Kuala Lumpur - Berikutan mendapat kritikan hebat dari pelbagai pihak termasuklah ikon terkenal negara, Chef Wan, berikutan iklan Qu-Puteh yang ditayangkan sempena AJL29 baru-baru ini, pengasas produk tersebut tampil memberi respon.
“ Saya tidak ambil pusing tohmahan dan sindiran orang ramai termasuk apa yang diperkatakan Chef Wan.
“Saya hanya berjuang untuk hak saya dan bukan mudah untuk sampai ke peringkat ini,”kata Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman memetik laporan dari Harian Metro.
Datuk Seri Dr. Hasmiza, terkenal dengan nama Datuk Seri Vida, menerima kecaman dan sindiran dari pelbagai pihak berikutan kemunculan dan iklannya pada Anugerah Juara Lagu ke 29, Ahad lalu.
Gambar yang diselit dalam kritikan orang ramai terhadap iklan Qu Puteh di media sosial |
“Selepas anugerah itu berlangsung, saya terkejut apabila ramai yang melemparkan tohmahan terutama di laman sosial termasuk Chef Wan yang menutup televisyen kerana iklan saya.
“Apa yang disampaikan dia (Chef Wan) tidak benar kerana iklan saya muncul hanya setiap 15 minit saja,” katanya lagi kepada Harian Metro.
Beliau menambah, apa yang berlaku adalah dugaan dan terselit hikmah kerana baginya rintangan dan cabaran adalah lumrah untk mencapai kejayaan.
Katanya lagi, dia pernah berhadapan dengan dugaan yang lebih besar sebelum ini apabila beliau kehilangan dua orang anaknya dalam tragedi kebakaran pada Ogos 2013.
“Orang yang berjaya memberi motivasi, inspirasi, dan membantu antara satu sama lain ke arah kejayaan.
“Bagaimanapun, orang yang tidak berjaya, mereka benci, menyalahkan orang lain dan sentiasa mengadu ,” katanya. - Siakapkeli.com.my
No comments:
Post a Comment