Friday, 9 January 2015
SUNGGUH LUAR BIASA !! Kedai diserbu orang ramai kerana gadis ini menebar roti canai
Memang pelik apabila warung di sebuah kampung di Kedah mengambil pekerja yang masih remaja, berasal pula dari Rome Italy. Gadis bernama Chantal Viola, merupakan seorang gadis berumur 17 tahun. Dia mengejutkan ramai pelanggan di sebuah gerai roti canai di Kedah apabila dia dilihat bertudung dan mengambil pesanan makanan serta turut menebar roti canai.
Chantal bukanlah pekerja sepenuh masa di gerai itu. Chantal sebenarnya sedang mengikuti program pertukaran pelajar dan dia mengambil keputusan untuk membantu jirannya yang berniaga di gerai Lorong SM Teknik Alor Setar, Kedah.
“Dengan membantu di gerai roti canai ini, ia adalah cara cepat dan efektif untuk saya belajar bahasa Melayu dan bersama penduduk tempatan. Saya juga suka memakai tudung untuk memudahkan berhubung dengan orang ramai” – kata Chantal Viola.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment