Thursday 5 March 2015

Tabung Harta Karun Milik Steve Jobs Ditemui Selepas 30 Tahun Ditanam


Harta karun Steve Jobs akhirnya ditemui selepas terkubur selama 30 tahun . Bukan carian yang mudah kerana sejak ditanam dalam tanah di tahun 1983 lalu , para pencari tidak menemui lokasi yang tepat . Hingga akhirnya di tahun 2013 ini para penyelidik yang didedahkan oleh National Geographic berjaya menemuinya . Apa isi kandungannya?


Tabung sepanjang 13 kaki dengan diameter selebar setengah meter tersebut merupakan tabung yang sengaja dipendam pada 30 tahun lalu. Tabung ‘harta karun’ ini merupakan idea dari para perwakilan yang hadir pada Persidangan Reka bentuk Antarabangsa di Aspen tahun 1983.


Setiap delegasi yang datang telah menyumbang untuk memberikan berbagai macam barang miliknya untuk ditanam bersama barang-barang peribadi delegasi lain. Tak terkecuali sang maestro teknologi, Steve Jobs, yang turut hadir pada persidangan tersebut. Tabung ini sebenarnya diberi nama Aspen Time Tube oleh jawatankuasa persidangan, namun kerana Steve Jobs menyumbangkan sebuah tetikus di dalam tabung tersebut, pasukan menukar namanya menjadi Steve Jobs Time Capsule.

Tidak hanya mouse milik Steve Jobs, di dalam tabung tersebut juga tedapat pelbagai macam barangan lain yang dibungkus plastik. Seperti buku catatan, kamera Kodak Instamatic, rubik, kad nama para delegasi, bahkan satu pak tin bir yang mungkin khusus bagi pasukan penggali.

Sebenarnya penggalian hendak dilakukan pada tahun 2000 silam. Namun pasukan terkendala kerana kehilangan lokasi yang tepat di mana tabung tersebut ditanam. “Terdapat puluhan barang yang dibungkus plastik dalam tabung itu. Dan saya berharap mencari foto para delegasi tersebut, namun nyatanya tidak,” kata George Wyant, salah satu pasukan penggali dari National Geographic.

Pada persidangan tahun 1983 itu Steve Jobs berpidato tentang masa depan teknologi dunia. Pada saat itu Jobs merakam ucapan dan memberikan sebuah pita rakaman pidato sesiapa yang mahu. Namun hingga saat ini kaset itu hilang entah di mana. Pada pidatonya Jobs diyakini bercakap tentang teknologi canggih masa depan tentang rangkaian tanpa wayar, iPad, dan bahkan Apple App Store.

No comments:

Post a Comment