Racist atau dalam erti kata lainnya adalah perkauman, semakin berleluasa. Apakah kita yang terlalu sensitif atau diprovok? Mungkin beberapa tips ini dapat mengekang masalah yang semakin berleluasa ini.
1) Hentikan Provokasi
Sebenarnya punca segala permasalahan ini adalah disebabkan provokasi. Sudah menjadi adat, memang wujudnya manusia yang menjadi batu api. Cara yang mudah apabila kita diprovok, cukuplah jangan dilayan dan buat-buat tidak tahu sahaja. Pepatah Melayu ada menyebut ‘Ibarat Anjing Menyalak Bukit, Bukit Tak Akan Runtuh’. Kita juga janganlah membalas sesuatu provokasi itu dengan menyamakan pelakunya dengan kaum dan agama yang lain. Jika makin dilayan dan kita membalasnya dengan kekerasan atau kejahatan, perkara ini tidak akan berkesudahan.
2) Hentikan Penyebaran Video Yang Menyebabkan Pertelingkahan Kaum dan Agama yang Berbeza.
Kehadiran gadget yang canggih seperti telefon pintar memudahkan ramai orang untuk mengambil apa-apa gambar dan video dengan begitu mudah. Bukan itu sahaja, untuk menyebarkannya juga mudah. Jika kita seorang yang bertanggungjawab, tidak perlulah rasanya menyebarkan apa-apa bukti rakaman yang boleh menyebabkan salah faham dan pergaduhan. Perlulah diingatkan, Rakyat Malaysia ini adalah terlalu sensitif dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya mereka sensitifkan. Sebagai contoh jika seekor kucing hitam bergaduh dengan seekor kucing putih. Mereka akan samakan semua kucing hitam itu jahat. Begitulah yang nak diibaratkan. Padahal bukan semua kucing hitam yang jahat, ada je kucing oren yang jahat seperti Garfield.
3) Contohi Sabah dan Sarawak
Sabah dan Sarawak merupakan negeri di Malaysia Timur yang hidup dengan kepelbagaian suku dan kaum yang juga berbilang agama. Tetapi mereka tetap hidup dengan aman dan damai saling hormat menghormati. Cubalah sekali sekala kamu habiskan cuti tahunan kamu kesana. Bukan pergi ke pulau-pulau tau, carilah keluarga angkat yang tinggal di kampung-kampung (penulis yakin mereka tidak kisah jika kamu jadikan mereka sebagai keluarga angkat) dan menetap disitu selama tiga hari. Malas nak cakap, tengoklah sendiri.Mereka dekat sana mana ada gaduh-gaduh dengan perkara-perkara yang melibatkan perkauman, suku dan agama ini.
4) Hapuskan Maklumat ‘Kaum’ Didalam Borang dan Kad Pengenalan
Ini hanyalah cadangan penulis. Rasanya tidak perlulah sampai nak berdebat dekat parlimen. Jika benar Malaysia hanyalah satu bangsa iaitu Bangsa Malaysia, untuk data peribadi seperti dalam surat beranak, kad pengenalan dan apa-apa sahaja borang, sepatutnya tidak perlu wujud ruangan ‘Kaum/Keturunan’.
5) Seragamkan Warna Kulit
Kalau dah susah sangat, cat lah kulit masing-masing semua warna merah. Kan lagi senang? Jadi lepasni, kalau ada gambar atau video orang tengah bergaduh, tak timbul lagi kaum atau bangsa apa yang bergaduh. Sebab semuanya warna merah.
Artikel dipetik sepenuhnya dari blog Satrika.my
No comments:
Post a Comment