\
Berkongsi kembali detik cemas kejadian itu, menurut Nur Syafiqa, dia bertindak melawan suspek yang merompak rumah keluarganya di Kampung Wakaf Berangan dekat sini Ahad lalu kerana suspek cuba mer0g0l dengan mengheretnya ke dalam sebuah bilik.
"Saya terpaksa tanggung kesakitan apabila ditoreh dengan pisau tajam sehingga berlumuran darah di atas katil sebuah bilik selepas suspek terbabit gagal dalam cubaan memperk0sa saya.
"Tindakan saya adalah untuk mempertahankan maruah dan kesucian diri. Saya bersyukur kerana terselamat," luah Nur Syafiqa yang masih trauma.
Dalam kejadian rompakan didalangi dua lelaki yang memakai topi keledar pukul 2 petang Ahad lalu itu, gadis tersebut terpaksa menerima hampir 30 jahitan selepas wajahnya ditoreh salah seorang suspek yang turut berjaya menyamun pelbagai barangan berharga lain bernilai RM10,000.
Ketika kejadian, selain Nur Syafiqa, ibu mangsa, Hat Tema Mat Zin, 58, dan adiknya, Nur Syafatini, 18, turut berada di dalam rumah.
Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, pihaknya sudah mengenal pasti kedua-dua suspek terbabit.
Sumber KOSMO
No comments:
Post a Comment