

Saya ingin menyeru kepada kerajaan Malaysia supaya mengambil tindakan yang serius melalui media, jabatan kesihatan dan pihak berkuasa tempatan.

Langkah-langkah yang praktikal perlu diambil memandangkan gejala menghisap shisha ini sangat membahayakan kesihatan penggunanya, membebankan tugasan kakitangan kesihatan dan juga memberi kesan kepada ekonomi negara untuk merawat para penggunanya.



1. Shisha sebenarnya adalah 400 kali lebih merbahaya daripada rokok (WHO).

2. Shisha mengandungi karbon monoksida, nikotin dan tar dalam kepekatan yang tinggi (WHO).

3. Penghisap shisha biasanya akan menyedut sebanyak 50-200 kali bersamaan dengan 0.15 - 1.0 liter asap selama 20-80 minit (WHO).

4. Shisha adalah lebih merbahaya daripada menghisap sebanyak 102 batang rokok.

5. Shisha adalah punca kepada puluhan jenis penyakit seperti bronkitis, emphysema, kanser paru-paru dan lain-lain lagi.

Sumber: mazeermohamad.com

5 NEGARA TERKUAT Di Dunia Dalam Bidang PERTAHANAN - Adakah MALAYSIA Tersenarai?



Pertahanan merupakan tunggak kekuatan sesebuah negara bagi menjamin keselamatan dan keharmoian sesebuah negara. Namun pernahkah kita tahu negara manakah yang mempunyai pertahanan terkuat di dunia?
Negara-negara kuasa besar terus berlumba-lumba mengukuhkan kedudukan mereka dengan memperkuatkan pasukan tentera mereka sama ada daripada segi persenjataan dan kelengkapan tentera, mahupun daripada segi bilangan anggota yang terlatih dalam semua bidang. Sebenarnya agak sukar untuk menentukan negara mana yang mendahului senarai dalam perlumbaan senjata di dunia pada masa ini.
Menurut senarai yang dikeluarkan Global Firepower (GFP), penyedia data terkini kuasa ketenteraan dunia, tanpa mengambil kira kekuatan nuklear yang dimiliki sesebuah negara, Amerika Syarikat (AS) berada di kedudukan teratas negara paling kuat daripada segi ketenteraan pada masa ini.
Kelebihan Amerika ternyata didorong oleh sumber kewangan negara itu sendiri. Amerika dilaporkan memperuntukkan kira-kira AS$689 bilion (RM2.2 trilion) sebagai bajet pertahanan negara itulebih tinggi berbanding negara kuasa-kuasa besar yang lain.
Faktor itu memungkinkan AS untuk memiliki sekurang-kurangnya 8,235 kereta kebal dan 15,293 buah pesawat dan 6,665 helikopter.
5 Negara Terkuat Di Dunia Dalam Bidang Petahanan. Menurut senarai yang dikeluarkan Global Firepower (GFP), penyedia data terkini kuasa ketenteraan dunia,
Aset itu bagaimanapun tidak termasuk kira-kira 10 buah kapal pengangkut pesawat yang memudahkan AS menggerakkan askarnya ke mana-mana negara di seluruh dunia dengan diiringi 71 kapal selam.
Namun, jika diambil kira daripada segi sumber tenaga, AS hanya mempunyai kira-kira 1.4 juta askar aktif, lebih kecil dibandingkan dengan China yang mempunyai sebanyak 2.2 juta askar aktif.
Malah, China dilihat mampu muncul sebagai kuasa tentera baharu dunia selepas data yang dikeluarkan GFP menunjukkan negara itu memperuntukkan sejumlah AS$129 bilion (RM422 bilion) untuk bajet pertahanannya, lebih kecil berbanding Rusia, United Kingdom dan Perancis.
Bagaimanapun secara realitinya, kekuatan sesebuah negara pada zaman moden ini turut diukur dengan jumlah senjata nuklear yang dimiliki mereka.
Dalam aspek ini, Rusia dilaporkan mendahului negara kuasa besar lain diikuti AS, China, United Kingdom dan Perancis yang merupakan negara yang menyertai Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT).
Menurut statistik yang diperolehi BBC, Rusia mempunyai sebanyak 10,000 peledak nuklear, diikuti AS (8,500 unit), China (240), UK (225) dan Perancis (300).
Negara-negara kuasa besar dunia itu turut dilapor memiliki peluru berpandu balistik jarak jauh yang mampu sampai pada jarak yang mampu merentas antara benua.
Rusia dengan peluru berpandu SS-18 Satan dilaporkan mampu mencapai jarak sejauh 16,000 kilometer (km) diikuti China dengan (DF-5A) yang mampu sampai pada jarak 13,000 km, diikuti Amerika dengan Trident D5 yang mampu sampai pada jarak 11,300km.
Agak-agak Malaysia di tempat yang ke berapa ya?

Kebenaran Sebenar I-City Shah Alam Yang Korang Puja Selama Ini Terbongkar!!



Pengalaman seorang tentang i-city shah alam yang menjadi pujaan orang ramai. Baca kisah lelaki ini..

I-City, bertukarlah kau jadi kebun kelapa sawit….
Aku marah dan aku tak boleh tidur. Aku sampai I-City pukul 9 malam, dan aku pulang pukul 11.30 malam. Selama 2 jam setengah, adalah masa masa yang aku menyirap, aku menggeleng, aku merenung tajam, dam aku luka jiwa raga.
Aku kena main dan aku kena tipu.
Pakcik dan makcik dari kampung juga ditindas, dan ditipu secara professional. Dirompak duit poket mereka secara ‘as per term and condition’, juga yang paling memilukan..dibunuh harapan dan kegembiraan mereka dengan begitu saja.
Ya. Aku rasakan, aku dikenakan harga yang tidak patut untuk secebis keseronokan keluarga yang tak setara mana. Lagi pedih, bila kumpulan manusia yang ramai berpusu ke situ terdiri dari kumpulan pakcik makcik dari Kokdiang, Gua Musang, Felda Chenor, Padang Melangit dan Mersing. Mereka ini membawa ahli keluarga, anak anak kecil, sanak saudara dan mungkin anak anak jiran yang teringin menumpang bercuti ke kota. Mereka ini, dari riaknya..bukanlah semuanya berpangkat pegawai, jauh sekali memiliki harta berjuta, mereka ini semuanya rakyat marhein, yang bercita nak mengembirakan keluarga dengan membawa mereka berjalan ke sini, ke I-City.
 Sebelum aku teruskan, mungkin aku boleh katakan yang i-City ni dibuat untuk pelancongan domestik. I-City pada telahan awal aku adalah tempat rakyat jelata menikmati keseronokan, dengan maksud, kerajaan (samada pusat atau negeri) atau syarikat yang menyelenggara mengenakan caj yang berpatutan dan tidak misleading. Sebaliknya aku salah, pakcik makcik juga salah. i-City rupanya bercita cita besar untuk memebelikan kereta Ferrari spider untuk setiap ahli lembaga pengarahnya.
 Mari aku ceritakan celakanya.
 Yuran entry, selepas 7pm, RM10 . Ini aku boleh terima. Normal dan tiada yang aneh.
Ok sekarang, tempat paling attractive di I-City, namaya SNOWALK. Idea SNOWALK ni nak bagi rakyat Malaysia merasa hidup di Iceland.
Nak masuk sorang kena bayar dalam RM35-40 dewasa . Aku masuk ber empat semua sekali RM120. Ini pun, aku boleh terima lagi masa bayar sebab aku syak mestila SNOWALK ni power betul, boleh imitate almost exactly Iceland, atau Alps setidaknya. So RM120, setel..ready to rock in!.
Wooo..bila aku dah masuk, rupanya kena rilek dulu, kena ambil jaket (ini masuk pakej, mujur). Lagi, yang pakai selipar, kena sewa kasut, beli stoking, beli sarung tangan (sewa ke beli atau dah tak peduli sebab masa ni aku mula menyirap). Aku cakap pada fateem, faseeh dan cikgu, kita masuk je dengan kasut yang sedia ada. Walaupun subconscious mind aku tahu yang kasut si fateem dan faseeh ni tak boleh bertahan dalam cuaca Iceland, tapi hati aku yang memberontak ni menghalang dari pegi sewa atau beli. Bukan sebab aku berkira, atau aku kedekut, tapi aku fikir..kalau I-City tahu stoking, sarung tangan dengan kasut Pua Chu Kang ni adalah dresscode sewajarnya, kenapa kau tak caj aku RM200 awal awal tadi? lepastu kau bagi aku kasut, stoking dengan sarung tangan terus, nampak tak sekarang? kalau aku dah bayar sekali, lepastu aku kena bayar lagi dan lagi, itu pada aku adalah perangkap dan penipuan.
Denga berat hati, aku dan ahli keluarga melangkah masuk, elok gaya nak masuk, brader jaga pintu spund cikgu, “handbeg tak boleh bawak masuk”. Aku balas balik dengan sabar,”handbeg nak kena letak mana?”. “Dalam locker kat sana”, brader ni balas tenang. Aku suruh cikgu pergi setelkan handbeg dia, dan teruskan bersabar. Selang beberapa minit, cikgu datang balik pada aku, lalu dia tanyakan benda yang bikin aku lagi menyirap, “ada duit kecik? locker tu kena bayar”. Dekat stage ni, aku geleng kepala. Aku dah tahu semua yang akan aku lalui lepas ni dalah mengkaya rayakan pemilik I-City, secara langsung membunuh jiwa aku dan pakcik makcik yang mengharapkan secebis gembira berjalan ke sini.
Dalam kabin SNOWALK, boleh aku simpulkan, macam kau duduk dalam peti ais tempat beku. Ada igloo, ada lampu lampu, ada sedikit gelongsor ais. Aku tak nak komen apa yang dia sajikan sebab mungkin itu idea sebenar I-City, tapi aku fikir they can do much more better. Dan bila aku marah, aku akan jadi detail, “is this the best they can offer?”. Aku mula nampak hal hal yang kacau fkiran aku, kenapa takde salji? kenapa takde paramedik standby kat luar kalau anak anak aku kena frostbite? kenapa kabin ni takde seni, kompressor aircond merata rata, beam beam dan structure bangunan obviously there, sebijik macam kau jalan kat carpark cuma bezanya kau sejuk. Kenapa jaket yang dia bagi ni zip rosak, butang rosak? kenapa tak banyak variety? kenapa tempat kecik?
Nampak, benda ni patutnya senang, tapi bila aku dah mula kacau bilau dari awal, semua aku tengok salah. dan yess memang overall SNOWALK sucks big time.
Aku keluar dari SNOWALK bila faseeh menangis sebab tak tahan sejuk ais banyak masuk dalam kasut dia. Bila aku sampai kat luar, aku tengok ramai yang menggigil sejuk, kasut yang sewa tadi semua bukak. kaki mereka aku tengok merah. Temperature terlebih sejuk ke aku tak tahu. Aku tak pernah pegi Iceland, Alps pun aku tak pernah pegi, aku tak tahu sejuknya macam mana. Lantaklah!
Aku cuba bertenang, dan melepak dekat patung zirafah. fateem dengan faseeh nak main keretapi, kapal dan wheel apa benda entah. Aku tengok kawasan permainan ni semua berkumpul di satu port. Dalam kepala aku fikir macam ni, aku beli tiket sekali masuk, say RM20 sorang, atau berapa berapa lah, lepastu boleh main freeflow. Pergi matiii dengan fkiran aku, I-City lagi pandai korek duit dengan menggadai perasaan kesian mak ayah pada anak anak.
Ada 6-8 jenis permainan, dia caj RM5/person untuk satu game. Ada 2-3 game yang RM10/person. Beli tiket pakai macam smartcard. Kiranya kalau baar RM50, pakaila kad tu sampai habis. Bodo anak aku 2 orang sekali naik keretapi yang pusing tak sampai 5 round, tak sampai 5 minit in fact, aku kena bayar RM10. (RM5/person). Itu yang RM5, yang game RM10 pulak, baraaii!. Setengah jam, RM50 gone. Come on what kind of pleasure the kids will have for half an hour?
Dalam hal ni, kau orang kena clear standpoint aku. Aku tak bercakap untuk aku saja. Aku bercakap untuk orang lain, yang mungkin bajet mereka lagi kurang tapi dah terperangkap. Apa yang terperangkap? Kau bagitau anak anak kau nak datang I-City, mereka happy, bila dah sampai..pehh ambik beratus nak kena keluar. Takkan dah kat situ kau nak cakap kat anak anak kau “Janganlah..mahal lah”.
yang aku cerita keretapi 5 minit tak sampai tu apply pada semua game. Aku rakam fateem dan faseeh naik keretapi tu exactly less than 4 minit.
Kau orang sabar. Aku belum habis lagi ni.
Berbalik pada hal permainan. Masa di kaunter, dekat depan kaunter, clearly stated “RM5/person” untuk game game yang disenaraikan. Macam aku bgtau tadi, ada setengah game” RM10/person”. Isu kedua timbul bila faseeh dinafikan hak untuk bermain kapal apa benda entah sebab tinggi dia tak lepas benchmark. Ohhhh yang ini aku betul betul fak!. Aku tarik faseeh keluar, sambil kepala aku cuba rasionalkan situasi. Exactly belakang faseeh, ada sorang budak perempuan, tinggi dia siiikiiittt je lagi nak sampai benchmark, terus budak lepas SPM yang jaga entrance reject suruh keluar. WOW! for God sake faseeh dan budak perempuan dah beratur 15 minit semata mata nak main, when they turn come, kau just suruh keluar sebab tak lepas height?
Ayah perempuan tu cuba slowtalk dengan budak jaga entrance, kesian aku tengok orang kampung sorang sini, kesian lagi aku tengok anak dia yang terkebil kebil tak dapat main. Sabar aku hilang bila budak yang jaga tadi jawab endah tak endah dengan ayah budak perempuan tu. Sabar aku diakhiri dengan makian orang putih ditengah khalayak orang ramai. Aku tak boleh kontrol sebab aku kesian betul dekat faseeh, lagi aku kesian dekat budak perempuan yang terkecil kebil kecewa tu.
Aku ajak ayah budak tadi pergi kaunter. Sampai di kaunter aku bagitau yang “kenapa masa beli tiket you tak cakap budak budak ni ada height limit?”
Pehhh makwe kaunter tu bagi jawapan bijak,”Kat atas kan ada beritahu” sambil dia tunjuk kat atas dinding (kau kena dongak kalau nak baca satu satu) ada A4 beberapa keping yang beritahu game game yang ada height limit, dan Yes, font dia aku tengok macam font 14 atau paling besar 16.
Lalu aku khutbah pada dia, kenapa dekat depan kaunter ni tak tulis pulak? dan kenapa kau, sebagai penjual tiket yang tahu permainan ni semuanya untuk budak budak tak beritahu awal awal “encik, untuk game ni game game ni, budak bawah 120cm tak boleh main”, kenapa kau tak buat? kau harap orang baca benda info yang berselerak, dalam keadaan orang ramai, nak cepat, nak bagi budak budak seronok. Ni sama la macam jual buah Strawberry kat petaling street letak sigboard besar RM5. Mindtrick, sebab by default orang ingat sekilo RM5, orang tak banyak tanya terus mintak sekilo. Hahh ambik kau rupanya RM5 ni untuk 100gram. Tulisan 100gram ni kecik halus je dia letak tepi RM5. Memang ada point yang ko salah sebab tak teliti, tapi dalam masa yang sama, kau rasa kena tipu tak? sebab dalam keadaan sibuk, orang ramai berpusu, berapa kerat manusia je boleh bagi attention to detail?. Ini nama dia manipulation.
Dan akhir sekali, smartkad tu, kalau kau tak habis main, duit dalam tu banyak lagi, kau boleh refund RM5 sahaja. Maknanya, katala duit dalam tu ada lagi RM30, tapi anak kau dah mengamuk nak balik, atau tiba tiba dia sakit perut kena bawak ke hospital. Burnlah duit tu. Unless kalau kad tu boleh bawak balik dan esok kau datang lagi sambung pakai, itu aku tak tahu lah boleh ke tidak. Tapi berapa ramai pakcik makcik Kokdiang nak datang balik esoknya semata mata nak habiskan baki duit RM30?
Nampak tak macam mana orang kampung kena main?
Aku dah tak larat nak menulis. Lama dah aku tak menulis panja SEMBANG KENCANG…ng.
Kesimpulan yang aku boleh bagi;
Aku berharap, I-City ni, kau bertukarlah menjadi kebun kelapa sawit.
Pesan aku: I-City memang mahal…kalau kaya tak pe..kalau korang gaji biasa-biasa je, better jangan masuk snowalk tu..aku dah 3 kali pergi.dah tahu sangat..dah 1 tahun aku tak pergi..

PERCAYA ATAU TIDAK?? Ini BURGER Paling MAHAL Di Dunia Bernilai RM25,976!!


Sharjah (Emiriah Arab Bersatu): Satu hidangan burger mencipta rekod sebagai burger paling mahal di dunia apabila dijual pada harga mencecah AS$7,000 (RM25,976) dalam satu acara lelongan amal di sini, kelmarin.


Acara lelongan amal yang berlangsung di pusat beli-belah Dubai Mall di sini, itu dianjurkan bagi mengutip dana untuk sebuah pertubuhan mencegah kanser payudara, Pink Caravan.

Burger istimewa itu disediakan Pengerusi Jabatan Statistik dan Pembangunan Komuniti Sharjah, Sheikh Mohammed Bin Abdullah Al Thani juga duta Pink Caravan.
Hidangan burger paling mahal sebelum ini djual pada harga AS$5,000 (RM18,554) dalam satu acara lelongan di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Beberapa lagi duta pertubuhan itu dipecahkan kepada beberapa kumpulan untuk menyediakan hidangan burger mereka sebelum melelongkan kepada pembida.
Bagaimanapun, identiti pembida yang membeli hidangan burger paling mahal di dunia itu tidak didedahkan.

Jawatankuasa penganjur Pink Caravan mengumumkan bahawa aktiviti amal itu berjaya mengutip dana AS$19,650 (RM72,921).
Pengasas Pertubuhan Rakan Pesakit Kanser, Ameera Bin Karam berkata, beliau sangat bangga dengan sokongan yang diberikan penderma dan duta Pink Caravan pada program berkenaan.
“Tanpa sokongan mereka ini (penderma dan duta) Pink Caravan tidak dapat mencapai misi mereka,” katanya.

Menurutnya, Pink Caravan menyediakan beberapa pusat perubatan bergerak untuk menjalankan pemeriksaan terhadap wanita bagi mengesan tanda awal kanser payudara. - Agensi

WOW RESPECT!! Ini Bukti Bukan Semua Menteri Di Malaysia Hidup MEWAH!!


Apabila sebut menteri dari Sarawak, ramai yang beranggapan mereka adalah wakil rakyat kaya raya. Mungkin ada asasnya di situ kerana ramai pemimpin dari negeri bumi kenyalang tersebut memiliki kediaman yang besar-besar, kenderaan yang mewah-mewah.


Saya akui sering ditanya rakan-rakan mengenai ‘kemewahan’ Datuk Seri Rohani. Saya hanya mampu tersenyum kerana saya tahu masalah persepsi ini bukan mudah untuk diperjelaskan dengan ayat dan kata-kata. Pagi tadi saya berada di kediaman rasminya di Taman Sejoli, Kuching. Hanya rumah biasa yang dibelinya sejak 31 tahun lalu. 

Tidak ada pondok pengawal, hanya tiga buah kereta lama dan sebatang tiang bendera. Kenderaan Land Cruiser Ninja tu pun milik jabatan. Dalam tempoh itu YB Menteri yang memiliki Ijazah Sarjana (MBA) dari University Of Ohio, Athens, Amerika Syarikat itu hanya buat renovation tiga kali – itupun di bahagian porch dan dapur.

Dan di rumah inilah yang beliau akan tidur setiap kali pulang ke Kuching. Kami yg pegawai ni pulak beliau minta tinggal di Hilton atau Pullman…naik segan kami sheikhhh…

Jadi pada rakan-rakan yang bertanya di banglo mana dan di kawasan elit mana kediaman YB Datuk Seri Rohani Abd. Karim…lihatlah sendiri dan inilah jawabannya.

#‎integriti‬






Petikan: Facebook Syahril A. Kadir (Pegawai Khas Datuk Seri Rohani Abdul Karim – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)

Sunday, 22 March 2015

Kisah Benar Kehidupan Engineer Gaji Besar Tapi Hati Tak Tenang



Nukilan dari seorang pengguna Facebook menceritakan pengalaman hidupnya bergelumang dengan kerjaya sebagai seorang jurutera, walaupun bergaji besar tapi masih ada ‘sesuatu’ yang membuatkan kehidupannya kurang sempurna..

Ikuti sepenuhnya nukilan di bawah:

Terima kasih kepada saudara Fadzil Khairi kerana sudi memuatnaik nukilan ini.
Sy baru masuk kerja di tempat baru sebulan yg lalu bersama seorang lagi rakan setugas. Kami lapor diri pada tarikh yg sama. Cuma beza sy dengan dia adalah, dia jurutera elektrik merangkap executive dan sy pula seorang technician merangkap non executive. Gaji kami juga of course ler berbeza, dia RM 4k dan sy RM 4k dibahagi dgn 4.

Kami memang banyak perbezaan seperti bezanya buaya dengan cicak. Selama sebulan kami berada di tempat baru, sy banyak memerhati perubahan pada dirinya. Kalau awal-awal dahulu dia banyak tersenyum, bersemangat dan begitu exited memulakan kerja di tempat baru, kini dia banyak bermurung dan menyendiri di depan laptop. Waktu rehat pn masih di depan laptop menyiapkan report-reportnya yg semakin beranak pinak seolah-olah baru lepas makan pil kesuburan.

Baru-baru ini dia datang memanggil sy untuk mengopi. Kami berbual panjang. Dia bertanya sy, camana kerja. Sy menjawab, Alhamdulillah baik-baik shj. Sy mengopi paste soalan yg sama buat dia, dia menjawab ,” ntah la Dil, aku ni presure sebenarnya. Keja kat sini tough gila. Patutlaa depa bayar gaji tinggi. Aku da dekat sebulan balik rumah jam 8-9mlm. Paling awal jam 7 ptg. Client kat sini kejam2 belaka macam Joker filem Batman. Patutlaa enginer sebelum ni berenti. Eh ko kalau ada dengar tempat lain ada kosong, bagitau laa aku… aku lama2 kat cni blh kena tekanan mental” Aku menjawab, “insyaallah nnt sy rikki”.

Ya inilah kehidupan kebanyakan engineer, executive dan orang-orang yg bergaji besar. Jawatan ini dibayar gaji mahal bagi menanggung beban-beban ini. Jawatan ini memerlukan mental dan spritual yang kental seperti gunang Tahan yang ‘tahan’ dimaki, dicaci dan dikeji kalau buat silap. Waktu belajar dl pun pening kepala dan bila dah kerja pun kepala boleh jd migrain.

Dulu pn sy seorang engineer. Sy mempunyai 4 org sahabat baik sewaktu belajar. Kesemua blh dikatakan cemerlang semasa dalam pengajian kejuruteraan ini. Sekarang hanya seorang shj yg masih bertahan sebagai seorang engineer iaitu Hamidi Mohd Zin , engineer kilang besi di johor.

Dia kata kepalanya sekarang sudah seperti besi dan sedang mengushar lubang2 rezeki di tempat lain. Rakan2 sy yg lain hanya bertahan buat beberapa ketika menjadi engineer, kemudian masing2 telah mengubah profesyen dan ada yg menjadi cikgu tuisyen, peniaga online dan technician kilang cetak. Kesemua mereka ini sudah tidak mampu bertahan di dalam profesyen ‘anjingneer’.

Sy pula sempat bertahan utk beberapa tahun sebagai engineer bangunan. Ya, hati sy hati tisu, namun x lah seteruk hati sharnaaz dlm filem ‘suamiku en sotong’. Hati sy sempat bertahan seperti hati Hamidi si enginer kilang besi disebabkan beberapa faktor seperti sokongan isteri, anak2, hobi dan binatang peliharaan sy.

Binatang peliharaan? Ya. Ia mujarab menurunkan paras abnormal seorang jurutera. Dahulu untuk me’relis’kan tension yg ada di tempat kerja, sy membela beberapa ekor binatang seperti arnab jenis anggora, kura-kura, udang jenis lobster, hamster dan ikan.

Rumah sy tidak ubah seperti mini zoo dan selalu shj berperang dgn istri sy ketika mencuci kediaman binatang2 ini. Sy menghabiskan duit mencecah 1 ribu ringgit utk setup, maintanence dan membeli makanan binatang-binatang ini semata-mata utk menurunkan paras tekanan engineer di tempat kerja.
Setiap hari sy menghabiskan masa sekurang2nya 10 minit menatap binatang-binatang ini sebelum menyarung uniform engineer. 10 minit ini berupaya memberi ketahanan selama 9 jam +++ di pejabat. Balik rumah, sy memerlukan hampir sejam masa utk dihabiskan bersama binatang2 ini. Hobi ini sy ‘share’kan bersama anak2 sy.

Ya kanak2 sgt suka dgn binatang peliharaan. Kini anak bongsu sy, Ummu Athiyyah, 10 bulan sangat obses dgn ikan peliharaan sy. Sy ajarnya memegang ulat roti dan memberi ikan makan. Sy biarkan dia mengambil kesempatan bermain air aquarium sehingga bajunya basah lenjun. Seronok melihat anak kita enjoy dgn rutin hariannya yg lain sedikit dr kanak2 lain. Bila anak kita hepi, kita juga akan turut hepi dan paras abnormal seorang jurutera juga akan ikut menurun.

Benar naluri manusia inginkan ketenangan. Sapa yg sukakan tekanan? Cuma ramai yg memilih utk hidup tertekan semata2 utk memiliki gaji lebih di akhir bulan. Sebab tu Allah telah tulis formula mendapat hati yg tenang di dlm quran. Firman Allah yg maksudnya ” … Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang” ( surah Ar-Ra’d ; 28 )

Adakah kita tenang dgn kehidupan kita hari ini? Pekerjaan kita? Rumah tangga kita? Ibadah kita? Sy masih belum tenang sepenuhnya. Alangkah bahagianya org2 yg jiwanya sentiasa tenang.
Teringat kata2 almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, “bahagia bkn datang dr harta yg banyak, tetapi pada jiwa yg tenang. Tenang ini bukan boleh dibeli di market, tetapi ia datang dr Allah”.

Fadzil Khairi
15022015