Ketika ini, boleh dikatakan ramai wanita di Asia yang menerima tekanan daripada ahli keluarga untuk segera berkahwin dan mendirikan rumah tangga. Berbeza dengan wanita yang dikenali sebagai Huang Lijuan ini, dia mempunyai cara yang unik untuk mencari calon suami. Dia dikatakan dengan rela hati telah menyewa sebuah papan iklan besar bagi mencari calon yang sesuai untuk mendampingi hidupnya. Setidak-tidaknya, apa yang dia lakukan jauh lebih baik dari para wanita yang sibuk dengan kerja hingga terpaksa mencari teman lelaki sewaan seperti yang berlaku di Jepun dan China. Ada pihak yang mengatakan, wanita yang sibuk dengan kerjaya amat sukar untuk mendapat jodoh. Namun, Huang Lijuan tidak mahu menunjuk-nunjuk apa yang dia miliki. "Aku mempunyai rumah, kereta dan pekerjaan. Ingin mencari Mr. Right dan kebahagiaan di 2014", tulisnya sebagai promosi dalam papan iklan tersebut.
Dengan bergambar di atas kuda dan memakai gaun pengantin, wanita cantik dengan segera mendapat perhatian dari ramai lelaki untuk mengahwininya. Walaubagaimanapun, Huang Lijuan telah menetapkan beberapa syarat dan diantaranya adalah lelaki tersebut mestilah seorang yang pembersih, positif, hormat dan sayang pada orang tua bertanggungjawab dan ketampanan bukanlah segalanya. Papan iklan tersebut disewa pada kadar 1juta Yuan sehari. Walaubagaimanapun, ada sesetengah pihak berasa ragu dengan kebenaran dari promosi di papan iklan tersebut.
No comments:
Post a Comment