Biarpun telah 25 tahun menjadi aktor, termasuk beberapa filemnya mencapai kutipan 'box-office', namun ia masih belum cukup kuat memberi peluang buat Leonardo DiCaprio memenangi anugerah Oscar.
Malah pada Oscar 2014, DiCaprio sekali lagi terpaksa menelan kekecewaan apabila wataknya sebagai Jordan Belfort dalam filem The Wolf of Wall Street gagal memenangi kategori Pelakon Lelaki Terbaik. Sebaliknya, Matthew McConaughey berjaya membawa pulang trofi tersebut.
Bagaimanapun apa yang lucu, apabila ada pihak menjadikan ekspresi DiCaprio yang kelihatan mengharap dan kemudian kecewa sebagai bahan komedi berbentuk komik.
Menerusi gambar yang tersebar di media sosial, terlihat jelas wajah DiCaprio yang penuh mengharap pada mulanya, dan kemudian kelihatan kecewa selepas McConaughey diumumkan sebagai pemenang.
Bahkan menerusi beberapa teman rapat, mereka mengakui bahawa DiCaprio amat berharap untuk menang selepas dia beberapa memenangi anugerah setelah berjaya membawakan watak sebagai broker saham itu dengan baik.
No comments:
Post a Comment