KUALA LUMPUR – Kumpulan militan Islamic State (IS) di Syria dipercayai semakin agresif merekrut anggota baharu dari Malaysia terutamanya dalam kalangan gadis dengan menggunakan taktik menabur janji manis berkahwin.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan, pelampau IS menyasarkan golongan pelajar dan penuntut universiti yang bermasalah dalam pengajian atau keluarga sebagai mangsa untuk dijadikan pejuang IS.
“Mereka menjadikan beberapa laman sosial seperti Facebook dan Skype sebagai tempat berinteraksi serta cuba mempengaruhi mangsa dengan ideologi tertentu bagi menyertai kumpulan militan di Syria.
“Jika mereka bersama kumpulan itu, mereka akan dilatih dari segi ketenteraan bersama rakyat negara lain di sana.
“Militan IS menyasarkan mangsa berusia antara 15 dan 30 tahun dengan dakwaan untuk berjihad,” katanya ketika dihubungi semalam. - Kosmo!
No comments:
Post a Comment