Wednesday, 31 December 2014

Subhanallah! Spesies Lalat yang Menetaskan Ulat Dalam Kulit Manusia

Gambar ini mungkin termasuk foto yang menjijikkan bagi anda, saya posting gambar ini dengan harapan dapat menambah khazanah pengetahuan buat anda sekalian, bahawa ternyata di luar sana ada hal-hal yang sama sekali baru buat kita dan tidak kita ketahui sama sekali.



Anda mungkin tidak pernah berfikir bahawa sebenarnya ada binatang sejenis lalat yang mampu bertelur di dalam kulit anda, telur tersebut kemudian menetas, menjadi ulat dan tumbuh di dalam kulit. Jenis lalat parasit ini adalah lalat hitam, serangga kecil ini mempunyai kebiasaan bertelur di dalam makhluk hidup lain termasuk di dalam kulit manusia.



Gambar-gambar di bawah ini menggambarkan tentang kebenaran berita tersebut, jika kita lihat dengan saksama akan terlihat sebagai pemandangan yang sangat menjijikkan. Mereka bertelur di kaki, tangan, kepala atau di mana saja yang mereka mahu


Tuesday, 30 December 2014

Punca Sebenar Pesawat Air Asia Indonesia.. Terhempas Kata Pakar Penerbangan..


JAKARTA - Semalam Pesawat AirAsia QZ8501 akhirnya berjaya dijumpai oleh pasukan pencari dan penyelamat SAR Indonesia. Jasad-jasad mangsa telah mula dibawa keluar daripada lokasi kemalangan. Namun setakat ini punca sebenar kejadian maih belum dijelaskan kerana puncanya akan terjawab melalui kotak hitam pesawat tersebut. 

Pengarang laman web penerbangan, airlineratings.com, Geoffrey Thomas bercakap kepada Portal berita Herald Sun percaya pesawat QZ8501 menghadapi cuaca buruk namun terbang terlalu perlahan untuk mengelak keadaan itu.

“Juruterbang-juruterbang yang saya temui percaya anak kapal pesawat QZ8501 cuba mengelak ribut dengan meningkatkan altitud namun mendapati mereka terbang terlalu perlahan dan mengurangkan keadaan pegun aerodinamik, keadaan hampir sama dalam kejadian pesawat Air France AF447 yang terhempas pada 2009,” jelasnya.

Thomas berkata, pesawat Airbus A320 itu terbang terlalu perlahan pada kelajuan kurang kira-kira 100 knot iaitu kira-kira 160 kilometer sejam berbanding kelajuan sepatutnya pada altitud ketika kejadian itu, satu perkara yang sangat berbahaya.

“Saya ada plot radar yang menunjukkan pesawat itu berada pada ketinggian 36,000 kaki dan pada kelajuan 353 knot, yang sepatutnya pesawat itu berada kelajuan kira-kira 453 knot.. jika perolehan radar adalah benar, QZ8501 terbang terlalu perlahan di altitud itu,” jelasnya.

Beliau berkata, keadaan itu tidak sepatutnya berlaku kepada pesawat canggih tersebut jadi apa yang berlaku dilihat mempunyai kaitan dengan cuaca buruk.

“Pesawat mungkin terperangkap dalam satu pusaran angin atau sesuatu seumpama itu. Sesuatu yang menimbulkan masalah.

“Pada asasnya, pesawat itu terbang terlalu perlahan di altitud dengan tekanan udara rendah, dan sayap pesawat tidak akan menyokongnya pada kelajuan itu menyebabkan wujudnya keadaan pegun aerodinamik,” katanya.

Thomas menambah, walaupun pesawat itu canggih namun tidak dilengkapi sistem radar terkini.

Beliau berkata, radar digunakan pesawat itu adakalanya mempunyai masalah dalam ribut dan juruterbang mungkin ‘tertipu’ berhubung tahap ribut petir tersebut.

“Teknologi radar terkini yang digunakan Qantas pada 2002, boleh memberikan bacaan lebih baik berhubung ribut petir namun masih belum diluluskan untuk penggunaan pesawat Airbus 320,”katanya.

Walau apapun pendapat daripada Pakar Penerbangan atau Juruterbang pengalaman, punca sebenar Pesawat Air Asia Indonesia itu terhempas akan terungkai melalui kotak hitam pesawat tersebut. Takziah diucapkan kepada semua mangsa-mangsa yang terkorban.

Sumber: free malaysia today

Isu Banjir Di Negeri Kelantan... Pendedahan Menakutkan Dari Facebook RAJA SHAMRI !!!



perkongsian dibawah daripada wall raja shamri yang membantu mangsa banjir di Kelantan ikuti perkongsian beliau...

Saya sudah kering air mata hari ni... Maafkan saya lambat update.. Saya guna maxis takde line kat kuala krai... Team saya tadi terpecah 2... Dr hadi dan team pertama telah lepas ke dalam masih tak dapat contact... Last mesej baru terima tadi tentang betapa sukarnya mangsa2...

Saya dihalang oleh orang kampung utk meredah laluan air bersama team saya tadi bimbang kocakan air akan sebabkan rumah pecah dan rosak....

Ramai sangat yg datang nak membantu dan nak jadi tukang tengok... Takde pemantauan takde sistem takde sesiapa atau mana agensipun yg menyelia bantuan2 yg datang....

Saya berbual dgn askar yg ada di keroh tadi sekitar sepuluh orang katanya mereka dah cuba sedaya upaya semua jentera telah dikerahkan... Dalam hati saya sebak sgt sebab dia kata hanya ada dua bot dan mereka x mampu buat apa2... Dan mereka ada sekitar 10 orang di Kroh tadi dan mereka kata semua tenaga dan jentera telah dikerahkan... Reallyyyy??

Oklah... Whatever...

Team sukarelawan lain maklumkan dah ramai yg terkorban.. Kebanyakannya lemas...

Sekarang air di tanah merah jugak makin kritikal. Kuala krai masih hujan lebat sewaktu saya pecut utk cari line internet ni... Kuala krai sangat kritikal...

Bantulah kami..

Sekarang nak bawak bekalan makanan tak boleh... Tak cukup bot... Tak cukup jentera... Nak bawak mangsa yg terperangkap juga perlukan bot... Tadi saya lihat org kampung guna perahu kecik pergi hantar biskut dan air mineral lepas satu jam lebih datang balik...

Sampai bila???

Saya nak tunggu team dr hadi sampai. Saya nak susun jentera bantuan lagi...

Anda semua nak sertai saya????
Doakanlah.....


Sumber : beritahariann.org

Terkini Air Asia QZ8501: Sebanyak 40 Mangsa Maut Telah Ditemui


Kementerian Perhubungan Indonesia telah mengesahkan bahawa serpihan pesawat berwarna putih dan merah yang ditemui di perairan Pangkalan Bun Kalimantan Tengah adalah daripada pesawat AirAsia QZ8501.

Maklumat tersebut adalah dapatan daripada pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang melihat serpihan tersebut secara langsung.

Seorang pemandu pilot telah ternampak seperti objek di lautan dan membuat report tentang penemuan tersebut.

Ini antara petikan dari komen Ketua Pengarah Penerbangan:

"Pasukan SAR kami, iaitu pesawat Kalibrasi Kementerian Perhubungan melihat adanya serpihan pesawat berwarna putih dan merah di perairan Pangkalan Bun,"

Hasilnya, sebuah kapal perang Indonesia telah mengeluarkan lebih 40 mangsa yang maut dari laut di syaki dari Air Asia QZ8501.

Jurucakap tentera laut, Manahan Simorangkir berkata angka ini sedang meningkat. Ada juga jasad mangsa yang sedang berpegang tangan ketika ditemui terapung.

Ini katanya:

"Berdasarkan kepada radio tentera laut , dilaporkan bahawa kapal perang Bung Tomo telah membawa keluar 40 mayat dan jumlah itu semakin meningkat . Mereka sangat sibuk sekarang,"

Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa.








Sumber: hotlips-yuya

Monday, 29 December 2014

Kisah Malam Pertama Sepasang Suami Isteri


Kisah Malam Pertama Sepasang Suami Isteri | Di malam yang hening , merupakan malam pertama bagi sepasang suami isteri ini, malam penentuan pertarungan hak dan batil…malam yang dinanti2kan oleh sepasang mempelai yang baru hangat diraikan dalam majlis kenduri tengahari tadi.

Alam bagaikan mengerti , hujan rintik-rintik dan sejuk yang nyaman di perkampungan seperti ingin membasahkan kehangatan suami isteri malam ini.

Satu yang mengesankan ialah inilah kali pertama mereka bersua muka , menatap wajah pasangan dengan lebih dekat, menyentuh kulit mulus isteri yang dicintai dan inilah debaran malam pertama bagi mereka.

Sebelum ini , mereka tidak pernah sedekat ini , jika adapun bertemu di hadapan keluargamasing-masing , jika ada pun bertemu bersama kawan-kawan…tidak pernah mereka berjalan beriringan…tidak pernah mereka menjangka bahawa satu perkenalan , satu masa yang singkat terus membawa kepada jinjang pelamin…Alam pernikahan yang begitu asing bagi mereka.

Malam semakin larut….Si suami membasahkan tubuhnya…menyucikan diri , aneh?..bisik isterinya..di malam2 begini yang dingin mengapa perlu membasahkan tubuh?..lebih aneh selepas itu suaminya masuk ke bilik belakang yang kosong…agak lama…sehingga memaksa isterinya mengintip di celahan pintu bilik itu…Alangkah terkejutnya , suaminya seakin mati..kaku dengan gerakan sujud..dan terdengar esakan kecil…umpama merintih.

Dia tahu!, apa yang dilakukan oleh suaminya..dan dia akur…itulah Cinta suaminya yang sejati…dia tidak perlu cemburu dengan cinta itu…ataupun dia pernah berfikir walaupun segunung cintanya pada suaminya…tidak akan sama dengan cinta suaminya di bilik kosong itu..

Dia menunggu….berteleku di atas taburan bunga mawar diatas katil empuk itu.

Si suami keluar dan memandang tepat ke arah isterinya…isterinya menunduk malu..

Isteri : Mengapa awak pilih saya?

Suami : Kerana awak berniqab (memakai purdah)

Isteri : Ramai kan yang berniqab

Suami : Kerana Awak ada Agama

Isteri : Ramai kan yang ada Agama

Suami : Kerana Awak adalah Jodoh ketentuan dari Allah S.W.T

isteri kehabisan soalan…dia tahu jawapan itu tidak ada persoalan lagi.

Suami : Saya jumpa awak yang saya nampak hanya 2 biji mata, saya tak tahu wajah awak dan selepas itu saya terus tidak melihat wajah awak…tetapi saya melihat di rumah awak ..dihadapan ibu bapa awak ..ketika mereka menyaksikan hasrat saya untuk memiliki awak…dan ketika awak membuka niqab…saya tidak perlu tahu selanjutnya wajah awak kerana itu bukan tujuan utama saya memiliki awak.

Isteri : Saya tidak Cantik….

Suami : Baiklah beristerikan perempuan yang berkulit hitam , berbibir tebal…tetapi mempunyai Agama dalam dirinya adalah nikmat yang paling cantik , daripada memiliki isteri yang berkulit mulus , tetapi tiada agama dalam dirinya..tetapi jika cantik dan ada agama itu adalah anugerah Allah kepada saya.Tetapi adakah perempuan sedar ..mereka yang menampakkan kecantikan yang haram mereka dedahkan tetapi akhirnya mereka adalah bahan bakar di neraka kelak…Wana’uzubillah..

Isteri : Saya juga ingin cantik…

Suami : Sayang..kecantikan awak takkan kekal…awak akan dimakan usia..tetapi mahukah awak kekal cantik selamanya?

Isteri: Itu yang saya mahukan…

Suami : Mahukah awak menjadi secantik bidadari…malah lebih dari itu?

Isteri: Perempuan di dunia ini sehabisnya menyolek diri mereka umpama bidadari tetapi adakah mereka berjaya?

Suami : Ada Caranya…malah tidak perlu berhabis ribuan ringgit!

Isteri: Yakah..?, tunjukkan caranya!

Suami : Rasulullah pernah berkata “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”

Isteri : Saya Kurang faham… dimana alat-alat mekapnya?

Suami : Rasulullah pernah berkata ” Dari Anas bin Malik ra bahwa Rasulullah bersabda :

“Jika perempuan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.” (HR. Al-Bazaar).

Isteri : Bagaimana cantiknya saya di dalam syurga nanti?

Suami : Tolong ambilkan Al-Quran atas meja tu dan Tafsir Ibnu Kathir yang kawan awak hadiahkan tu …Awak ada wudukkah?

Isteri : Ada…nanti sekejap..

Suami : Lihat Surah Al-Waqiah , “Sesungguhnya kami akan ciptakan mereka secara langsung “. (ayat 35 ) , Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa wanita baik mereka itu tua atau tidak mereka akan dibangkitkan dengan ciptaan yang baru . Dalam keadan mereka itu muda dan perawan . Ini dikuatkan lagi dengan ayat yang berikutnya ” dan kami jadikan mereka itu gadis perawan ” (ayat 36)

Subhanallah


sumber

Lelaki-lelaki Jahat Yang Mengintai Anak Gadis Kita

“Lelaki-lelaki jahat yang mengintai anak gadis kita”

Beberapa hari lepas saya didatangi seorang ibu bersama anak gadisnya yang berumur 15 tahun, anak bongsu beliau.

Daripada riak mukanya saya tahu ini bukan kes biasa-biasa tentang haid yang tidak teratur.
Namun saya sengaja bertanya, datang sebab haid tak teratur ke?

Gambar Sekadar Hiasan

Wanita itu mungkin dalam lingkungan awal 50an. Bertudung hitam labuh. Malah anaknya juga datang dengan seragam sekolah agama dan tudung labuh hitam.

Dia kelihatan serba salah dan tidak tahu untuk memulakan kata.

Entahlah doktor, entahlah doktor, saya tak tahu nak kata apa, katanya berulang-ulang kali. Wajahnya seperti mahu menangis, dadanya kelihatan sesak dan dia sangat gelisah.
Lalu saya menerjah-mengandung ke anak Puan?

Selepas itu kata-katanya keluar bagai empangan pecah-tak dapat dibendung lagi.
Bermacam-macam cerita keluar dari tingkatan satu ke tingkatan 2 dan kini di tingkatan 3.
Berbagai juga kata-kata pedih ditujukan pada anaknya yang kini menundukkan kepala saja.
Bodoh. Tak faham bahasa. Kurang IQ.

Rupa-rupanya anaknya ditangkap tidak hadir ke sekolah, tetapi telah keluar bersama lelaki. Anaknya jua telah mengaku kepada guru bahawa beliau telah berzina.

Namun dia percaya anaknya tidak melakukan apa-apa. Tak sampai peringkat zina.

‘Dia tak tahu doktor. Dia tak faham. Mungkin sekadar sentuh-sentuh dia fikir sudah melakukan. Dia ni bukannya pandai.

Saya rasa dia tak buat doktor. Dia tak tahu..”

Saya minta wanita itu keluar dan saya bersemuka dengan anaknya.

Ternyata anak yang ‘tidak pandai’ ini telah melakukan zina sejak di Tingkatan 1-tanpa disedari ibubapa. Dengan ramai lelaki.

Berbagai bangsa.

Berbagai umur.

Dia tidak kelihatan seperti anak nakal dan liar. Dia kelihatan baik dan ya, mungkin sedikit naif-atau bodoh seperti kata ibunya.

Namun di sinilah lelaki-lelaki jahat mula memasukkan jarumnya.

Saya tanyakan bagaimana permulaannya. Saya tanyakan apakah beliau menonton video lucah.
Lalu dia menceritakan kepada saya awal mula penglibatannya menjadi seorang ‘pelacur’.

Tinggal di kawasan Kampung Pandan yang terdiri dari majoriti Melayu, lelaki jahat pertama yang membawanya mengenali dunia seks dalam keadaan akal dan jiwanya belum bersedia dan belum disediakan adalah seorang lelaki Indonesia. Bermula dengan mengajak menonton video lucah.

Pastinya didahulukan dengan kata-kata manis dan pujian. Hingga akhirnya mahu melakukannya dan sehingga merasa ketagihan.

Kemudian disambut oleh lelaki-lelaki jahat yang lain sambung menyambung sehingga yang terakhir ini.

Ada yang mengambil kesempatan merakam dirinya dan kemudian mengugut untuk menyebarkan videonya. Sehingga anak baik yang tidak tahu apa-apa ini terpaksa mencuri sejumlah wang ibubapanya untuk diberikan kepada lelaki tersebut.

Lelaki terakhir ini, sebelum perbuatannya diketahui adalah seorang lelaki berumur 30 tahun yang sudahpun ada 2 isteri.

Kata anak malang ini, –walaupun saya sudah tidak suka melakukannya, tetapi lelaki itu selalu merayunya sehingga dia merasa kasihan, lalu menurut kemahuan lelaki tersebut—–dapat saya bayangkan bagaimana lelaki jahat ini menggunakan kelebihan akalnya memanipulasi anak ini untuk memuaskan nafsu binatangnya.

Setelah saya kisahkan pada ibunya, longlai tubuhnya dan tersepuk dia di kerusi. Tidak disangkanya langsung anak bongsu manjanya telah jauh melangkah dalam keadaan dia sentiasa dalam ‘denial’- pura-pura tidak nampak atau tidak mahu percaya.

Pecah lagi empangan rasanya buat kali kedua. Menceritakan bagaimana sibuknya dia dan semua terletak atas bahunya. Anak yang ramai, ada yang punya masalah jiwa sedang dalam rawatan, anak dan menantu yang silih berganti bersalin dan beliau yang menjaga.

Tentang malunya sedangkan dia adalah ketua wanita di dalam sebuah NGO Islam. Suaminya pengerusi surau. Bagaimana dia merasakan tuntutan dakwah untuk menyampaikan kepada masyarakat.

Dalam kesibukannya, dia tidak sedar anaknya sedang mengalami perubahan hormon. Dada anaknya sudah memutik dan ada rasa yang tidak difahami dalam dirinya. Namun, dia tidak perasan itu semua. Baginya anak bongsunya ini masih ‘baby’.

Namun ada mata-mata liar yang perasan. Yang boleh menghidu naluri semulajadi remaja ini. Yang akalnya sudah masak dan matang.

Kita melihat anak kita sebagai baby, namun ada mata lelaki jahat yang melihatnya seperti kucing melihat hidangan menggiurkan di depan mata……yang melihat sampai ke dalam-dalamnya….baginya ini ada daging baru yang enak…

Lalu lelaki jahat ini akan memulakan jarumnya. Kenal-kenal dulu. Puji-puji. Minta nombor handphone. Memasang ayat-ayat….

Dan anak yang hidup dalam keluarga besar yang sentiasa sibuk ini, serta sudah dianggap tidak pandai ini, yang barangkali tidak pernah menerima pujian dari kedua ibubapanya, sangat mudah termakan pujuk rayu…dan selebihnya adalah sejarah…

Anak ini tidak jahat. Dia tidak liar. Dia lahir dari keluarga baik-baik , keluarga pendakwah.
Namun kerana adanya lelaki-lelaki jahat yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anak ini, dia menjadi mangsa.

Beberapa ingatan yang melintas di kepala sebagai peringatan buat ibubapa.

1. bila anak meningkat remaja – perhati-perhatikan dia. Dia ada keperluan/needs. Jadilah temannya. Bersembang dengannya.

2. Jangan mengutuk anak sendiri. Berilah pujian. Terutama bapa dan abang. Puaskan dia dengan pujian dari lelaki dari keluarganya, supaya dia tak layu lentok dengan pujian lelaki jahat. Ingat wahai bapa, kalau berat sangat mulut dan memuji, tangan berat sangat nak membelai, ada orang lain yang akan mengisi kekosongan itu nanti

3. Keterlaluan dalam kesibukan – walaupun untuk tujuan dakwah. Wahai ibu, tempatmu di rumah. Perhatikan dulu anak daramu sebelum kamu ingin berdakwah.

4. Pendidikan – berikan sedikit pendidikan seksual bila tiba masanya. Biarkan dia mendengar dari mulut kita bukan dari mulut gatal lelaki jahat. Terkadang kerana ‘soleh’nya kita, nak menyebut seks pun kita tak tersebut. Bahkan dalam program reproduksi pun ada yang tak senang bila diajar tentang alat reproduktif kepada kanak-kanak – tak sesuai katanya.

5. Anak-anak perlu diberi pendidikan dan tanggungjawab. Jangan jadikan dia ‘pets’. Yang kita manjakan dan belai-belai selalu tanpa kita beri didikan. Jangan sesekali menyangka anak kita tak akan melakukannya…….ia akan memberikan kita rasa selamat yang palsu.

6. Bila anak kita telah jadi anak dara, seolah-olah ada bauan atau haruman yang tersebar keluar dari rumah kita – lalu menarik banyak ‘bugs’. Fahamkan dia tentang nilai dirinya. Banyak anak gadis hari ini, termasuk anak gadis kita juga, kadang tergedik-gedik dihadapan kamera. Fahamilah wahai ibu, wanita itu seluruhnya adalah aurat. Sangat menarik perhatian. Sangat menggoda. Beritahulah pada anak kita. Tanamkan sifat malu pada dirinya.

Perbetulkan pakaiannya.
Jagalah dia.

Sedikit nukilan dan ibrah untuk dikongsi bersama.

Yang ada anak lelaki tolonglah ajarkan supaya menghormati perempuan, belas dan kasih padanya dan sentiasa melindunginya.

Ya Allah lindungilah anak-anak gadis kami!
—-
Dr Ariza Mohamed
Pakar O&G Hospital Pakar Ampang Puteri
AJK Wanita Ikram WP


Dipetik dari perkongsian Facebook: Muhammad Ooi

Ayah Emma Maembong Pandu Sendiri Lori Hantar Bantuan Ke Pantai Timur

Kini Trending
drivee
Bencana banjir yang menimpa semenanjung Malaysia terus mendapat perhatian selebriti tempatan yang turut serta melakukan pelbagai inisiatif bagi membantu mangsa yang terlibat. Kalau semalam kami ada kongsikan tentang bantuan yang diberikan oleh Fizo Omar, kali ini kekasih hati Zizan Razak, Emma Maembong turut membantu.
Ditemani oleh ahli keluarga dan kelab peminatnya, Emavengers, Emma mengambil keputusan untuk membeli barang keperluan di sebuah pasaraya di bandar Kuala Lumpur untuk disumbangkan kepada mangsa banjir.
Namun apa yang lebih menarik perhatian kami ialah ayah Emma, Ismail Embong mengambil keputusan untuk menghantar sendiri bantuan tersebut ke Pantai Timur. Kenapa ye agaknya?

Bimbang Bantuan Dimanipulasi

gunana
Sebenarnya ayah Emma bertindak sedemikian kerana bimbang kalau-kalau bantuan yang ingin disalurkan tidak sampai kepada mereka yang layak menerima. Malah Ismail Embong meluahkan rasa kurang senang dengan sikap segelintir manusia yang mengambil kesempatan terhadap bencana yang berlaku.
Jadi atas sebab itulah Ismail Embong drive sendiri lori yang membawa bantuan banjir daripada Emavengers. Walaupun dah berumur, namun berbekalkan kudrat dan semangat yang kuat, dia drive dari Kuala Lumpur ke Pantai Timur. Jauh tu der!

Bungkus Satu-Satu

bungg
Team Emavengers turut mengambil keputusan untuk membungkus bekalan makanan tersebut satu persatu agar mudah diagihkan. Senang cerita dalam satu plastik complete ada semua.

Sempat Berhenti Bergambar Tepi Jalan

pose2
Sepanjang perjalanan menuju ke Pantai Timur, Ismail Embong sempat beberapa kali berhenti di tepi jalan untuk bergambar. Gelagatnya yang melucukan itu turut mendapat perhatian rakan-rakan di Facebook. Malah ada yang berjenaka.
mail

Selamat Sampai Ke Destinasi

Menerusi perkongsiannya yang terakhir di Facebook pada malam tadi, Ismail Embong telah sampai ke destinasi yang dituju dan sempat mengagihkannya ke beberapa kawasan sekitar Gua Musang Kelantan. Memang steady la pakcik Mail ni! Tengok tu siap tolong angkat barang bawa turun daripada lori lagi.
turr
Untuk keyboard warriors dekat luar sana yang hanya pandai complain dan kutuk pertolongan orang lain, korang patut rasa malu dekat ayah Emma ini. Dah tua pun semangat lagi nak tolong. Takat sembang dekat Facebook, baik tak payah!
Sumber

Video Fizo Selfie Banjir Bergelak Ketawa Dikritik Peminat

Tokey burger yang berjaya Fizo Omar, membidas tindakan segelintir orang ramai yang mengkritik gambar dan video selfie nya ketika banjir.Dalam video selfie Fizo dilihat ceria gembira dengan bergelak ketawa dengan rakan-rakan bagaikan dalam pesta banjir.Bagaimanapun Fizo omar sebenarnya bertungkus-lumus membantu menyelamatkan yang terperangkap dalam rumah hingga jam 4 pagi.Dia juga memberi percuma stok daging dari stornya pada penduduk yang kelaparan.ko hader?


"Gambar selfie yang saya muat naik itu sebenarnya ingin menunjukkan keadaan di Kelantan ketika ini yang masih dalam keadaan membimbangkan dan bukannya ingin bermegah-megah.

"Apa sahaja yang kami buat selama beberapa hari ini adalah hanya kerana Allah, tidak lebih daripada itu. Apa yang boleh saya katakan, adalah lebih baik mereka mendoakan kesejahteraan mangsa banjir dan jangan keruhkan keadaan kerana ia tidak membawa sebarang makna," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Isnin.

Fizo ketika ini masih berada di Kota Bharu, Kelantan sebagai sukarelawan untuk membantu mengagihkan barangan bantuan kepada mangsa banjir yang terlibat di Kelantan.
Dalam pada itu, Fizo berkata, dia dan pasukan Hot Burgers Malaysia berada di Kelantan sejak Khamis lalu untuk mengagih-agihkan makanan dan barang keperluan lain kepada mangsa banjir.

Jelas Fizo, dia dan pasukannya menggunakan kenderaan pacuan empat roda untuk menghantar bantuan terus ke rumah mangsa yang masih terperangkap dan tidak sempat untuk diselamatkan.



"Ada yang masih terperangkap di rumah sejak banjir berlaku dan mereka ini menjadi tumpuan kami kerana kebanyakan daripada mereka sudah berhari-hari tidak makan kerana tidak boleh bergerak ke mana-mana.

"Alhamdulillah perjalanan kami untuk ke sana dipermudahkan dan kebetulan kami menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan membolehkan kami merentasi kawasan yang dinaiki air," katanya.

"Syukur Alhamdulillah masyarakat Malaysia memang amat prihatin dengan kejadian menimpa penduduk di negeri Pantai Timur dan pelbagai barang tiba di lapangan terbang untuk diagihkan.

"Atas sebab itu kami ambil keputusan untuk terus berada di sini sehingga keadaan beransur pulih dan membantu apa yang perlu," ujarnya.-mStar
A video posted by fizoomar (@fizoomar) on

Kami Sangka Ini Contengan Muka Yang Biasa. Setelah Lihat Gambar Ke-3, Mulut Kami Terbuka Lama...


Kenali Eloy Morales. Beliau adalah seniman Sepanyol yang terkenal dengan lukisan hyper-realistic. Lihat sahaja lukisan beliau dibawah, sekali pandang tentu anda fikir ia adalah gambar yang ditangkap menggunakan kamera bukan?
Morales mewarisi bakat ini daripada datuknya sendiri. Sejak dari kecil, beliau sanggup menemani datuknya berjam-jam lamanya untuk melihat apa yang datuknya hasilkan. Dan kini beliau adalah antara seniman terbilang yang mampu menghasilkan lukisan yang luar biasa.
Apa yang menakjubkan, beliau mampu menghasilkan lukisan hyper-realistic yang bersaiz besar hanya dalam masa sebulan!
Beliau telah dipaparkan di pelbagai galeri di Eropah dan beliau kini dalam persediaan untuk persembahan solo pertama beliau di Amerika Syarikat. Jika anda berminat untuk menjadi seperti beliau, anda boleh mengikuti kelas beliau di Sepanyol (hehe).
Sila ikuti Eloy Morales di facebook sekiranya anda ingin mengetahui lanjut tentang beliau.
tentang beliau.
gambar 1
ambar 3  gambar 2 gambar 5  gambar 7 gambar 8 gambar 9 gambar 10