Sunday, 30 November 2014

SERIUS - MCDONALDS MENUTUP 110 CAWANGAN KERANA JUALAN MERUDUM



















SERIUS - MCDONALDS MENUTUP 110 CAWANGAN DI JEPUN KERANA JUALAN MERUDUM | Rangkaian restoran makanan segera terbesar dunia McDonalds hari ini mengumumkan penutupan 110 cawangan restoran mereka di Jepun. Penutupan besar-besaran ini terpaksa dilakukan kerana mereka tidak mampu lagi menanggung kerugian yang semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. September lalu jumlah jualan menurun sebanyak 2.2% lagi dan penyusutan ini sudah berlarutan sejak gempa bumi besar yang berlaku tahun lalu.

McDolands Jepun menerima banyak saingan dari pengusaha makanan segera lain yang menawarkan menu yang lebih baik. makanan yang lebih bercitarasa tempatan dan pada harga yang lebih murah. Ekonomi yang merudum selepas gempa bumi 2011 pula memburukkan keadaan kerana orang ramai mencari makanan yang lebih murah. Proses pengurangan cawangan ini bukanlah yang terbesar yang pernah dilakukan McDonalds Jepun. Pada tahun 2010, 433 cawangan ditutup bagi mengurangkan kos operasi syarikat. Proses penutupan ini sendiri sahaja akan menelan sebanyak Yen 1.2 billion (RM 45.4 Juta) !

Sungguhpun mengalami pemyusutan jualan, McDonalds berjaya melakukan jualan sebanyak Yen 220.7 billion. Kepada mereka yang gemarkan McDonalds anda tak perlu risau. Untuk memenuhi keperluan pelanggan, rangkaian McDonalds yang menawarkan penghantaran ke rumah akan ditambah dari 17 cawangan kepada 250 cawangan seluruh Jepun


Laporan asal Yahoo Japan

No comments:

Post a Comment