Showing posts with label Lawak. Show all posts
Showing posts with label Lawak. Show all posts

Wednesday, 22 April 2015

Penyakit Facebook Yang Kini Dialami Oleh Setiap Insan!

Apakah ‘penyakit’ yang berlaku ketika anda melayari laman sosial paling popular di dunia iaitu Facebook?

Mungkin situasi di bawah ini mencerminkan realiti sebenar ketika anda melayari laman sosial tersebut, adakah anda pernah mengalami keadaan begini setiap kali memuatnaik status anda?

Yaaa… kami pun pernah alami perkara yang sama juga.. Tapi kalau ada dikalangan rakan FB anda yang mempunyai ramai Followers, Friends mungkin tak alami masalah begini agaknya… Sekadar santai….kahkahkah!

Terima kasih Satrika.My


Friday, 17 April 2015

FAKTA MENARIK! Perbezaan Hidup Sebelum Dan Selepas Berkahwin!

Memang tidak dinafikan, bila berkahwin hidup seseorang itu berubah. Bak kata Dato SM Salim, dulu lain sekarang lain. Apa yang lainnya?

Berkongsi sepenuhnya infografik dari blog Satrika.my, mungkin di bawah adalah contoh paling tepat perbezaan kehidupan sebelum dan selepas berkahwin…

 1. Asal nak lepak lama sikit, mesti ada call, mesej suruh balik umah.. lumrah lah kan..


2. Kehidupan berubah hampir 360 darjah selepas berkahwin


3. Sudah tentu!


4. Kalau wife anda suka masak+makan, teruskan makan pizza bersama isteri anda tu..


5. Sudah tentu, suami kena ingat setiap tarikh penting termasuklah tarikh wife anda bersalin nanti..


LAWAK PECAH PERUT!! Senarai Sarikata Bahasa Melayu Yang SANGAT KELAUT!!

Pernahkah kamu membeli DVD cetak rompak dan mendapati terjemahannya sangat lucu dan tak kena dengan maksud sebenar? Seperti filem Day After Tomorrow diterjemahkan menjadi Lusa.


Memetik sumber dari sebuah portal lawak satira [Disini] di bawah disenaraikan beberapa sarikata ‘ke laut’ yang pernah dijumpai:

1. Dialog:. Hi Baby..you look cute
Terjemahan lawak : Hai Bayi..awak nampak comel

2. Dialog: Aim..ready…Fire!!Fire!!
Terjemahan lawak: acu…sedia..api!!api!!

3. Dialog: Please help me get that contact lense
Terjemahan lawak: tolong ambilkan saya kanta perhubungan itu.

4. Dialog: Oh My God..Holy Shit!!
Terjemahan lawak : Oh Tuhan..Tahi suci!

5. Dialog : I dont give a damn about it..
Terjemahan lawak: aku tak beri celaka padanya

6. Dialog: Enemy in front… everybody duck!!
terjemahan lawak : Musuh di depan.. semua orang itik!

7. Tajuk Cerita: The day after tomorrow
Terjemahan lawak : Lusa

8. Dialog: The ghost is coming!! the ghost is coming !! get ready!!
Terjemahan lawak: momok datang..momok datang..siap sedia!

9. Dialong : This is ‘none of your business’
Terjemahan lawak : ini bukan syarikat anda

10. Tajuk Cerita: Mr.Bean’s holiday
Terjemahan lawak : Percutian encik kacang

11. Dialog : What the hell are you doing?
Terjemahan lawak: apa neraka yang kamu buat?

12. Dialog: Just plug and play..simple..
Terjemahan lawak : cuma cucuk dan main..mudah..

13. Dialog: Hand over that joystick to me
Terjemahan lawak: berikan aku kayu gembira itu.

14. Dialog: Are you Mr Parker?
Terjemahan lawak :Adakah awak Encik Letak Kereta?

15. Dialog: We’ve got company
Terjemahan lawak : Kami ada syarikat..

16. Dialog: wassup??..wassup.. bro?
Terjemahan lawak: apa di atas??..apa di atas bang?

17. Dialog: May I join you?
Terjemahan lawak :”Boleh saya sambung awak?”

18. Dialog : the male’s private part is missing!!
Terjemahan lawak : kawasan/tempat swasta lelaki ini hilang!!

19. Tajuk cerita: Die hard 4.0
Terjemahan lawak : mati keras 4.0

20. Dialog: I dont want to talk about it PerioD! PerioD! Period!
Terjemahan lawak :Saya tak mahu cakap lagi! Menstruasi! Menstruasi! Menstruasi

21. Dialog: this is my sister in law
Terjemahan lawak : inilah kakak dalam undang-undang saya

22. Dialog:Get the hell out of here!
Terjemahan lawak:- Ambil neraka keluar dari sini

23. Dialog: This is test in our life
Terjemahan lawak : Inilah peperiksaan dalam hidup kite

24. Dialog: You have another 30 seconds left
Terjemahan lawak:Kamu ada lagi 30 yang kedua tertinggal

35. Dialog: I was framed!!
terjemahan lawak : Saya telah dibingkaikan!!

Anda ada tak pengalaman ternampak sarikata yang lucu dan maksudnya ke laut?

Artikel sekadar santai…

Thursday, 16 April 2015

SERIUS PELIK! Lelaki Ini Mempunyai Hobi Bergambar Dengan Couple Yang Sedang Bercium!

Selalunya, lokasi-lokasi dengan pemandangan yang indah dan menarik akan menjadi tumpuan orang ramai untuk bergambar kenang-kenangan. Namun, bagi seorang lelaki ini, tidak kira ke mana dia berkunjung, dia akan bergambar bersama dengan pasangan yang sedang bercumbu dan memuatnaik fotonya di Instagram. Nak tengok apa rupa gambar yang dia ambil, meh usha kat bawah ni..













p/s: Macam ni punya hobi pun ada ka?? Adusss =,='



MISTERI! Ini Punca Kenapa Orang Tua-Tua Tak Bagi Main Dekat Pokok Pisang Bila Senja!!!

Kalau mengikut petua nasihat orang tua-tua, jangan sesekali main dekat luar bila dah dekat senja, nanti disorok dek syaitan..Tambah-tambah pulak dekat pokok pisang..Nak tahu kenapa, meh usha kat bawah ni..


Tak tahu la yang ni spesies lelaki ke wanita..Hahaha


p/s: Sekarang dah tahu kenapa kan..Hehehe =D