Dua penunggang motosikal berkuasa tinggi telah disahkan meninggal dunia manakala seorang lagi parah selepas terlibat dalam sebuah kemalangan di Kilometer 25 Lebuhraya Karak sekitar jam 11.15 pagi semalam.
Di bawah adalah kronologi kemalangan di lebuhraya Karak yang berlaku semalam :
- Enam buah motosikal berkuasa tinggi dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur. Pada masa yang sama, sebuah trak penunda dikatakan sedang menunda lori pasir seberat 3 tan tersasar arah ketika mendaki laluan lebuhraya yang berbukit lalu menutup ketiga-tiga laluan terbabit.
- Seorang mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha R1 dipercayai menekan brek kecemasan lalu hilang kawalan dan tercampak apabila sebuah kereta jenis Myvi menukar laluan secara mengejut dari lorong tengah ke kanan.
- Penunggang kedua dan ketiga turut menekan brek lalu hilang kawalan hingga tercampak kira-kira 10 meter. Motosikal terbabit terbabkar lalu menggelongsor ke arah penunggang pertama. Mangsa dihempap motosikal yang terbakar hingga rentung di lokasi kejadian.
- Penunggang keempat dan kelima juga tercampak ke lorong kiri manakala penunggang keenam terperosok di bawah kereta jenis Honda City yang berada di lorong kanan. Mangsa mati akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
No comments:
Post a Comment