Monday, 16 March 2015

Isteri 1Malaysia! Lelaki Beristerikan Wanita Melayu, Cina dan India!

Biarpun suami mereka sudah meninggal dunia tiga tahun lalu, empat balunya yang berbangsa Melayu, Cina dan India wajar wajar dijadikan contoh kerana mampu mengekalkan ikatan silaturahim dengan mengadakan perhimpunan keluarga yang disertai kira-kira 60 orang.

Keluarga besar arwah Ismail berkumpul di Tongkang Pechah setiap tahun.

Keluarga unik yang layak digelar keluarga 1Malaysia itu adalah waris Allahyarham Ismail Abdul Hamid yang berkumpul di rumah isteri keempat Allahyarham Ismail di Tongkang Pechah di sini, semalam.

Isteri pertama dan keempat Allahyarham Ismail berbangsa Melayu, manakala isteri kedua dan ketiga masing-masing berbangsa Cina dan India.

Isteri pertamanya, dikenali sebagai arwah Tuminah dikahwininya pada 1956; isteri kedua, Jamaliah Abdullah, 64, (Cina) bernikah pada 1958; isteri ketiga, Sabariah Md Som@Abdullah, 62, (India) bernikah pada 1959 dan keempat, Shamsiah Arsee, 73, bernikah pada 1961.

Anak sulung isteri keduanya, Siti Jamaliah, 49, berkata arwah bapanya meninggal dunia sejak tiga tahun lalu dan meninggalkan empat isteri, 16 anak serta 44 cucu.

No comments:

Post a Comment