Thursday, 6 November 2014

Aliff Aziz Masuk Hospital Kerana Mabuk?


Baru baru ini ada seorang individu telah meninggalkan satu komen menerusi akaun Instagram adik Aliff Aziz iaitu Aisyah Aziz mengatakan yang abangnay itu telah dimasukkan ke hospital sekitar jam 3.00 pagi kerana mabuk di Singapura pada 23 Oktober lalu.
Aliff Aziz yang ditemui Kosmo! hari ini mengakui yang beliau ada dimasukkan hospital baru baru ini dan sekitar jam 3.00 pagi namun bukanlah kerana beliau mabuk namun kerana masalah kesihatan yang dialaminya sejak akhir akhir ini.
Aliff Aziz Masuk Hospital Gara Gara Mabuk Teruk? - ROTIKAYA
“Saya mengaku ada dimasukkan ke hospital pada awal pagi, cuma lupa tarikhnya bila. Bagaimana pun, ia disebabkan saya telah pitam di rumah dan terpaksa dibawa ke hospital dengan ambulan”
“Sebenarnya saya ada masalah sukar membuang air kecil dan mengambil beberapa ubat yang diberikan doktor. Namun begitu, ubat berkenaan tidak sesuai dengan tubuh saya sehingga pada satu masa membuatkan saya pitam,” jelasnya tentang komen itu.

No comments:

Post a Comment