Thursday 23 October 2014

“Bukan… Jangan Percaya Video Itu” – Pembantu Ustaz Azhar Idrus - VIDEO

Video s3ks yang dikaitkan dengan pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus yang tersebar di internet disifatkan perbuatan jahat pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan ulama di Malaysia.

Aksi itu dinafikan pembantunya, Zulkifli Wahab sambil berkata usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan golongan itu selain cuba menggagalkan usaha penyebaran dakwah di kalangan umat Islam di negara ini.
“Bukan… jangan percaya.. itu adalah usaha terancang pihak tertentu untuk menjatuhkan bukan saja UAI tetapi juga golongan ulama di negara ini.“Kebelakangan ini seperti sudah wujud trend untuk menjatuhkan golongan ustaz dan ulama ini. 
“Ini kerana pihak yang berkenaan seperti tidak senang duduk apabila melihat masyarakat Islam di Malaysia sekarang semakin suka dan rajin ke majlis ilmu hingga program ceramah agama dan dakwah sudah menjadi fenomena sekarang. 
“Justeru, pihak tertentu sengaja merancang usaha kotor ini untuk menjatuhkan ulama dan memesongkan akidah umat Islam di negara ini.“Ia termasuklah program ‘I Want To Touch A Dog’ di ibu kota baru-baru ini.“Mereka akan buat apa saja untuk merosakkan umat Islam,” katanya yang dipetik oleh laman portal Harian Metro.
Ketika ditanya reaksi Ustaz Azhar berkenaan penyebaran video berkenaan, Zulkifli menjawab, beliau masih meneruskan program ceramah seperti biasa dan tidak terjejas dengan penyebaran video palsu itu.
Hari ini, satu rentetan gambar dipetik dari video menunjukkan seorang lelaki mirip Ustaz Azhar Idrus sedang bercumbu dalam keadaan yang cukup memalukan.
Tidak diketahui kesahihan video berkenaan setakat ini, reaksi yang diterima bukan dari tuan empunya badan sendiri tetapi hanya pembantunya sahaja. – MYNEWSHUB.CC

Anda harus baca ni: VIDEO Skandal Seks Ustaz Azhar Idrus adalah Edit semata-mata ?

No comments:

Post a Comment