Umum mengetahui penyanyi Shila Amzah pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Sharnaaz Ahmad. Malah pernah juga Sharnaaz memberitahu ingin menjadikan Shila isterinya. Namun hubungan mereka tidak kesampaian dan keduanya telah meneruskan hidup. Malah Sharnaaz telah pun menemui cinta baru.
Baru-baru ini semasa Anugerah Juara Lagu 29 berlangsung, Shila Amzah telah bertanding dengan laguMasih Aku Cinta. Khabarnya Sharnaaz telah menghantar satu tweet kepada Shila mengucapkan tahniah kepada penyanyi itu untuk persembahan yang hebat. Tweet itu mendapat ribuan Retweets dan Favorites, bagaimanapun reaksi Shila terhadap tweet Sharnaaz menimbulkan persoalan.
Baru-baru ini semasa Anugerah Juara Lagu 29 berlangsung, Shila Amzah telah bertanding dengan laguMasih Aku Cinta. Khabarnya Sharnaaz telah menghantar satu tweet kepada Shila mengucapkan tahniah kepada penyanyi itu untuk persembahan yang hebat. Tweet itu mendapat ribuan Retweets dan Favorites, bagaimanapun reaksi Shila terhadap tweet Sharnaaz menimbulkan persoalan.
Melalui Melodi TV3 sebentar tadi, Sharnaaz menyatakan tweet yang dibuat olehnya adalah atas kapasiti sebagai seorang kawan dan tidak ada kena mengena dengan isu-isu sensitif antara mereka. Bagaimanapun, reaksi Shila adalah sesuatu yang tidak dijangkakan oleh Sharnaaz.
Kita baling bunga pada dia, dia baling **** pada kita. Nak buat apa, kan? Itu cara dia. Saya tak nak tengok kawan-kawan saya jatuh. Shila sudah berada pada satu tahap yang sangat-sangat tinggi. Saya dan keluarga saya semua sokong dia.
Ditanya sama ada dia sedang cuba memikat Shila kembali, Sharnaaz menafikan dengan mengatakan soal itu tidak pernah timbul kerana dia sememangnya ikhlas menyampaikan rasa tahniah itu.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Sharnaaz mengakui tindakannya itu menyebabkan berlaku salah faham antara dia dengan kekasihnya (yang memadam semua gambar Sharnaaz dari akaun Instagramnya selepas itu) namun dia telah meminta maaf dan mengakui semua itu ialah kesalahannya sendiri.
Sambil mengakui yang satu ketika dahulu dia banyak bermusuh dengan individu-individu lain kerana suka ‘cakap lepas’ pelakon Suamiku Encik Sotong itu kini tidak mahu semua itu berlaku lagi kerana baginya pada usia 30 tahun dia ingin membuat perubahan dalam hidupnya.
Sementara itu, komen-komen peminat di instagram Shila menyifatkan reaksinya itu sebagai ‘over’ kerana Sharnaaz hanya sekadar mengucapkan tahniah, namun ada juga yang mempertahankan hak penyanyi itu untuk menyanyikan lagu yang disukainya. Tweet tahniah tersebut telah pun dipadam oleh Sharnaaz kerana tidak mahu memanjangkan cerita.
Barang yang lepas jangan dikenang kata orang. Kata orang juga, maafkanlah bukan kerana orang tersebut berhak dimaafkan, tetapi kerana anda berhak untuk merasa aman. Semoga keduanya akan berbaik semula satu hari nanti atas dasar kawan. Doakan yang terbaik untuk mereka berdua. Amin.
No comments:
Post a Comment