Friday 24 October 2014

Tunku Mahkota Johor Bernikah Dengan Cik Puan Khaleeda



Screen Shot 2014 10 24 at 12.13.581 Tunku Mahkota Johor Bernikah Dengan Cik Puan Khaleeda
Tunku Mahkota Johor Bernikah Dengan Cik Puan Khaleeda
Tunku Mahkota Johor iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah pun selesai istiadat pertunangan, majlis hantaran dan pernikahan dengan Cik Puan Khaleeda Bustamam.
Tunku Ismail dan Cik Puan Khaleeda memasuki perkarangan Istana Bukit Serene pada pukul 10 pagi. Istiadat akad nikah telah disempurnakan oleh Mufti Johor iaitu Sohibus Samahah Datuk Mohd Tahrir Samsudin.
Pasangan diRaja keluar sekitar jam 12 tengahari selepas sah bergelar suami isteri dengan senyuman dan melambaikan tangan ke arah wartawan serta jurugambar.
Tambahan pula, pasangan diRaja dijangka disandingkan di Istana Besar Johor pada 8 November 2014 pada pukul 7.30 malam.
Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bersama Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah dan anakandanya, Tunku Temenggong JohorTunku Idris Iskandar sertaTunku Putra JohorTunku Abu Bakar dilihat berangkat hadir ke istiadat itu.
Menteri Besar Johor iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor serta kenamaan lain juga turut kelihatan.

No comments:

Post a Comment