Thursday, 5 February 2015

gambar dan berita terbaru Sharifah Haslinda



Khabar Terbaru



Sebelum Sharifah Shahirah dan Sharifah Sakinah mencipta nama dalam bidang seni, kakak mereka, Sharifah Haslinda terlebih dahulu menceburi bidang lakonan.
Namun, setelah mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli politik, Sharifah Haslinda atau lebih mesra dengan panggilan Lynn mengambil keputusan meninggalkan bidang seni. Kini, setelah 10 tahun menyepi, apakah khabar terbaru Lynn?
Menerusi temu bual bersama majalah WANITA, Lynn atau nama sebenarnya, Sharifah Norazleenda Syed Abu Bakar Alkhaired, 42, mengakui yang dia kini selesa menumpukan perhatian terhadap keluarga.
Isteri kepada ahli politik, Datuk Seri Reezal Merican ini juga merupakan ibu kepada lima orang cahaya mata.
Anak-anaknya, Alif Ronan, 15, Aiman Yaacob Merican, 8, Aaron Iskandar Shah Merican, 5, Aireen Ibtisam Alexandria, 3, dan Aireezlynn Humairah Azzahra, 2.


Lynn akui dengan bersangka baik, sentiasa berfikiran positif dan kurangkan stres adalah rahsia untuk awet muda.
Bisnes Gimnasium
Selain kehidupan berkeluarga, Lynn juga mengendalikan perniagaan gimnasium, Muayfit Fitness Mixed Martial Arts (MMA) Gym.
Gimnasium yang beroperasi di Damansara Perdana, Selangor ini diusahakan sejak Julai tahun lalu.
Kelahiran gimnasium tersebut bermakna Lynn adalah satu-satunya wanita yang memiliki gymnasium seumpama itu di negara ini.
“Sejak dari sekolah, saya memang suka segala yang berkaitan fitness. Minat yang mendalam ini secara tidak langsung mendorong saya membuka gimnasium sendiri.
“Bukan mudah untuk mengembangkan perniagaan seperti ini. Saya melakukan kaji selidik dengan pergi ke Phuket, Thailand, selama enam hari bagi mencari pelbagai maklumat mengenai sukan muay thai,” katanya.
Sokong Shahirah dan Sakinah
Satu ketika dulu, Lynn pernah membintangi beberapa buah filem termasuk Imigran (1993), Femina (1993), Azizah The Legend (1993) dan Sutera Putih (1996).


Bagi Lynn, anak-anak adalah sumber kekuatannya.
Lynn juga pernah membintangi beberapa buah drama TV termasuk Salina dan Harlina.
Meskipun tidak lagi aktif dalam bidang lakonan, namun Lynn tetap memberi sokongan kepada karier seni adik-adiknya.
“Kami sangat unite. Tidak ada kata-kata belakang mahupun berbalah. Setiap antara kami mempunyai perangai tersendiri.
“Kami kenal hati budi masing-masing. Biar banyak gosip liar yang dilemparkan kepada adik-adik saya, saya tahu dan lebih kenal mereka.
“Mana yang silap, saya akan tegur,” ujar Lynn yang merupakan penghias kulit hadapan majalah WANITA keluaran Februari ini.
Selain cerita mengenai penglibatannya dalam perniagaan gimnasium serta hubungan rapatnya dengan Shahirah dan Sakinah, ada banyak lagi kisah menarik mengenai Lynn yang dipaparkan oleh majalah WANITA.
Antaranya termasuk cabaran yang terpaksa ditempuhi sebagai seorang isteri VIP termasuk pendekatannya menangani situasi kontroversi.
Artikel menarik ini turut mendedahkan rahsia Lynn mengekalkan kecantikan dan kesihatan serta hobinya dalam sukan berkuda


No comments:

Post a Comment