Di zaman serba mencabar dan mahal ini, bermacam-macam cara diusahakan oleh ramai orang untuk menambah pendapatan.
Antaranya memberanakkan duit yang ada dengan melabur dalam pelbagai skim dan program.
Ada memang benar-benar mampu menambah rezeki namun ada juga melibatkan penipuan dan akhirnya membawa kepada kerugian sahaja.
Penulis dan penceramah kewangan peribadi yang tak asing lagi di Malaysia, Azizi Ali baru-baru ini telah memberi amaran menerusi Facebook tentang pelaburan tipu Skim Pegasus Bullion, Geneva dan Swisscash.
Statusnya ini membuatkan dia dikecam oleh pelabur skim ini bersama alasan mengapa mereka kata Azizi Ali telah silap menilai skim yang disebutnya.
Antaranya komen berikut:
Bila baca komen ini, terdetik juga di hati kita bahawa apa dikatakan ini benar bukan?
Lagi pun sudah ada bukti terdapat pihak meraih wang yang banyak dengan pelaburan yang dikatakan tipu ini.
Bagaimana pun, cuba renung sejenak jawapan dengan fakta oleh Azizi Ali di bawah:
1. Laman web Bank Negara menyatakan nama syarikat Pegasus Bullion sebagai salah satu daripada syarikat yang tidak mendapat kebenaran atau approval under the relevant laws and regulations administered by BNM. Ini bermakna bisnes emas Pegasus Bullion adalah menyalahi undang-undang Negara Malaysia. Fakta ini sebenarnya lebih daripada cukup untuk membuktikan siapa yang sebenarnya memundurkan bangsanya. Clue – bukan saya.
2. Semua scam dan skim Ponzi akan menggalakkan ‘pelaburnya’ merekrut ‘pelabur’ baru, kerana itulah cara utama mereka mendapatkan wang baru. (Itulah yang puan sedang lakukan sekarang dengan meminta saya dan orang lain melabur dalam skim ini.) Tanpa ‘pelabur-pelabur’ baru, skim tersebut akan berkubur dengan cepat.
3. Pulangan yang dijanjikan oleh Pegasus Bullion adalah 10% sebulan, yang bermakna 120% setahun! Pelabur-pelabur world class seperti Warren Buffett dan George Soros pun ‘hanya’ memberi pulangan 20-34% setahun! Adakah masuk akal orang yang tidak pernah dikenali dapat memberikan pulangan yang sebegitu tinggi? Kalau betul pula, sudah tentu semua media di dunia termasuk CNN, Fortune dan Forbes akan memberi liputan yang menyeluruh kepada syarikat tersebut. Kenapa tak ada? Takkanlah media dunia (yang tahu semua pelaburan lain) begitu buta dan tidak pernah mendengar pulangan yang sebegitu hebat?
4. Adakah masuk akal yang pelaburan yang baru dibuat satu bulan sudah boleh mendapat pulangan 10% bulan berikutnya? Semua pelaburan, termasuk yang paling untung sekalipun, memerlukan masa. Jadi kalau syarikat sendiri tidak dapat hasil pulangan malah mungkin menanggung kerugian kerana harga emas sekarang adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan 6 bulan, setahun atau dua tahun dulu, bagaimana ia hendak bayar orang lain? Dari mana datangnya wang tersebut? Jawapannya dari poin 12 di bawah.
5. Puan sendiri baru beberapa bulan membuat ‘pelaburan’ (ehm, ehm) dan ‘berniaga’ dalam skim tersebut. Adakah itu bermakna puan seorang pakar dalam pelaburan emas dan orang lain yang tidak melabur dangkal?
6. Pendapat dan kata-kata puan bermakna ratusan pakar kewangan di Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti, Azizi Ali dan juga media massa Malaysia adalah salah! Saya tidak fikir kami salah.
7. Sebagai seorang Chartered Financial Consultant, saya telah belajar tentang semua pelaburan di dunia. Saya juga telah membaca lebih 900 buah buku tentang kewangan dan telah belajar tentang wang dan pelaburan sejak 20 tahun kebelakangan. Saya juga telah membuat kajian yang terperinci tentang pelaburan ini di Malaysia. Jadi saya bukan main teka saja.
8. Jika puan fikir saya salah dan masih tak puas hati, puan boleh tanya kepada mereka yang sudah bertahun-tahun berniaga emas – Tauke Poh Kong, Wah Chan, Habib Jewels, bank Al-Rahji, bank UOB, Maybank, Tauke Public Gold dan malah pengeluar produk-produk emas seperti PAMP Suisse dan American Eagles – dan BUKAN sesiapa yang ada kepentingan dalam syarikat Pegasus Bullion. Saya boleh beri jaminan yang mereka semua akan berkata saya betul dan sistem syarikat Pegasus Bullion itu salah.
9. Oleh kerana Pegasus Bullion menjanjikan jaminan pulangan keuntungan tetap (10% dan sebagainya) kepada ‘pelabur-pelaburnya’, ini menjadikannya riba ad-duyun’ daripada jenis al-qard dan oleh itu haram dalam Islam (rujuk muka surat 33 dan 235 buku Wang Anda Dan Islam tulisan Uztaz Zaharuddin). (Sila betulkan jika saya tersilap di sini.)
Ini bermakna sistem Pegasus Bullion bukan saja menyalahi undang-undang Malaysia tetapi juga haram.
10. Semua ‘pelabur’ scam dan skim Ponzi akan berkata “Cuba dulu. Sikit saja. Belum cuba, belum tahu.” Jawapan saya: Kenapa nak cuba jika anda tahu benda itu merbahaya? Kenapa nak cuba jika anda tahu benda itu membawa penyakit? Kita tak perlu mencuba heroin untuk mengetahui ianya akan membawa masalah yang besar kepada diri dan keluarga. Kita tak perlu mendekati ular senduk untuk mengetahui ianya merbahaya, walaupun anda belum pernah kena patuk ular tersebut.
11. Jawapan yang diberikan oleh ‘pelabur’ Pegasus Bullion adalah sama sahaja seperti apa yang diberikan oleh ‘pelabur’ skim Pak Man Telo di tahun 1980an dan Swisscash di tahun 2007. The exact same answers – the local banks are jealous, the government don’t understand the investment, the non-investors are blind and anyone exposing the scam as ignorant or dumb.
12. Anda mendapat pulangannya kerana wang itu datang daripada pelaburan orang-orang yang baru masuk dalam skim tersebut. The money is being recycled. Just as your ‘investment’ is being used to pay others before you. Situasi ini mungkin akan bertahan satu, dua atau tiga tahun, tetapi apa yang pasti ialah ianya akan berkubur juga apabila tiada ‘pelabur’ baru dan/atau (whichever comes first) apabila ianya diserbu oleh Bank Negara. Apabila ia berlaku, anda akan kehilangan semua wang anda.
13. Jika ada orang mendapat pendapatan ratusan ribu tiap-tiap bulan daripada skim itu ialah kerana wang itu datang dari poket orang lain (poin 12). Lagipun ini bukan bukti perniagaan itu sah. Untuk pengetahuan puan, ramai juga orang yang mendapat pendapatan ratusan ribu tiap-tiap bulan daripada skim Pak Man Telo dan Swisscash dulu!
14. Jika rakan anda memberikan anda wang daripada hasil rompakan, apakah anda akan terima wang tersebut? Jika rakan anda memberikan anda wang hasil daripada jualan dadah, apakah anda akan terima wang tersebut? Saya jangka anda akan menolak wang tersebut kerana tahu ianya hasil daripada kerja yang haram. Well, wang daripada scam dan skim Ponzi juga adalah salah dan pada pendapat saya adalah haram.
15. Anda boleh ambil harta anak kecil yatim piatu – kerana dia tidak berdaya untuk menghalang anda dan dia juga mungkin tidak faham situasi sebenar – tetapi apakah tindakan anda itu betul? Jika anda tahu benda itu tidak betul, apakah anda akan melakukannya kerana peluangnya ada di depan mata? Wang daripada skim-skim tersebut adalah daripada poket orang lain. Tiada usaha, tiada kerja dan tiada apa yang di ‘value-added’. Apa yang pasti ialah semua mereka akan kehilangan wang akhirnya. Kini anda tahu situasi sebenar, adakah anda masih mahu melabur di skim sebegitu?
16. At the end of the day, it is your money. You do what you want with it. Just don’t drag others into it.
Are we men of steel and character or are we made of straws that can be crushed by the flimsiest wind? I’d like to think the former, where we think and act rationally, especially when it comes to investments. Kita melabur hanya selepas membuat kajian yang teliti tentang pelaburan tersebut dan risiko-risikonya, dan juga mengambil kira keadaan kewangan kita. Of course we will make mistakes along the way (I made a few myself) but that is the very nature of investments. They come with risks. So it is no shame to lose.
But it is another story altogether when it comes to scams. All the signs are there and all the alarm bells are ringing – including warnings from Bank Negara and now Azizi Ali.
Are we so blind not to see the obvious signs? Are we so desperate that we are willing to lose our money and even our dignity in the process?
Saya boleh menceritakan 1,001 sebab lagi mengapa pelaburan yang dibincangkan adalah satu scam, tetapi saya tahu ia merupakan usaha yang sia-sia – kerana anda sudah membuat keputusannya. So I will not confuse you with the facts further since your mind is already made up.
While I can warn people about the dangers, I cannot stop anyone from throwing their money away. Again, at the end of the day, it is your money. You can do whatever you want with it, including giving it to con man.
Allahualam.
Kami kongsikan perkara ini dengan harapan esok-esok kalau ada orang ajak jumpa kemudian pujuk anda melabur dengan skim yang memberikan pulangan bulanan maka bolehlah anda bentangkan fakta dikongsikan Azizi Ali ini.
Paling utama rujuklah pada Bank Negara sama ada skim yang anda mahu labur benar-benar sah di sisi undang-undang.
Jangan kerana dikaburi pulangan berganda wang yang ada di tangan akhirnya lesap begitu sahaja. Bukan tak ada kes orang jadi gila sebab benda-benda macam ni.. - MYNEWSHUB
Sumber: Facebok Azizi Ali / MYNEWSHUB.CC
No comments:
Post a Comment