Sunday, 22 March 2015

UNTUK PARA SUAMI - Aurat ISTERI Ketika Bersalin Yang Wajib Anda Ketahui



Salah satu perkara wajib yang di perintakkan  oleh Allah SWT kepada  para hamba-Nya adalah menutup aurat. Kewajipan menutup aurat tidak ada bezanya dengan kewajipan menunaikan solat, puasa, zakat dan haji. Di dalam al-Quran surah a-Nur ayat 31 dan surah al-Ahzab ayat 59 jelas menyatakan kewajipan menutup aurat untuk wanita muslim yang telah sampai akil baligh.

Hal ini mungkin telah diketahui ramai. Namun ramai golongan wanita iaitu isteri mahupun suami mengambil mudah hal aurat ketika si isteri mengandung hingga melahirkan anak. Jadi disini Dr Fuh kongsikan sebuah artikel berkenaan Aurat Wanita Ketika Bersalin. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua. In Shaa Allah.

1. Suami WAJIB pelihara aurat dan maruah isteri dalam apa jua keadaan.

2. Dari awal disahkan hamil, pemeriksaan PERLU dijaga dalam hal aurat.

3. WAJIB mendahulukan doktor perempuan.

4. MENTAATI Allah dengan sebaiknya dan meninggalkan segala yang terlarang.

5. JANGAN ambil mudah dalam soal proses kelahiran.

Lagi satu pesanan ‘mereka’ dalam Semanis Kurma TV9… dalam keadaan isteri dah sakit sangat, hilang punca, tak boleh berfikir maka :-

1. PERANAN SUAMI sangat-sangat penting dan mustahak. Suami yang kena buat keputusan untuk menjaga aurat dan maruah isteri. Kalau suami sendiri tak mampu nak bertegas untuk buat pilihan. Amat mengecewakan (merujuk kepada dlm keadaan yg tidak darurat serta masih ada pilihan)

2. Suami WAJIB jaga & pelihara aurat isteri ketika dalam wad.. Labor Room dan lain-lain… jangan dah masuk wad semua terbang… tudung tak pakai, kain terselak sana sini, berlengan pendek sahaja, menyusu ikut dan… sebab kena ingat kadang-kadang ada juga staff lelaki, pemberi makanan yang lelaki dan lain-lain yang keluar masuk wad.

3. WAJIB…. WAJIB…. WAJIB…. ada MAHRAM temankan ketika datangnya darurat yang mengizinkan aurat terbuka. Pertama SUAMI… kedua SAUDARA PEREMPUAN.. ketiga nurse perempuan dan seterusnya. Macamana pun keutamaan adalah SUAMI.

Ini TITIPAN sayang buat semua WANITA:

1. NIAT- Niat dari AWAL walaupun sebelum disahkan hamil iaitu ingin bersalin dengan disambut oleh doktor perempuan atau bidan wanita. Baca Hukum Dan Penjelasan Doktor Lelaki Menyambut Bayi Wanita Bersalin yang Dr Fuh pernah kongsikan sebelum ini.

2. DOA – ISTIQOMAH dari remaja juga boleh. Doa moga Allah pelihara aurat dan maruah kita sekalipun dalam keadaan darurat khususnya kita wanita ketika saat kelahiran bayi.

3. AMALAN – Selarikan dengan niat dan doa. Pemeriksaan ibu mengandung, scan baby dan sebagainya WAJIB dilakukan dengan doktor perempuan dan bukan doktor lelaki. Malah jaga aurat dalam berpakaian juga selama mana bergelar muslim. Apa sekalipun berusaha dengan kudrat kita.. Allah akan hitung tindakan kita.

4. YAKIN – Insyaallah… bilaman kita telah KUAT berusaha seperti di atas PASTInya DIA bantu kita, pelihara aurat dan maruah kita maruah suami.
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua.

No comments:

Post a Comment