Monday, 9 March 2015

PANAS!! Komen Terkini Diana Danielle - Tak Perlu Minta Izin Sesiapa Untuk Kebebasan!



Kontroversi yang paling panas bagi Miss A untuk tahun 2015 ni.., kontroversi yang dicetuskan sendiri oleh tuan punya badan Diana Danielle..

Agaknya dah lama nama tak popular, tu je cara dia nak naikkan semula namanya.. Bila dah macam-macam tomahan yang diterima, ramai la wartawan yang menanti untuk mendengar kenyataan bakal dikeluarkan Diana..

Bila ditanya pada tuan badan isu bercoli dan balut badan dengan bendera AS dalam majalah, dia cakap ‘no komen’ la beb! Sakit sungguh hati Miss A, bila ada isu kontroversi melanda diri, Diana ni mesti tampil dengan kenyataan ‘no komen’..

Macam kes kontroversi suaminya, Farid Kamil dan Nora Danish pegang tangan tu dia no komen jugak.. Pandai buat kontroversi pandai la jawab kat media cik kak oit.. Apa kelas! Bagi kenyataan 'no komen’ je.. Berani buat, tak berani nak tanggung pulak!

Menerusi laman Instagram Diana, dia sempat muatnaik sekeping gambar berkaitan isu bercoli itu, dia menulis 'kebebasan untuk menjadi diri sendiri tak memerlukan keizinan mana-mana pihak'.. Fuhh.. masih lagi berani tampil seperti nak mempertahankan diri.. Dah rasa diri dia betul la tu..

Apapun, memang aksi bercoli dia dalam majalah tu mendapat kutukan dan kritikan hebat dari peminat tanah air.. Sampai kena label kaki bogel la beb! Fuh!

No comments:

Post a Comment