Motosikal berkuasa tinggi tersebut dengan slogan ‘Dibina Melangkaui Kepercayaan’ dan berat keseluruhan hanya satu perlima daripada sebuah kereta biasa itu mampu membuat pecutan dari 0 sehingga 100 kilometer sejam dalam masa cuma kurang 2.5 saat.
Pengarah Urusan Kawasaki Motors Australia, Kenichi Hashiba dilaporkan berkata, Ninja H2 bakal menyaingi kehebatan motosikal paling laju di dunia keluaran syarikat Kawasaki sendiri sebelum ini iaitu Ninja ZX14-R yang dihasilkan sejak tahun 2010 lalu.
Ia juga dijangka mengatasi kehebatan Ducati Diavel keluaran sejak 2011, Yamaha VMAX sejak 2010 dan Suzuki GSXR-1000 sejak 2006.
Motosikal ini djadualkan memasuki pasaran Australia bermula awal tahun depan dengan harga runcit A$30,000 (kira-kira RM86,800).
Sumber mynewshub.cc
No comments:
Post a Comment