Thursday, 19 March 2015

Percaya Atau Tidak?? Sekolah Ini Mengajar Untuk Anda Menjadi Pakar Mengorat!



Bagi wanita yang ingin berkahwin dengan lelaki yang kaya-raya, di sini ada jawapannya..Beijing Moral Education Centre for Woman (BMECW) mungkin tempat yang sesuai untuk anda..Dengan latihan selama 30 jam dengan bayaran sebanyak 20,000 Yuan (USD$ 1080)..

Pelajar di institut ini akan diajar cara-cara untuk mengorat lelaki kaya berdasarkan teknik yang akan membuatkan mereka menjadi lebih menarik bermula dengan cara memakai mekap se-anggun mungkin sehingga lah cara membuat ekspresi muka yang boleh menarik perhatian lelaki kaya.. 


Setakat ini, sekolah terbabit telah berjaya menarik perhatian lebih dari 2800 orang perempuan kelas pertengahan, terutama sejak ia dibuka pada bulan Ogos tahun lalu. Mahasiswa seperti Zhou Yue (23), percaya bahawa waktu dan wangnya telah dibelanjakan ke arah jalan yang lebih baik.  “Keluarga saya menguruskan perniagaan kecil…kadang-kadang ia menjadi perkara yang sulit bagi kami,” katanya kepada Reuters. “Selama tempoh itu, saya sering bertanya kepada diri sendiri, mengapa saya harus melakukan perkara ini. Jadi saya mulai berfikir, sekiranya saya boleh berkahwin dengan orang kaya, setidaknya saya tidak akan berasa bimbang,” ujarnya.  Pada pandangan Ling Bing pula, iaitu seorang wanita yang 28 tahun berharap latihan yang dia jalani dapat memberikan gambaran masa depan yang lebih baik. 

Menurut nya lagi, pelajar akan diajar tentang keterampilan berbicara, pengembangan peribadian dan teknik menuang teh secara tradisional—yang menunjukkan keanggunan seorang wanita.  “Saya berharap standard orang yang akan berhubungan dengan saya pada masa hadapan akan lebih tinggi, berbanding sebelum saya menghadiri kelas ini,” katanya. “Ertinya, mereka telah mencapai tahap kejayaan dan promosi tertentu dalam karier mereka. Jadi dalam proses ini, jika saya berkenalan orang kaya misalnya, hasil latihan ini akan dapat membantu,” tambah Bing.  Shao Tong, pengasas yang sekaligus menjadi  pengajar di sekolah tersebut, ingin menunjukkan kepada para pelajarnya bagaimana cara yang betul untuk memecahkan karakter dan keperibadian seorang lelaki.  

No comments:

Post a Comment