BRAZIL – Dapatkah anda bayangkan belut berada dalam usus seorang lelaki? Ia kedengaran pelik namun itu yang berlaku kepada seorang lelaki yang tidak didedahkan identitinya.
Lelaki itu yang berasal dari Londrina terpaksa menjalani pembedahan bagi membolehkan doktor mengeluarkan belut dalam ususnya.
Namun malangnya, semasa pembedahan itu dijalankan, ia telah dirakamkan.
Lebih malang apabila rakaman berkenaan memperdengarkan jururawat di sekelilingnya ketawa apabila belut itu dikeluarkan.
Pastinya bunyi ketawa itu merupakan penghinaan kepadanya apatah lagi dia pasti sedang dalam kesakitan ketika belut itu berada di dalam perutnya.
Video itu pertama kali dimuat naik dalam BestGore.com pada bulan Disember lalu namun ia kini mula tersebar selepas dimuat naik dalam LiveLeak.com.
Dalam video itu, kelihatan ramai pemerhati yang menyaksikan pembedahan itu dijalankan,
Memang menghairankan bagaimana belut boleh masuk ke dalam ususnya namun ia bukannya kes terpencil.
Ini kerana pada 2013, seorang lelaki di China terpaksa dimasukkan ke hospital selepas belut memasuki badannya melalui duburnya.
Video
Sumber mynewshub.cc
No comments:
Post a Comment