1973 merupakan tahun pertama KFC atau Kentucky Fried Chicken dibuka di Malaysia di Jalan Tunku Abdul Rahman (Jalan TAR). Mungkin anda sudah di tadika/sekolah atau anda belum lahir lagi pada waktu itu
Sejak itu rasa keenakan ayam goreng KFC menjadi kegemaran sebahagian rakyat Malaysia.
Semasa memesan ayam goreng di kaunter, kita mungkin boleh nampak mereka menyiapkan ayam goreng di sebalik kaunter servis. Tapi hanya sekadar itu sahaja.
Kini, kami akan tunjukkan kepada anda bagaimana penyediaan ayam KFC dulu dan kini.
Sesetengah pengeluar atau penyedia ayam goreng menggunakan ayam yang telah diproses, digoreng dan disejukbekukan di kilang secara besar-besaran (mass production) sebelum dihantar ke outlet-outlet. Apabila perlu dimasak, ia akan dipanaskan semula.
Keadaan ini berbeza dengan KFC kerana KFC menggunakan ayam mentah dan cara memasaknya di restoran KFC seakan seperti di rumah sahaja! Cuma ia menggunakan mesin penggoreng tekanan tinggi atau “pressure frier”.
Langkah demi langkah:
1. Periksa keadaan dada ayam, peha ayam, kaki ayam, dan kepak ayam.
Bahagian-bahagian ayam diperiksa untuk memastikan tiada lebam, lemak berlebihan, bulu atau tertinggal organ dalaman ayam. Ini adalah seperti pemeriksaan kualiti ayam mentah sebelum ia digoreng.
2. Teknik brine atau rendam dalam air bergaram
Teknik brine ini amat penting kerana ia membantu meningkatkan kualiti rasa ayam yang digoreng.
Teknik ini menyebabkan kelembapan pada ayam makin bertambah. Sebab itu apabila kita makan ayam goreng KFC ia masih lembut, lembap dan juicy!
Rendaman air garam itu juga akan masuk menyerap ke dalam isi ayam. Ini akan membangkitkan rasa sedap keenakan ayam goreng!
Anda patut cuba teknik ini di rumah untuk merasai perbezaannya itu.
3. Toskan ayam sebanyak 7 kali.
Goyang-goyang 7 kali. Teknik ini untuk memastikan ayam tidak terlalu basah untuk langkah seterusnya.
4. Letakkan ketulan-ketulan ayam itu ke dalam campuran tepung rahsia KFC yang telah tersedia ini!
5. Gaulkan ketulan-ketulan ayam itu dengan gaya yang sekata; atas dan bawah, depan dan belakang.
6. Ulang 7 kali.
7. Masukkan ketulan-ketulan ayam itu ke dalam raga berjaring dan lagi sekali….. goyang-goyang 7 kali!
Yup, 7 kali! Ini bagi memastikan tepung-tepung tidak berlebihan menyaluti permukaan ketulan ayam.
Jika anda cuba di rumah, mungkin boleh shake badan anda 7 kali sambil melakukan langkah ke 7 ini
8. Susun cantik-cantik di atas rak besi penggoreng
Betul kena susun cantik-cantik. Pihak KFC beri tunjuk ajar khas untuk ini kerana ketulan-ketulan ayam perlu disusun mengikut saiz juga.
Jika saiz tak sama, ketebalan daging ketulan ayam tak sama, ia boleh menyebabkan ada kemungkinan ayam tidak masak sekata dan ada bahagian yang masih mentah.
Jadi catat tip ni: Goreng ketulan ayam yang sama saiz dan sama tebal di dalam satu kuali adalah lebih baik terutama masa menggoreng untuk kenduri.
9. Rak-rak ayam itu diletakkan di dalam mesin penggoreng bertekanan tinggi atau “pressure frier”.
Masuk, tolak dan tutup. Tunggu.
10. Tunggu lebih kurang 10 minit dan….
Dah siap ayam goreng KFC!
Mudahkan! Hanya 10 langkah sahaja diperlukan.
Anda mungkin boleh cuba langkah-langkah ini di rumah.
Ini pula cara penyediaan ayam goreng KFC pada tahun 1985.
Sumber: Sploid Gizmodo
No comments:
Post a Comment