Saturday, 31 January 2015

Selepas berselfie atau bergambar sila semak dulu sebelum upload.....bahaya wooo...haha









Wajah-wajah Terkini Waris Mahsuri Yang Sangat Cantik !!!


Ini adalah wajah terbaru keturunan ketujuh Mahsuri, Wan Aishah Nawawi. Wan Aishah masih nampak cantik walaupun mengenakan solekan tipis dan dia kini jua bertudung...


Dia berkahwin dengan jejaka pilihannya, Alee Tongyon kira-kira dua tahun lepas. Alee adalah seorang usahawan muda industri pelancongan. Alee merupakan rakan sekampung Wan Aishah sejak kecil...





Pasangan ini bagaimanapun mula rapat sejak Wan Aishah memasuki universiti dan mengikat tali pertunangan...


Wan Aishah, adalah anak sulung daripada dua beradik kepada pasangan Wan Nawawi Wan Hashim seorang pemandu tut-tut dan Sumaini Karim, pekerja hotel...


Genealogi :
Mahsuri
Wan Agim
Wan Hakay
Wan Hussein
Wan Hasheen / Chern Yayee
Wan Nawawi / Suwan Yayee
Wan Aishah / Sirintra Yayee

Ibunya Wan Sumaini binti Karim / Sunee Doomlak juga keturunan Mahsuri...

Wan Aishah menjadi idola rakyat Malaysia sekitar awal 90-an apabila kisahnya berjaya dijejak Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah yang kemudian disusuli Ekspedisi Melawat Phuket anjuran majalah Al-Islam pada 1998.
Ketika itu Wan Aishah baru berusia 12 tahun. Sejak itu berita mengenai penemuan waris generasi ketujuh Mahsuri itu tersebar luas terutama di Thailand dan Malaysia...

Penemuan Wan Aishah menamatkan sumpah Mahsuri ke atas Pulau Langkawi yang menjadi padang jarak padang tekukur sejak tujuh keturunan Mahsuri yang silam...

Ekoran penemuan itu, Utusan Melayu (M) Berhad mengambil daya usaha menjadikan Wan Aishah sebagai anak angkat dan mengatur beberapa program berkaitan sejarah moyangnya Mahsuri di Malaysia...
Antara yang paling menarik ialah Minggu Pengisahan Mahsuri di Pulau Langkawi yang mendapat sambutan hangat pelancong dalam dan luar negara...

Wan Aishah pernah melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tetapi cuma untuk tempoh setahun dan kembali menyambung pelajarannya di University of Bangkok dalam jurusan komunikasi...



sumber:sana ke sini

Friday, 30 January 2015

Manusia Tukar Rupa Jadi Anjing : Inilah manusia paling banggang !!!



Gambar dibawah menunjukkan seorang lelaki yang entah dari mana, membuat pembedahan nak letak muka anjing kat muka dia..

Jom tengok la sendiri proses pembedahan pertukaran manusia ini menjadi seekor anjing.



 







 sumber : bongokbetul.blogspot

Anak Sulung Awie Dedah Penipuan Terkini Rozana Misbun, Sedia Jadi Saksi


Puteri Aleeya Antasha merupakan anak sulung penyanyi Awie yang kini sedang naik turun mahkamah akibat kesnya bersama isteri Rozana Misbun.

Puteri Aleeya Antasha yang kini berusia 15 tahun telah terpanggil untuk menceritakan pengalamannya sendiri sewaktu tinggal dan hidup bersama ibu tirinya, Rozana Misbun.

Baru-baru ini, Rozana Misbun ada membuat kenyataan media apabila berjaya mendapat hak jagaan anak. Ini kenyatan dari Rozana Misbun: (temubual bersama mStar)

Kenyataan Rozana Misbun
Bagi anak gadis ini, kenyataan Rozana Misbun ternyata banyak penipuan dan dia sedia menjadi saksi untuk menceritakan kisah sebenar sekiranya diperlukan.

Ini pula kisah dari pengalaman sendiri Puteri Aleeya Antasha:

Kenyataan Puteri Aleeya
Untuk pengetahuan Puteri Aleeya Antasha merupakan anak sulung Awie bersama bekas isteri, Arni Nazira. Mereka bercerai pada 16 Oktober 2006 dan dikurniakan 2 anak perempuan Puteri Aleeya dan juga Puteri Aleefa.

Sumber: hotlips-yuya.blogspot.com


[9 Foto] Wajah sebenar isteri Rosyam Nor yang cantik menawan

Wajah sebenar isteri Rosyam Nor yang cantik menawan - Kehadiran pelakon tersohor Rosyam Nor dalam filem KL Gangster 2 dengan memegang peranan sebagai ketua kongsi gelap cukup membuatkan kami teruja untuk menantikan penayangan filem arahan Syamsul Yusuf itu pada 3 Oktober ini.

Digelar sebagai Tailong dalam filem berkenaan, populariti Rosyam sudah pastinya kembali melonjak naik selepas dua tahun menyepi dari menerima sebarang tawaran berlakon filem. Kini kehidupan peribadi penerbit itu turut sama kembali menjadi perhatian blog-blog hiburan serta para penulis cerita sensasi.

Antara perkara yang paling dicari orang ramai berkaitan diri Rosyam Nor ialah gambar-gambar isterinya yang dikatakan amat cantik, sopan dan masih muda. Cuba korang tengok dua keping gambar isteri Rosyam di bawah, cantik tak? Bagi kami, isteri penerbit Program Pilih Kasih itu memang sangat cantik.




Tahniah kepada Arniesha Azureen dan Mohd Hafiz kerana berjaya mendirikan 'masjid' dan syabas kepada Rosyam dan Runika kerana telah mempermudah pendirian 'masjid' ini.









Sumber: dsuarang.blogspot.com


Thursday, 29 January 2015

AKHIRNYA TERJAWAB..!! Punca Sebenar Hanez Suraya Percepatkan Akad Nikah



Pelakon Hanez Suraya mengesahkan akan bernikah 14 Mac ini di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Akad nikah Hanez atau nama sebenarnya Hanez Suraya Abdul Aziz dengan pasangannya, Romie Razin Adilha dilangsungkan pada sebelah pagi, manakala pada sebelah malamnya diadakan majlis berinai di kediaman keluarga beliau di Seremban.

Majlis menyambut menantu pula akan dilangsungkan pada 21 Mac di kediaman keluarga Romie di Andalas, Klang.

Seterusnya pasangan ini akan diraikan dalam satu majlis resepsi di Sime Darby Convention Centre pada 22 Mac.

Hanez dan Romie sebaik mungkin cuba mempercepatkan perkara baik ini. Pasangan ini bertunang 3 Januari lalu di Seremban.

Ikuti temubual Hanez dan Romie kepada BH Online baru-baru ini.

"Asalnya memang keluarga masing-masing memberikan tempoh enam bulan selepas bertunang untuk ke fasa perkahwinan. Tapi tempoh itu umpama syarat ketika rundingan keluarga diadakan.

"Hakikatnya keluarga mahu kami mempercepatkan ia ke bulan Mac.

"Cuma ketika itu masih belum ada tarikh tetap. Konsep majlis kahwin saya nanti serba sederhana dan paling penting jemputan yang datang pulang dengan gembira selain menjamu selera dengan makanan sedap," kata Hanez.

Menurut Hanez untuk majlis perkahwinannya nanti tiada tajaan besar daripada mana-mana pihak. Seperti biasa Hanez turut mahu mengabadikan hari bahagiannya dengan sentuhan jurusolek kesayangan seperti Chomel dan Syed Dewa.

"Yang ada tajaan pun hanya tajaan kecil seperti bahagian inai. Kami juga menggunakan khidmat perancang perkahwinan sendiri untuk setiap majlis yang akan berlangsung. Saya juga akan memakai baju kahwin rekaan antaranya seperti Wanpa dan KuntumbyNajeeb.

"Saat ini memang saya sibuk membuat persiapan kahwin. Boleh kata sudah hampir 80 peratus sudah boleh lepas tangan kepada perancang perkahwinan. Saya juga akan edarkan kad kahwin tak lama lagi sejurus siap urusan cetakan kad itu," katanya.

Hanez memberitahu ketika beliau sedang sibuk merencana hari bahagia, ada tawaran berlakon yang bertandang.

"Saya kena bincang elok-elok dengan pihak produksi kerana takut bertindan dengan tarikh perkahwinan," katanya - Berita Harian.

Sakitnya tuh disini mendegar suaramu...


Play Video Di Bawah:

Cara Anak Orang Kaya Malaysia Tarik Perhatian Instagram ..


KUALA LUMPUR: Ia mungkin dianggap satu berita yang menarik apabila golongan mewah atau kenamaan menonjolkan status mereka kepada seluruh dunia menerusi laman sosial mengenai harta yang dimiliki.
Pada minggu lalu, Malaysian Digest mendedahkan kisah kehidupan mewah remaja Tehran yang mendakwa diri mereka sebagai ‘Rich Kids Of Tehran' (Remaja Paling Kaya di Tehran).
Susulan sehari selepas itu, remaja negara ini juga tidak melepaskan peluang untuk menyatakan kepada dunia bahawa mereka juga adalah golongan elit sehingga mewujudkan satu akaun Instagram dikenali 'The Rich Kids Of Malaysia'.
Apa yang menarik perhatian, akaun itu telah mengumpul sejumlah lebih seribu pengikut dan mula mendapat perhatian ramai yang memberi peluang untuk pencalonan dan foto individu yang disifatkan sebagai kelas atasan akan disiarkan atau dimuat naik di laman sosial tersebut.
Bagaimanapun, timbul dakwaan mengatakan gambar-gambar yang dimuat naik di laman sosial tersebut ditampal tanpa kebenaran pemilik asal.
..
Malaysian Digest cuba menghubungi pemilik asal akaun tersebut untuk mendapatkan kepastian dan penjelasan tetapi gagal untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut.
Namun, menurut sumber, beliau melihat gambar teman rapat mereka di muat naik tanpa kerelaan pemilik.
“Saya tidak kisah sekiranya ada individu yang mencipta akaun seperti itu kerana saya memahami kehendak mereka yang mempunyai kelemahan jiwa untuk perkara seperti itu. Tetapi sekurang-kurang perlu dengan cara yang betul, bukan?
“Lebih buruk lagi adalah apabila saya melihat gambar teman-teman saya (sama ada kaya atau tidak, ia bukan persoalannya) dimuat naik dan jelas mereka tidak mengetahui tentang perkara itu,” katanya.
Susulan ia menjadi viral di laman sosial semalam, pemilik akaun yang kononnya mencipta akaun tersebut hanya mahu berseronok telah mengeluarkan kenyataan di laman Instagram itu.
“Kepada pemilik gambar, sila DM (mesej peribadi), Tweet atau e-mel saya jika anda mahu saya mengeluarkan gambar-gambar anda. Saya menghormati keprihatinan anda,” katanya.
.
Walaupun mendapat kritikan dan kecaman ekoran tindakan pemilik asal akaun itu, dia bagaimanapun cuba bertindak positif dan ‘menyerang’ kembali mereka yang mengkritiknya dengan menyatakan ramai pemilik asal gambar yang dimuat naik berterima kasih kepadanya.
“Saya juga menerima mesej ucapan terima kasih kerana memuat naik gambar mereka.
“Seperti yang saya sebutkan sebelum ini, saya menghormati setiap permintaan untuk memadamkan sebarang Foto pemilik .. #keepitpositive, saya bersetuju .. " ujarnya.

Gambar-gambar Yang Mereka tak Sedar Dah kantoi

Kalau nak ambil gambar tengah tido pun tengoklah background dulu..kan dah kantoi..






Rita Rudaini Akui Aidil Masukkan Wang Nafkah Anak-Anak Secara Konsisten



Sebelum ini nama Aidil Zafuan menjadi sensasi berhubung kes tuntutan nafkah bekas isterinya, Rita Rudaini. Namun di dalam perbicaraan semalam, Rita Rudaini telah membuat pengakuan yang bekas suaminya itu berjaya memasukkan wang sebagai nafkah anak-anaknya secara konsisten sepanjang tahun 2013. 


Menurut Rita Rudaini, untuk tahun 2012, Aidil tidak konsisten memasukkan wang bernilai RM1,500 ke RM2,000 untuk digunakan oleh anak-anaknya. Namun bermula tahun 2013, setiap bulan tanpa gagal Aidil telah memasukkan RM2,000 ke dalam akaun bank Rita Rudaini. 
Kepada anda yang ragu-ragu dan mempersoalkan sama ada Rita Rudaini menggunakan duit nafkah anak-anaknya itu untuk kegunaan sendiri, ini jawapan daripada Rita:-
Biarlah orang kata apa sekalipun, yang tahu perkara sebenar hanya saya, Aidil dan Allah S.W.T.. Saya minta duit daripada bekas suami bukan untuk diri saya, sebaliknya untuk anak-anak. Jangan risau kerana wang yang diberikan itu sebenarnya tidak cukup dan saya harus menambah wang saya sendiri untuk perbelanjaan mereka. Jika hidup di Perlis, RM3,000 itu sudah terlebih cukup tetapi saya tinggal di Kuala Lumpur, sudah tentu kos sara hidup amat tinggi.

Apapun, semoga semua nya selesai dengan keadaan baik. 

sumber

Wednesday, 28 January 2015

Akhirnya Razak Baginda buka mulut Kes Altantuya



SHAH ALAM – Sekian lama menyepikan diri, nama penganalisis politik, Abdul Razak Baginda muncul semula selepas kes membabitkan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu menemui titik noktah.

Bercakap kepada sebuah portal, Abdul Razak yang sebelum ini dikaitkan dengan kes itu menyifatkan spekulasi membabitkan kes kematian penterjemah itu sudah sampai ke tahap tidak masuk akal.

"Spekulasinya lebih kurang sama seperti sebelum ini. Tetapi kini lebih berbelit kerana kita sampai ke penghujung proses undang-undang yang panjang. Ia jadi berbelit-belit kerana Sirul (Sirul Azhar Umar) melarikan diri ke Australia,” ujarnya.

Pada 2008, Abdul Razak dibebaskan daripada pertuduhan bersubahat dengan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Persekutuan baru-baru ini.

Abdul Razak mengakui bersedia untuk membuka mulut sekarang kerana kes itu sudah berakhir dari sudut undang-undang.

Beliau juga dipetik sebagai berkata, walaupun tidak tahu motif pembunuhan Altantuya, tetapi sedia maklum ramai yang mati tanpa sebarang penjelasan kukuh semasa dalam tahanan polis.

"Hanya dua anggota polis itu sahaja yang tahu," katanya sambil mendakwa memang wujud kes sebelum ini di mana polis bunuh tahanan reman.

Beliau turut mempersoalkan dakwaan konspirasi dalam kes ini walaupun tiada bukti menyokongnya.

"Masih ada orang di luar sana yang yakin polis tidak boleh melakukan ini tanpa arahan.

"Berapa ramai orang yang mati dalam tahanan reman? Kiraan terakhir ialah 156 pada tahun 2008 dan angka itu semakin bertambah. Jadi, siapa yang mengarahkannya?" soalnya.


Sumber: sinarharian.com.my