Thursday 2 April 2015

5 Tarikan Utama Wanita Di Mata Lelaki! Ramai Lelaki Di Dunia Setuju Dengan Nombor 2

Ramai wanita yang menyangkakan bahawa mereka perlu cantik seperti model di dalam majalah untuk menarik perhatian lelaki.



Namun, ia sebenarnya tidaklah sesukar yang seperti mereka fikirkan. Apa yang cantik di mata lelaki adalah perkara yang mampu dilakukan oleh semua wanita dan bukannya hanya berbentuk fizikal 100%.

Mengikut suara majoriti lelaki, tarikan utama yang menarik pandangan mata mereka adalah..

1)Memakai kasut tumit tinggi

Mata lelaki amat gemar untuk melihat wanita yang memakai kasut tumit tinggi. Ia berkemungkinan disebabkan posture tubuh seseorang wanita itu akan berubah apabila memakai kasut tumit tinggi dan ia akan membuatkan mereka kelihatan lebih seksi.

2)Berambut panjang 

Suara majoriti lelaki menyatakan bahawa wanita yang berambut panjang adalah tarikan utama pandangan mata mereka. Ini berkemungkinan disebabkan oleh ia mampu menyerlahkan lagi sifat kewanitaan seseorang. Selain itu,rambut panjang juga lebih sinonim terhadap wanita dan akan mempengaruhi psikologi lelaki untuk berfikiran lebih positif.


3)Berpakaian tradisional

Seperti yang anda semua tahu, pakaian tradisional seperti baju kurung, kebaya atau sebagainya akan lebih menonjolkan sifat kesopanan dan keayuan terhadap si pemakainya. Dan pakaian ini sebenarnya telah berjaya untuk menarik pandangan mata lelaki. Lelaki amat tertarik untuk melihat sesuatu yang terserlah sifat kewanitaannya mungkin disebabkan naluri semulajadi lelaki itu sendiri.

4)Bermekap

Mekap dapat membantu untuk menyerlahkan lagi kecantikan seseorang wanita. Seorang wanita yang bijak mengenakan mekap untuk dirinya sudah pasti akan berjaya untuk menarik pandangan mata lelaki. Tetapi, sekiranya mekap yang dikenakan keterlaluan atau tidak bersesuaian, berkemungkinan ia akan membuatkan lelaki untuk mengelak daripada melihat wajah mereka.

5)Bertudung

Kebanyakan lelaki muslim terutamanya mengatakan bahawa wanita yang memakai tudung adalah tarikan utama pandangan mata mereka. Faktor ini mungkin disebabkan penampilan wanita itu yang kelihatan lebih sopan dan lembut.

No comments:

Post a Comment